Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Candy Crush Group

Assalammualaikum

sekarang ni kawan-kawan kolin suka makan 'candy'. tapi bukan kenyang pun 'candy' tu, manis pun tak terasa. yang pasti semua 'tawaduk' main 'candy' tu. siap kat whatsapp group tukar nama 'candy crush group'. mottipppp sangat tau

disebabkan kegilaan terlebih 'candy' saksikan lah sendiri apabila 'air masuk kepala' dan 'keadaan pitam bangun' yang tak sedar sedar diri berlaku.

pengaduhan ko 'level' berapa tu dah biasa
ungkapan 'minta nyawa' dah biasa
rayuan 'minta tolong mainkan' dah biasa

sooooooooo candy crush tau!!!!

 kolin bawakan 'candy crush group'..sayang sufia takde dalam gambar ni
miss u a lot darling..

dah lihat kan..budak-budak terlebih gula kan..ni lah penangan 

candy crush!!


Jumaat

Assalammualaikum


mood bercuti dah mai!!


Famili kolin..
Famili kolin...

kolin punye famili...syok syok syok



Lokasi: Kepsi Batu 5 Jalan Ipoh
Makan: sedapnya tart telur kepsi 
Waktu: petang yang kebuluran
Busana: kolin and famili collection


pitam!!!!!

Roller Blade

Assalammualaikum

hujung minggu yang memang macam tak tau nak buat apa bila dah petang-petang. kami terdetik nak ke taman tasik titiwangsa, kunun-kunun nak kasi peluang anak-anak menunggang kuda lah. Sekali masa kami sampai memang taman tasik ini penuh sesak. Ramai giler orang bersukan kecil-kecilan. Kolin tak ler kut..sebab tak pakai pakaian sukan pun hihihi

Masa jalan tu nampak satu court ramai sangat main roller blade. apa lagi ali imran dan alisa maisara memang nak ler cuba sukan ini. RM5 sahaja kadar sewa yang dikenakan untuk kasut roller blade ni murah sangat kan. sesiapa yang tiada aktiviti boleh lah cuba sukan ini. Sangat mudah melihat anak-anak kecil main ramai-ramai dalam court tu. 

Masa mula-mula mengenakan kasut ini, imran dan alisa diberikan penerangan bagaimana untuk mengendalikan roller blade. terbukti selepas setengah jam, imran berjaya!! yeay...

ayat pertama..."nanti mamy belikan abang kasut roda ye.." 
haa mamy angguk sambil memikir..berapa banyak baju manik aku kene jahit nih....uuwaaa
cari rezeki..rezeki..

disebabkan terlampau seronok, sampai ke gelap baru kami keluar dari taman tasik tu. Cuma sekarang kene stop sekejap sebab cuaca jerebu. Memang tindakan kolin kurung aje anak-anak dalam rumah, tak mahu ambil risiko apa-apa. 

mood: holiday holiday..starcruise!! yeay..
cerita bercuti lepas balik ye..bukan sebelum pergi..propa sangat cik kiah hahaha..

adios

Jerebu

assalammualaikum

semua dah kepoh bagai dengan isu jerebu nih. Tak tau nak salahkan siapa, tapi alangkah pendeknya akal orang tu bila bertindak membakar hutan tu. Geram sangat tau!..tak fikir ke mana lah binatang-binatang yang ada dalam hutan nak pergi. kejam sangat apa yang dah terjadi kat cuaca kita hari ini. Mudah-mudahan semua sekolah ditutup sehingga masalah ini pulih, tak sanggup kolin nak pertaruhkan kesihatan anak-anak dengan masalah sekarang. Sampaikan hujung minggu lalu, kolin kurung anak-anak dalam rumah, tengok HBO dan main lah game dalam rumah. Sangat-sangat frust dengan apa yang berlaku sekarang. Kita doakan lah semoga masalah ini selesai segera dan berdoa supaya hujan akan turun dalam masa terdekat...stress!


