Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

perasaan

perasaan ini milik insan
tidak dapat dipaksa tidak dapat ditolak
perasaan insani yang sering berdetik
terdetik di kala dugaan menimpa

perasaan ini sering menghantui 
membelenggu segenap ruang di minda
kian ditepis ..kian mendatang
perasaan ini memang selalu bertandang

ianya menjadi satu kemestian
perasaan yang mahu di mengertikan
mahukah manusia itu memahami perasaan insan itu
insan yang masih di awang awangan

menghela nafas di ufuk timur
cuba melepaskan perasaan yang kian terpintal
mencari maksud mencuba untuk meleraikan

perasaan ini tidak dapat menafikan
keresahan mencuit di kala menyepi

namun...perasaan itu milik insan
cuma yang Maha Esa memahami...



1 comment:

loving me..loving you