Assalammualaikum
Sharing is Caring... :)
*********************
'Jangan pandang yang
buruk itu buruk, yang jahat itu jahat.' Apa maksud di sebalik ayat ini?
Jangan pandang yang buruk itu buruk dan yang jahat itu jahat? Huraian
sangat-sangat diperlukan dalam menceritakan maksud di sebalik ayat ini.
Mana mungkin yang jahat tak dipandang jahat dan yang buruk tak dipandang
buruk pasti hati kecil berkata begitu.
Benar, agak sukar untuk
kita menafikan keburukan dan kejahatan yang sudah jelas lagi nyata di
hadapan kita. Jadi untuk apa kita mengubah cara pemikiran semata-mata
mengaburi hal tersebut? Tapi cuba fikir semula dan menilai, sejauh
manakah kita layak untuk menilai dan menghukum orang lain? Sejauh
manakah kita sempurna dan baik dari pandangan orang lain?
Jadi layakkah kita untuk
menilai dan menghukum berdasarkan apa yang kita lihat sahaja? Layakkah
kita untuk menghina orang buruk atau jahat yang kita kenal? Sempurnanya
kita untuk melakukannya begitu, baiknya diri kita untuk menilai dan
meletakkan nilai buruk pada orang lain. Jelas sekali kesempurnaan dan
kebaikan diri kita amat-amat diragui.
Penerimaan tanpa syarat.
Adakah ini mungkin ungkapan terbaik untuk kita yang masih samar-samar
untuk melakukan perbuatan 'jangan pandang
yang buruk itu buruk, yang jahat itu jahat' ? Atau mungkin kita perlu
lebih lagi rasa dan fikiran kearah bersangka baik kepada orang lain?
Bagi menjawab persoalan
tersebut, mari kita sama-sama selami hati insan yang dianggap buruk atau
jahat. Andaikan kita adalah insan tersebut. Tidak sakitkah hati kita
apabila niat membantu kita disalah erti? Tidak layakkah orang jahat
disayangi dan dikasihi? Tidak layakkah kesalahan lalu dimaafi?
Selamanyakah seseorang yang jahat akan jadi jahat? Dan adakah selamanya
seseorang yang baik akan jadi baik?
Dalam Islam juga
menyatakan bahawa umat Islam disarankan memohon doa supaya kehidupan di
akhiri dalam kebaikan bukannya di dalam kejahatan. Maka jelaslah bahawa
tidak semestinya yang buruk dan jahat akan kekal selamanya begitu dan
sebaliknya.
Manusia mudah lupa, benar
sekali. Mudah benar manusia lupa dengan kata-kata 'manusia sentiasa
berubah' baik dari hati, emosi, dan pemikiran. Jadi kenapa kita masih
cuba menafikan bahawa manusia yang buruk dan jahat boleh berubah kearah
yang lebih baik? Adakah sebab mereka pernah tersalah langkah, memilih
jalan hitam?
'Kegagalan sebenar adalah
kegagalan untuk mencuba', salahkah insan-insan yang telah menyesal
mencuba untuk mengubah arah hidup dari yang buruk dan jahat kearah yang
lebih baik? ' Kegagalan adalah kejayaan yang tertangguh', mereka gagal
menuju kearah kebaikan satu masa dulu. Siapa tahu mereka lebih berjaya
dalam mencari kebaikan pada masa sekarang selepas melalui kegagalan yang
pernah dirasai.
Mungkin segelintir insan
yang tidak pernah melalui kesilapan merasa mereka berjaya kearah
kebaikan tapi sejauhmana pula nilai itu perlu diukur? Sifat lalai memang
tak lari dari dalam diri manusia. Oleh itu, manusia disarankan untuk
menilai perbuatan diri sendiri dan bukannya menilai orang lain. Jika
manusia itu menilai perbuatan orang lain, maka jelaslah bahawa dia telah
lalai dalam menuju kearah kebaikan untuk dirinya. Menuju kearah
kebaikan untuk dirinya melalui tingkahlaku dan amalan sehariannya. Lalai
dalam membentuk dirinya untuk jadi baik sekaligus gagal untuk
melaksanakan perbuatan 'jangan pandang yang buruk itu buruk, yang jahat itu jahat'.
Disiarkan 2nd August 2012 oleh Kaunselor Azie
tak semestinya orang yang jahat tu semua benda dia jahat, mesti ada bright side dia kan....
ReplyDeleteyup zura..siap kita nak anggap orang jahat dan tak layak dihargai. kesian
ReplyDelete