Jerebu adalah satu fenomena tradisi atmosfera di mana debu, habuk, asap dan lain-lain zarah mencemar kejelasan langit. [1] Kod panduan Organisasi Meteorologi, Dunia ("World Meteorological Organization") termasuk pengelasan pengaburan mendatar ke dalam kategori kabus , kabus ais, kabus wap, kabus, jerebu, asap, abu gunung berapi, habuk , pasir dan salji. [2] Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut. Sumber partikel jerebu termasuk pertanian (membajak dalam cuaca kering), lalu lintas, industri dan kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan.
Dilihat dari jauh (contohnya kapal terbang yang menghampiri) dan bergantung pada arah penglihatan berbanding dengan kedudukan matahari, jerebu mungkin kelihatan keperangan atau kebiruan, manakala kabus cenderung kelihatan biru-kelabu. Manakala jerebu sering dianggap sebagai satu fenomena udara kering, pembentukan kabus merupakan fenomena udara lembap. Walau bagaimanapun, zarah jerebu boleh bertindak sebagai nukleus pemeluwapan untuk pembentukan titisan kabus berikutnya; bentuk jerebu seperti itu dikenali sebagai "jerebu basah."
Di Amerika Syarikat dan di tempat lain, istilah "jerebu" dalam kesusasteraan meteorologi umumnya digunakan untuk mewakili aerosol jenis basah yang mengurangkan-penglihatan. Aerosol seperti itu biasanya timbul hasil daripada tindak balas kimia yang kompleks yang berlaku seperti gas sulfur dioksida yang dikeluarkan semasa pembakaran ditukarkan kepada titisan seni asid sulfurik. Reaksi ini dipertingkatkan dengan kehadiran cahaya matahari, kelembapan tinggi, dan keheningan udara. Satu komponen halus aerosol jerebu basah kelihatannya datangnya dari bahan yang dikeluarkan oleh pokok, seperti terpenes . Bagi kesemua sebab-sebab ini, jerebu basah cenderung untuk wujud kebanyakannya sebagai fenomena musim panas lembab. Kawasan luas yang diselitupi jerebu yang meliputi beribu-ribu kilometer mampu terhasil dalam keadaan yang sesuai pada setiap musim panas.

*********************

sekarang ini...masjid negeri selangor dari pejabat kolin pun dah samar-samar..sedih.

 
 

Keburukkan orang lain..

 

Sharing is caring ..


Larangan Mencari Keburukan Orang Lain


Diriwayatkan rasulullah SAW bersabda:
Wahai orang yang beriman dengan lisannya dan belum masuk keimanan dalam hatinya, janganlah kamu mengumpat orang-orang Islam dan jangan mencari-cari keaiban mereka kerana sesungguhnya barangsiapa yang mencari keaiban orang lain maka nescaya Allah akan membuka keaibannya. Dan jika Allah yang membuka keaiban seseorang maka Allah akan membukanya walaupun sampai di dalam rumahnya sendiri. (HR Abu Daud)

Ramai di antara kita suka mencari salah dan silap orang lain, dan selalu anggap diri tak bersalah, diri umpama malaikat. Setiap musibah yang berlaku atas kita, orang lainlah yang menjadi puncanya. Kita jarang muhasabah diri dan menghitung dosa-dosa kita.

Setiap anak adam tidak terlepas dari dosa. Di akhirat nanti, yang ditanya adalah kejahatan dan keburukan kita, bukannnya kejahatan orang lain. Jadi mengapa kita sibuk mencari keburukan dan aib orang lain sedangkan diri-sendiri pun belum tentu lagi bersih dari dosa.

Lebih baik kita selamatkan diri kita sendiri dengan melakukan amalan-amalan yang boleh membersihkan kita dari dosa seperti taubat, istighfar dan zikir mengingati Allah. Memang ada yang mengatakan dengan berdasarkan dalil yang menyatakan setiap orang yang beriman walaupun sebesar zarah, akan dimasukkan ke syurga juga akhirnya.

