Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

BountiFU Spring Celebration with Po the Panda di Sunway Pyramid

assalammualaikum dan salam sejahtera

Baru-baru ini kolin dijemput oleh pihak Sunway Pyramid untuk melihat sendiri Po Village di Sunway Pyramid. Po adalah salah satu karakter yang terkenal dari siri Kungfu Panda yang mencari kampungnya untuk meraikan Tahun Baru Lunar. Bersempena Tahun Baru Lunar yang diraikan oleh Sunway Pyramid ini. lokasi di LG2 Orange Concourse telah diolah menjadi seperti lokasi yang sama di dalam filem Kungfu Panda 3 di mana Po akan bersatu semula bersama keluarganya. Lihatlah cantik sangat dekorasi yang dihasilkan oleh pihak Sunway Pyramid. Sampaikan kolin asyik selfie sahaja sepanjang event hihih



Dekorasi yang hampir sama dengan yang ada dalam filem ini, siap ada Chinese Temple yang dikelilingi oleh pokok bunga cherry blossom. Untuk meraikan Po the Panda seramai 38 kanak-kanak yang super comel berbaju seperti Panda akan menari di hadapan semua pihak tetamu dan media. Memang comel sangat!!

credit pix to Sunway Pyramid FB
 
 Tak cukup dengan itu aktiviti "lou sang" secara besar-besaran juga di adakan bersempena sambutan tahun baru cina yang makin hampir ini kan. Ada juga aktiviti lagi di sepanjang sambutan macam dough doll making, fortune telling, chinese kaligrafi, cabutan bertuah dan banyak lagi. Siap ada Lion Dance Performance, meriah sangat dengan limau yang diberikan kepada semua tetamu yang hadir.

 credit pix to Sunway Pyramid FB

 credit pix to Sunway Pyramid FB

 credit pix to Sunway Pyramid FB

Buat makluman semua, dua minggu yang lalu Po telah berada di merata-rata di sekitar Kuala Lumpur, PJ, Subang, Shah Alam, KL Tower, Zoo Negara, KL Bird Park dan banyak lah tempat lagi. Ini semua bagi mempromosikan Kungfu Panda 3 yang bakal ditayangkan kelak.


Sekarang Po akan menyambut korang semua di Sunway Pyramid. Kepada kaki shopping anda juga boleh bergambar di boorh yang disediakan dan gambar akan di cetak terus untuk kenangan. Macam yang kolin dapat tu. Boleh simpan terus dalam album tau. Kepada yang suka makanan tradisi cina seperti Beard Candy dan Ting-ting Candy pun boleh dapatkan di sini. 

Menurut Loo Hoey Theen, Senior Manager of Marketing di Sunway Pyramid berkata kita semua selalu mencari tempat untuk mencari keperluan menyambut perayaan. Inilah tempat yang paling sesuai untuk keluarga dan kawan-kawan menghabiskan masa bersama di sini. Pembelian masa musim perayaan memang agak sesak jadi Loo mencadangkan semua buat shopping awal lah untuk mengelakkan sebarang kerumitan kalau shopping saat akhir kan. Takut sesak sangat aje, maklumlah nak beraya semua kena yang baru kan. 


 Untuk 2016, tahun Fire Monkey semua kaki shopping akan dihadiakan anak patung monyet yang sangat comel untuk dibawa pulang. Dari 8- 21 Januari juga sesiapa yang membelanjakan RM1000 dalam 3 resit atau RM800 bagi pemegang kad kredit HSBC, korang boleh menebus patung monyet tu juga. Manakala dari 22 Januari sehingga 9 Februari akan menerima mini Panda blankie untuk dibawah pulang. Tetapi kalau korang berbelanja lebih RM250 dan RM150 untuk pemegang kad HSBC boleh dapat JoyFU peket angpau. Ha...best kan, shopping dan dapat reward.

Event yang penuh meriah ini memberikan kolin kenangan yang sangat manis, sebab berjaya menang Lucky Draw. Alhamdulillah, rezeki satu bakul makanan dari Mark Spencer untuk di bawa pulang. Terima kasih Sunway Pyramid atas kenangan manis ini. 

 Jadi jangan lupa ke Sunway Pyramid untuk shopping, makan dan beriadah. Sunway Pyramid yang meraikan BountiFu Spring bakal menceriakan semua pengunjung mereka dengan persembahan akrobatik lion dance pada hari kedua sambutan tahun baru cina di pintu utama. Layari www.sunwaypyramid.com dan LIKE FB mereka di www.facebook.com/sunwaypyramid

Love, 

Kolin Zainal




2 comments:

  1. sally tak sempat nak g sbb exam kak..hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa..exam penting wei.
      Sabtu ni ada lagi lah..10am..
      pergi tak?

      Delete

loving me..loving you