Thursday, December 17, 2015

Aqil Harith, Anak buah baru !!

assalammualaikum dan salam sejahtera

Inilah baby pramatang pertama dalam keluarga kolin. Baby kepada adik kolin, awen yang lahir hanya seberat 1.1kg sahaja. Kecik kan!!! Memang masa dia lahir dulu duduk lama dalam NICU tu..almost 50 hari lah adik kolin jaga dia. Kami semua tak boleh nak tolong sebab ibu bapa sahaja yang dibenarkan menjaga baby. Memang kesian lah tengok adik kolin yang berpantang di Hospital. Dah lah dilahirkan secara pembedahan, ditambah pula nak jaga anak yang tak cukup bulan. Memang mencabar kan!!

Kagum dengan semua ibu-ibu yang menjalani dugaan macam ini. Memang sesuatu yang luar biasa melihat ketabahan dan kesungguhan nak lihat anak tersayang sihat kan. 

So sekarang Aqil Harith dah pun masuk 3 bulan dan membesar dengan jayanya ...yang terbaru ini berat dah cecah 2.7 kg hahahha. Memang ringan lagi, tapi pada tahap baby memang agak positif dan memberangsangkan. Happy to see you grow Aqil!!

Maklumlah kolin anak pun dah besar-besar kan.... So introduce kat uolss ini lah anak buah kolin yang terbaru. Nama dia Aqil Harith Bin Mohd Adha, lahir 5 Oktober 2015


Haa tengok dia tidur pun dah tahu gaya hero kan hahahhaha...
Dia memang dah lasak nak masuk 3 bulan ini, perkembangan semua positif dan semoga anak ini 
membawa seribu kebahagian kepada ibu bapa dia. 


Welcome to our family Aqil Harith...

Love,

Kolin Zainal



No comments:

Post a Comment

loving me..loving you