Tapi tahukah kita bahawa, dosa kita melontarkan kita ke neraka dulu entah berapa lama kemudian barulah akan ke syurga. Dan kepanasan api neraka itu 70 kali ganda lebih dari kepanasan api di dunia. Panas terik matahari pun sudah cukup membuatkan kita tersiksa, apatah lagi panas api neraka. 

sumber dari http://www.melurhasanah.com

Jangan pandang yang buruk itu..BURUK

Assalammualaikum

Sharing is Caring...   :)

*********************
'Jangan pandang yang buruk itu buruk, yang jahat itu jahat.' Apa maksud di sebalik ayat ini? Jangan pandang yang buruk itu buruk dan yang jahat itu jahat? Huraian sangat-sangat diperlukan dalam menceritakan maksud di sebalik ayat ini. Mana mungkin yang jahat tak dipandang jahat dan yang buruk tak dipandang buruk pasti hati kecil berkata begitu.
Benar, agak sukar untuk kita menafikan keburukan dan kejahatan yang sudah jelas lagi nyata di hadapan kita. Jadi untuk apa kita mengubah cara pemikiran semata-mata mengaburi hal tersebut? Tapi cuba fikir semula dan menilai, sejauh manakah kita layak untuk menilai dan menghukum orang lain? Sejauh manakah kita sempurna dan baik dari pandangan orang lain?

Jadi layakkah kita untuk menilai dan menghukum berdasarkan apa yang kita lihat sahaja? Layakkah kita untuk menghina orang buruk atau jahat yang kita kenal? Sempurnanya kita untuk melakukannya begitu, baiknya diri kita untuk menilai dan meletakkan nilai buruk pada orang lain. Jelas sekali kesempurnaan dan kebaikan diri kita amat-amat diragui.

Penerimaan tanpa syarat. Adakah ini mungkin ungkapan terbaik untuk kita yang masih samar-samar untuk melakukan perbuatan 'jangan pandang yang buruk itu buruk, yang jahat itu jahat' ? Atau mungkin kita perlu lebih lagi rasa dan fikiran kearah bersangka baik kepada orang lain? 

Bagi menjawab persoalan tersebut, mari kita sama-sama selami hati insan yang dianggap buruk atau jahat. Andaikan kita adalah insan tersebut. Tidak sakitkah hati kita apabila niat membantu kita disalah erti? Tidak layakkah orang jahat disayangi dan dikasihi? Tidak layakkah kesalahan lalu dimaafi? Selamanyakah seseorang yang jahat akan jadi jahat? Dan adakah selamanya seseorang yang baik akan jadi baik?

Dalam Islam juga menyatakan bahawa umat Islam disarankan memohon doa supaya kehidupan di akhiri dalam kebaikan bukannya di dalam kejahatan. Maka jelaslah bahawa tidak semestinya yang buruk dan jahat akan kekal selamanya begitu dan sebaliknya.

Manusia mudah lupa, benar sekali. Mudah benar manusia lupa dengan kata-kata 'manusia sentiasa berubah' baik dari hati, emosi, dan pemikiran. Jadi kenapa kita masih cuba menafikan bahawa manusia yang buruk dan jahat boleh berubah kearah yang lebih baik? Adakah sebab mereka pernah tersalah langkah, memilih jalan hitam?
'Kegagalan sebenar adalah kegagalan untuk mencuba', salahkah insan-insan yang telah menyesal mencuba untuk mengubah arah hidup dari yang buruk dan jahat kearah yang lebih baik? ' Kegagalan adalah kejayaan yang tertangguh', mereka gagal menuju kearah kebaikan satu masa dulu. Siapa tahu mereka lebih berjaya dalam mencari kebaikan pada masa sekarang selepas melalui kegagalan yang pernah dirasai. 

