Thursday, June 4, 2015

Selamat hari Ibu, Mama Cik Timah

assalammualaikum

Terlambat tak nak update pasal sambutan hari ibu heheh. 
Kolin tersibuk sedikit so lambat nak bawak mama makan-makan sambut hari ibu
Dah lama tak makan dengan mama kat luar, 
so kali ini kami ke Chicken Rice Shop di AEON Kepong. 


Memandangkan kami ramai kan, so terus pesan set yang RM81.00 terus. Rasanya jimat kan!


ada pai tee, too fu, sup sayur fish ball, sayur taugeh, asam pedas, kerabu mangga dan
 bermacam-macam lagi lah. Memang kami semua dah lapar, jom makan.



 Tengoklah anak-anak kolin dan hubby enjoy makan kat sini. Senang nak bawak makan sebab semua makanan di sini tak pedas. Lagipun keadaan restoran yang agak selesa untuk sekeluarga duduk dan makan. 
Harap mama kolin happy!




buat mama aka Cik Timah, tiada kata yang dapat mengambarkan betapa alang bertuah ada mama sebagai mak alang. Alang bersyukur mama selalu ada di sisi alang susah dan senang. Mama selalu bagi nasihat yang terbaik di saat alang memerlukan mama. Sebaik masa belajar dan masa bekerja sekarang. Mama ajar alang erti ketabahan. Macam mana nak berhadapan penganiayan dan tohmahan orang lain sepanjang alang mula keluar mencari rezeki. Selamat hari ibu mama! I love you soo much untill no words can't describe it! Semoga mama terus sihat dan dipanjangkan umur. 

Love,

Kolin Zainal


No comments:

Post a Comment

loving me..loving you