Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Kedai Ustaz dah ada kat PKNS Shah Alam

assalammualaikum dan salam sejahtera

Betapa gumbira hati beta sebab kedai ustaz dah dibuka di PKNS Shah Alam 3 minggu yang lalu.
Selepas ini tak perlu lah kolin ke kedai-kedai yang suka membohong bila nak beli cover atau aksesori handphone yang dah sah-sah datang dari China tu.


Punyalah ramai orang tau, pelbagai yang ada dijual kat sini.
Nak monopod, wide lens, usb wire, flash usb, keyboard dan segala yang berkaitan dengan
telefon bimbit dan komputer ada kat sini.


Semua barang kat sini display cantik-cantik dan tersusun.
So korang boleh lah ronda-ronda dan pilih sahaja apa yang korang suka.

Kolin beli cover handphone RM8.00 dan wide lens RM4.00 sahaja.
Rasa nak bersorak tengok harga-harga kat sini. Lepas ni nak beli monopod dan mini tripod barulah.
Senang sikit kolin nak ootd lepas ini. Maklumlah photographer selalu tak ada kalau ke event kan.
Meh kolin belanja korang, tapi belanja gambar lah. Mana kut berkenan boleh lah korang pergi cekau.







Dan yang ini memang kolin dah aim. Semenjak tengok orang pakai ke hulu hilir kan.
Macam seronok pulak ek..kalau beli yang ini suruh aku ronda MidValley 80 kali pun aku sanggup.
Macam seronok aje kan.
 

Sekarang kolin dah share tempat shopping baru, apa lagi korang. Jom beramai-ramai pergi Kedai Ustaz yang dah sah memang milik bumiputra ini kan. Sapa lagi nak jana ekonomi orang tempatan kalau bukan kita.

Tahniah Kedai Ustaz untuk pembukaan outlet terbaru anda !!

Love,

Kolin Zainal

8 comments:

  1. Ada tak jual charger laptop?
    Adaptr dye?

    ReplyDelete
  2. Dekat bahagian mana pkns eh? Sebab hari tu pergi tk jumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. tingkat 1 ...bertentangan dengan escalator naik ke atas.

      Delete
  3. thu x dkt kedaia ustaz nie ada x jual hardisk ea?

    ReplyDelete
  4. Kat sini ada x jual cover phone Asus Zenfone 3 Ultra? Berapa harga dia tu?

    ReplyDelete

loving me..loving you