Mungkin segelintir insan yang tidak pernah melalui kesilapan  merasa mereka berjaya kearah kebaikan tapi sejauhmana pula nilai itu perlu diukur? Sifat lalai memang tak lari dari dalam diri manusia. Oleh itu, manusia disarankan untuk menilai perbuatan diri sendiri dan bukannya menilai orang lain. Jika manusia itu menilai perbuatan orang lain, maka jelaslah bahawa dia telah lalai dalam menuju kearah kebaikan untuk dirinya. Menuju kearah kebaikan untuk dirinya melalui tingkahlaku dan amalan sehariannya. Lalai dalam membentuk dirinya untuk jadi baik sekaligus gagal untuk melaksanakan perbuatan 'jangan pandang yang buruk itu buruk, yang jahat itu jahat'.


Disiarkan oleh
 
 

Father's Day Celebration

assalammualaikum

disebabkan kekangan masa dan sibuk dengan tempahan manik lagi, kolin menyambut hari bapa bersama anak-anak secara simple sahaja. Disebabkan secret recipe ada tea time yang super cheap iaitu RM7 sahaja dengan teh atau kopi bersama pilihan kek masing-masing.
so anak-anak jum kita pergi makan kek yeay..lokasi kami kali ini di Kompleks Mutiara Jalan Ipoh

 muka ntah apa-apa memasing

bila dah suruh senyum..baru nak senyum..

  

selesai upacara makan kek..kami terus ke taman titiwangsa untuk acara terusnya..

Happy Father's Day ..

 

 
 

manik crumble pink

assalammualaikum

buat kak chik yang dah hilang anting-anting masa bawak handbag kolin repair balik baju kak chik dan siaplah semeriah-meriahnya..yeay..

terima kasih menempah




manik sekebun


terima kasih kepada achik huda kerana sudi menempah manik dengan kolin. harapnya suka lah ye..

kepada sesiapa yang nak tengok achik huda mengayakan busana ini boleh lah ke achik-curvylicious meriah benorr adek dia kawen weh..

so tempahan raya masih dibuka..jangan segan-segan hehehe

Meh Cuba....save22

assalammualaikum

pernah tak kita sebelum pergi shopping nak buat research dulu? atau sebelum makan nak tengok mana tempat yang best dan berbaloi? atau sebelum kita berlibur buat pemerhatian yang sewajarnya. Korang tahu tak sekarang ada satu laman web yang sangat-sangat mudah tuk kita semua iaitu http://www.save22.com.my


Laman web ini memang akan menyediakan promosi dan berita terkini untuk apa saja maklumat yang kita perlukan. Dan tentunya kita tak akan terlepas dari apa -apa promotion hohoho. Suka aku!!! dan yang paling best..aku boleh view by my Note 8. Mudah bukan!!

Laman web yang sangat 'savvy' ni memudahkan aku nak cari promosi. Sebelum aku shopping, boleh tengok save22 apa-apa promotion yang boleh di bawah ke tengah ye. dan yang paling penting korang tak akan terlepas promotion atau sales apa-apa selepas ini. Bayangkan kita dah shopping hari ini, tetiba dapat tahu keesokkan hari nya sale!! harus 'angry bird' Dengan http://www.save22.com.my kita tak akan tak pernah tahu yeay...


siap peta dan semuanya dihujung jari sahaja. Jimat masa, tenaga dan paling penting petrol yang mahal tu. Sebelum nak beli apa-apa atau nak cari apa-apa sila lah ke http://www.save22.com.my untuk keselesaan anda membeli belah. Pada kolin ianya sememangnya mudah dan senang bangat.

Happy shopping darl~


Bagaimana jika kita sudah dianiaya oleh orang yang sama berulangkali. Patutkah kita terus bersangka baik kepadanya?

assalammualaikum

sememangnya kolin mencari jawapan kepada persoalan ini. Bertahun-tahun rasanya kolin geledah.


kolin bukan ustazah tatkala mengepost cerita ini. Cuma terasa yang kolin 'lost' dan nak share.
  kolin try baca dan fahamkan

Dianiaya oleh orang yang sama berulangkali??..kupasan dari http://www.greenappleku.com
kolin baca dan cuba fahami.

