Friday, May 29, 2015

US Potatoes Culinary Festival 2015

Siapa yang suka makan ubi kentang? Kolin memang suka sangat makan ubi kentang dari kecik lagi. Teringat pulak sambal ubi kentang mak. Kentang di hiris halus, digoreng garing dan masak sambal merah. Punya lah sedap, kalau kita makan dengan nasi putih memang makan bertambah-tambah.
Apa pula menu ubi kentang korang pernah makan?


Bertempat di Hotel Sheraton Imperial, Kuala Lumpur berlangsung untuk kali kedua US Potatoes Culinary Festival 2015,  kolin teruja sangat sebab kali ini kami akan dihidangkan dengan menu-menu yang
 mengunakan ubi kentang. Sebanyak 39 menu dari 13 Chef ok! Bayangkan sebanyak 39 hidangan potato tu.


Hidangan pertama yang kolin try ialah Potato Vanilla Smoothies. Tak pernah terbayang ubi kentang boleh jadikan air. Percaya atau tidak air smoothies ini sangat-sangat sedap. Lepas ini memang boleh try buat di rumah, rasa fresh aje minum smoothies dari US Potatoes ini.

Selain itu, hidangan yang disediakan semua sangat menyelerakan. Tak sabar kolin nak cuba semua hidangan yang tersedia pada malam itu yang diadakan di Villa Daniele, Hotel Sheraton Imperial. Cosy ambience, memang mewujudkan suasana yang tenang untuk makan.


Diantara menu yang ada di sepanjang majlis US Potatoes Culinary Festival 2015









CREAM OF US POTATO WITH BLUE CHEESE AND CAULIFLOWER kredit gambar kepada kak ayu


US Potatoes Skin

Buat makluman, sebanyak 13 Restoran yang mengambil bahagian untuk tahun ini iaitu

Best Western Hotel Petaling Jaya, Big Hug BurgerBurger Factory, Jibby & Co.
La Bo Ca Latino, La Risata, Maria’s Steakcafe, Naughty Nuri’s
Rendezvous Steak Garden Restauran, Secret Of Lousinan
Sheraton Imperial Hotel, Kuala Lumpur, The Daily Grind dan The Roulette Bar

 ucapan alu aluan bagi memula majlis malam itu


di ikuti pula dengan sedikit penerangan dari Miss Indra mengenai betapa sihatnya US Potatoes dalam diet harian kita. Apa yang paling penting ada Vitamin C, Fiber, Antioxidants dan banyak lagi. Untuk info lebih lanjut boleh lah layari www.potatoesusa-malaysia.com.
Mesti korang terkejut dengan maklumat yang ada tau. Siap resipi dan cara nak masak ubi kentang pun ada.


ini lah diantara barisan Chef yang telah bertungkus lumus untuk US Potatoes Culinary Festival 2015.


Dan acara makan, acara yang paling digemari oleh kolin. Masa ini terbentang semua menu yang dihasilkan melalui US Potatoes. Sangat-sangat kreatif, good job Chef!

Semua jangan lupa pergi ke 13 restoran tadi untuk mencuba resipi dari US Potatoes tau. Untuk penerangan dan pertanyaan boleh layari laman web www.potatoesusa-malaysia.com bila-bila masa. So jangan lupa tambahkan skill memasak US Potatoes dengan stim, bakar, panggang, goreng, saute, microwave bake atau rebus. Yang pasti menu ubi kentang atau potatoes pasti menambat hati seisi keluarga.

Love,

Kolin Zainal


4 comments:

  1. yummy food event, all about US potatoes

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi sherry, thk you for visiting my blog!
      its really yummy indeed!

      Delete
  2. Sy pun suka mkn sambal ubi kentang..tapi kentang tu potong kasar sikit dan campur dgn ikan bilis goreng..perghhh sedapnya..perut sy da la tgh lapar ni..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah...teriba lapar teringat sambal kentang kan...huhuhu

      Delete

loving me..loving you