*************************************

Soalan yang sukar dijawab jika diserahkan kepada akal dan rasa hati untuk menilainya. Maklum sahaja, akal dan rasa hati kita masih tidak kebal daripada bujukan nafsu dan tipu daya syaitan. Kita manusia biasa, banyak kelemahan dan kekurangan. Namun, kekurangan dan kelemahan itu pun hakikatnya suatu kelebihan dan kekuatan jika kita mahu belajar dan mengambil iktibar daripadanya.

Namun, perlu diingat bahawa sangka baik perlu diimbangi oleh sikap berhati-hati. Sepertimana perlunya bersangka baik, begitulah juga kita perlu berhati-hati. Jangan lurus bendul. Kita mesti bijak agar sifat sangka baik itu tidak dieksploitasi dan dimanupulasi oleh musuh atau orang yang berkepentingan. Apa itu sikap berhati-hati? Itulah usaha kita mencari fakta, dalil, ilmu dan bukti yang berkaitan dengan seseorang, sesuatu perkara atau peristiwa.

Sikap berhati-hati juga dibina oleh pengalaman. Apabila ilmu, fakta, dalil dan pengalaman bergabung maka terbinalah sikap matang dalam bersangka baik. Kita bersangka baik, tetapi tidak mudah untuk ditipu dan dikhianati. Sikap berhati-hati dan belajar daripada pengalaman ini sangat penting agar sikap bersangka baik kita tidak diputar-belitkan, dikhianati dan diperalatkan oleh orang yang berniat jahat.

Jika kita berdepan dengan seseorang yang sudah punya rekod buruk, reputasi negatif serta kita pernah mengalami pengalaman-pengalaman yang pahit akibat angkaranya, jangan bersangka buruk… tetapi berhati-hati. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Berilah peluang untuk dia dipercayai, dan pada kita sendiri untuk mempercayainya… namun jangan jatuh dalam ‘lubang’ yang sama dua kali atau berkali-kali. 

Ingatlah pesan Nabi: Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali!”

Nota GreenAppleKu :  Kita bersangka baik, tetapi tidak mudah untuk ditipu dan dikhianati. Artikel penulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi banyak memberi jawapan kepada persoalan yang sering bermain di minda kita. Sila klik untuk baca artikel penuh penulisan beliau dalam isu ini.
******************************
berdoa hari-hari orang tu berhenti menganiaya orang lain..

Pekeliling Naik Gaji Julai

assalammualaikum

semua penjawat awam telah tahu yang kita diberikan kenaikan gaji, tapi terlalu banyak spekulasi yang ada dan komen. Maka dengan itu kolin berbesar hati nak share link di bawah supaya dapat meleraikan semua yang mempunyai persoalan di hati..


kalu ada masalah dan kurang faham boleh lah ke laman web JPA yang disediakan. 
 kalau nak lebih clear lagi boleh ke sini pula.



so terima kasih buat dato najib ye..
anyway kami yang dinegeri ni kene tunggu lah pulak kalu kerajaan negeri ikut ..harapnya ikut ler..heheh..syukur alhamdulillah....yeay...


Happy Father's Day

Assalammualaikum

hari bapa ni macam agak sayu buat kolin, arwah abah meninggalkan kami semasa dia berumur 44 tahun dan kolin berusia 15 tahun. Manakala bapak mertua pun baru saja meninggal dunia 3 tahun lepas. Semua kasih sayang bapa dah takde buat kolin.

buat kedua-dua arwah yang amat kolin sayangi dan hormati.. Al-fatihah buatmu..
Insya Allah sepanjang solat akan terselit doa buat mereka..I love u abah..I love u ayah..


Buat semua pengunjung blog kolin yang bergelar ayah atau bakal bergelar ayah
Selamat hari bapa buatmu!!! muuaahhh



buat papa kepada ali imran dan alisa maisara..
terima kasih kerana menjadi papa yang terbaik buat anak-anak kolin..thk u soo much!!



manik tabur biru

assalammualaikum

baju ni khas tuk raisa. raisa tu anak dara kak intan pandora, dia tempah baju ni untuk raya nanti. 
so cute baju ni tau.. so selesai dan siap lah sudah. Semoga raisa glamo di pagi raya nanti yeay..

ala ala instagram



Biskut Raya

assalammualaikum

bagi syawal yang bakal menjelang ni memang lah dan menjadi kebiasaan promosi biskut raya. Yang ini kawan kolin Fara Ramli yang buat. Home made lagi..kepada sesiapa yang nak tempah hamper atau wat so ever sila lah ke FB cari Fara Ramli atau kolin sendiri Kolin Zainal Alkadrie untuk menempah. Salah satu contoh kuih raya yang boleh ditempah 


so dah screen shot pun..

email pun boleh collin3108@yahoo.com..

selamat menempah!!

Marathon..masak lemak cili api!!

assalammualaikum

hujung minggu yang memang 'cooking' jadi agenda utama. 
Untuk hidangan tengahari tu kolin diminta masak lemak cili api siput sedut. Makanan ni memang menjadi kegemaran keluarga kolin. Sekelip mata seperiuk boleh abis tau. 



lepas masak lemak siput sedut, kolin pun goreng lah ayam.


pembuka selera kan..budak-budak dan bapak budak kan memang suka makan ayam. 

itu lah lauk tengahari kolin. Sekali santap selesai sudah

****************************************

Untuk makan malam pulak ye


masak lemak cili api ketam...


ini lah dinamakan Marathon Masak Lemak Cili Api ...dari tengahari ke hidangan makan malam semua masak lemak cili api. Sedap lak tu ali imran dan alisa maisara menambah nasi. Anak-anak kolin memang nampak kurus, tapi meh duk ajak p rumah sehari. Kalau kene dengan lauk yang dihidangkan memang terkejut tengok anak-anak menambah nasi tau.
 Mak nyer suka mengatah lauk aje lebih ahhaha...

sekian terima kasih

#pilahmostwanted#

Tabung Haji

Assalammualaikum

pagi tadi dengar berita, TH melancarkan prosedur baru untuk daftar haji pakai ATM Machine aje ke!! wah setapak maju untuk tabung haji meluaskan kuasa. Bestnya tak perlu beratur panjang dan bernombor-nombor giliran lagi dah kan..senang dan mudah. Cuma kalu dah disatukan dengan ATM ni kita kene disiplin lah dalam pengeluaran wang. itu aja lah kolin rasa, kalu dah boleh akses ke akaun simpanan kita untuk menunaikan umrah dan haji ini. Kolin ada lah sikit-sikit menyimpan, kunun nak target ke umrah..Do something BIG!!...


Daftar haji menerusi mesin ATM Lebih Mudah Dan Cepat

KUANTAN – Orang ramai kini boleh melakukan pendaftaran haji menerusi mesin pengeluaran wang automatik (ATM) tanpa perlu lagi berkunjung ke kaunter Tabung Haji (TH).
Ketua Pegawai Operasi TH, Datuk Kamarudin Mat Ali berkata, kemudahan itu disediakan di mesin ATM Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat), Maybank dan Bank Islam Malaysia Berhad.
“Individu berkenaan mestilah mempunyai akaun TH dengan simpanan minimum RM1,300 dan pemegang kad bank berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Selain itu, beliau berkata, orang ramai juga boleh mendaftar haji secara online menerusi laman web Tabung Haji di www.tabunghaji.gov.my. – BERNAMA


Melaka

assalammualaikum

 

kami ke melaka sebenarnya menghadiri kenduri tahlil pak su kolin dah 44 hari.
Al-fatihah buat pak busu jabbar, semoga
 ditempatkan bersama-sama orang beriman dan bertaqwa.....Amin

Al - fatihah

*****************************

kami bertolak dari kuala lumpur pagi-pagi sebab kenduri dijadualkan selepas asar. tujuannya nak makan di melaka. ye lah melaka memang terkenal dengan makanan yang sedap-sedap kan. So destinasi kami mencari makan tengahari. Kami terus masuk ke kawasan pantai kundur dan jumpa satu kedai makan. Makanan yang dihidangkan boleh tahan ler..walaupun lauk pauk tak berapa banyak. Cuaca panas tepi laut memang tak best waktu nih!! nasib baik angin ok sangat..yang pasti sambal ikan bilis kedai ni memang power!!

Masa perjalanan balik of coz kami nak cuba klebang coconut shake. Tepi jalan, sebelah caltex ada khemah yang didirikan. Beratur panjang lah jugak..disebabkan nak merasa, kolin beratur jugak. Beratur ler kami laki bini oii..tengah-tengah panas lak tu..memang laku tak ingat ..

beratur.com



haa masuk lorong sebelah khemah tu boleh lah melepak tuk makan dan minum. Disebabkan kolin dan family dah makan dulu kat pantai kundur, so memang nak air aje lah. Lagipun penuh sesak beb..masa kolin beratur ada sekumpulan mat motor besar baru masuk kawasan. Memang meriah rupa kenduri orang kahwin jalan ini.

betapa banyaknyee kelapa daaa

benda yang di idamkan sangat

rupanya macam ais blended. air kelapa dan isi nya dimasukkan ais batu dan diblendkan. Lepas tu dema letak satu scoop vanilla ice cream..terus jual. mudah dan memang sedap waktu cuaca panas di melaka masa tu..

 tu ice cream vanilla nya

kalu nak tau lebih banyak info pasal klebang ice blended ini boleh jugak ke
http://jalanjalan-makanmakan.blogspot.com
siap complete dengan gambar yang mengiurkan serta harga makanan hehehe..(jangan marah zura..)

nyummmm....nyummmm (muka natural beauty)

selesai cerita KLEBANG ORIGINAL COCONUT SHAKE yee

semasa kenduri arwah tu ..kami dihidangkan daging tetel asam pedas of course lak kan..makanan tradisi orang melaka. Tapi masa kami duk makan-makan tu terperasan satu kuih nih..macam dorayaki. Kolin suruh si awen amikkan kuih tu, rupanya kene sira dengan kuah gula melaka tu. Tanya sepupu yang ada katanya KUIH SERABAI. Ianya memang dihidangkan time kenduri tahlil kebiasaannya. Rasanya sedap!!..1st time makan tu



itu lah serba sedikit tentang melaka untuk trip sehari yang kolin pergi nih. Sesiapa nak short vacation, Melaka definately the place...jangan ingat kita pergi oversea aje tau melancong. Dalam negeri pun banyak tempat-tempat menarik tuk dikunjungi. Kalau ada duit lebih boleh lah ke negara seberang. Kalau dah berlebih-lebih pergilah negara omputih..kaya katanye. 
Kata orang nak merasa naik "belon" kan..hehehhe..


*belon = Kapal Terbang*





Puasa di Bulan Syaaban

 assalammualaikum

 saja nak berkongsi info mengenai bulan syaaban iaitu bulan terakhir sebelum

bertemu Ramadhan. Terima kasih kepada http://shafiqolbu.wordpress.com

di atas info yang amat berguna ini.

 

************************************************************************ 

Amalan-Amalan Sunat Dalam Bulan Syaaban

.
Amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:
  • Berpuasa sunat.
  • Berdoa, zikir, selawat dan bertaubat.
  • Perbanyakkan amalan takwa.
  • Solat lima waktu secara berjemaah.
  • Banyakkan solat sunat terutama solat malam.
  • Melakukan amal kebajikan.
  • Memohon keampunan ibu bapa.
  • Menjauhkan diri daripada maksiat dan dosa.
  • Bersedekah kepada golongan yang memerlukan.
  • Berusaha mendapatkan keredaan Allah pada segala amal kebajikan.
  • Memohon semoga terhindar daripada segala bencana, dan malapetaka.
  • Menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan ibadat seperti membaca Al-Quran, bertaubat, beristighfar dan berzikir.
.
.

Puasa Syaaban Dan  Fadilatnya

.
Nabi Muhammad SAW ditanya oleh Usamah bin Zaid mengapa Rasulullah SAW melebihkan berpuasa pada Syaaban.
Baginda SAW menjawab dengan sabdanya: “Bahawa Syaaban ialah bulan yang selalu diabaikan oleh manusia, sedangkan pada Syaaban semua amalan manusia diangkat ke hadrat Allah. Maka aku sangat suka sekiranya amalanku diangkat sewaktu aku dalam keadaan berpuasa.”   (Hadis Riwayat oleh An-Nasa’i dan Ahmad.)
.
Berpuasa dalam bulan Syaaban selain menjadi persediaan untuk melakukan ibadat puasa selama sebulan di bulan Ramadan, ia juga mempunyai kelebihan, antaranya:
.

1.   Berpuasa sehari.

a.  Diharamkan Allah tubuhnya daripada api neraka.
b.  Dimasuk syurga
c.  Menjadi rakan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga.
d.  Dianugerahi seperti pahala Nabi Allah Ayub a,s,  dan Nabi Daud a.s.
.

2.   Berpuasa tiga hari pada permulaan, tiga hari di pertengahan dan tiga hari di akhir Syaaban.

a.  Mendapat pahala 70 orang nabi,
b.  Seperti orang beribadah 70 tahun .
c.  Jika mati pada tahun itu seperti mati syahid.
.

3.  Berpuasa tiga hari kemudian bersalawat tiga kali sebelum berbuka puasa. 

a.  Di ampunkan oleh Allah.
b.  Diberkatikan rezeki.
c.  Allah Ta’ala membukakan pada bulan ini tiga ratus pintu rahmat.
.

4.  Berpuasa pada hari Khamis pertama dan Khamis terakhir bulan Syaaban.

a.  Dosa yang telah lalu, diampunkan Allah.
b.  Akan dimasukkan ke dalam syurga.
.

5.  Berpuasa pada hari Isnin terakhir dalam bulan Sya’aban.

Diampunkan dosa oleh Allah SWT
.

6.  Berpuasa sebulan.

a.  Dimudahkan Allah akan saat mati,
b.  Terlepas dari kegelapan alam kubur,
c.  Bebas dari huru-hara Munkar dan Nankir,
d.  Allah menutupkan aib di hari kiamat,
e.  Diwajibkan masuk ke syurga.
.
Kelebihan yang Allah berikan dalam bulan Syaaban amat banyak dan bermakna bagi hamba-hamba-Nya yang ikhlas dan inilah peluang keemasan yang semestinya kita kejar dengan melakukan pelbagai perbuatan baik dan mulia. Namun, janganlah pula kita melakukan amalan itu kerana ingin memperoleh ganjaran semata-mata, kerana keutamaan dalam beribadat ialah ikhlas mencari keredaan Allah SWT.
.
Oleh;
Shafiqolbu
2 Syaaban 1432H
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam bishowab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)


********************************

kepada semua..selamat berpuasa! doakan kolin dapat berpuasa penuh hari ini ye..


kau pergi jua..


masih terbayang senyuman manis mu
tatkala gurau senda bersama teman teman mu
kehadiran mu amat disenangi..
kehadiran mu membawa warna warni kelilingi kami

redupnya cuaca, seredup pandangan mu
sesejuk angin berlalu, sesejuk mata menatap wajah mu
seindah bunga mekar, seindah senyuman mu
kegembiraan terserlah dengan kehadiran mu

kau pergi jua..
kau pergi membawa seribu satu kenangan bersama kami
kami yang melihat kau berjuang ..demi hidup..demi nyawa
kau pergi jua..

Dinihari 3 Jun 2013, kehilangan mu kami redhai..
kehilangan mu kami iringi..
dengan doa dan airmata
doa kami semoga kau di tempatkan 
di kalangan orang beriman dan bertaqwa..

berubah angin pagi ini..berubah hati kami
hati kami yang masih diselubungi duka kehilangan

*******************************************

Al -Fatihah buat Akmal