Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

XES Signature Launch bertemakan The Tales of Olympus

Xes Shoes memang tidak pernah gagal dalam menganjurkan majlis gilang gemilang. Bila kolin sampai di Quill City Mall, Main Concourse hari tu kolin terus rasa kagum dengan hiasan bertemakan zaman kegemilangan Rome. 



Kali ini Xes membawakan koleksi kasut yang lebih ranggi dan anggun dengan tema 'Tales of Olympus' 2015. Koleksi kali ini menampilkan rekaan zaman Roman lama mengunakan warna mewah seperti hitam, merah dan juga warna emas.

Koleksi yang selesa dipakai oleh wanita mahupun lelaki ini memang tidak akan mengecewakan anda. Managing Director bagi Xes, Mr. Simpson Wong dengan rasa bangga dan mengucapkan tahniah kepada semua yang telah bertungkus lumus menjayakan rekaan koleksi kali ini. Termasuk sekali kepada Fitness First Malaysia dan Ethnic Sense tidak lupa juga kepada Malaysia Retail Chain Association (MRCA) yang sama menyokong pada hari pelancaran koleksi ini.

Bukan itu sahaja, para tetamu juga diberi aktiviti yang menyeronokan sepanjang acara berlangsung.


Acara pertandingan memanah dan pertandingan siapa ikat tali kasut paling pantas. Semua sporting dan berebut nak masuk! Meriah dengan blogger-blogger yang sporting.


Di majlis ini juga XES memperkenalkan maskot mereka, pertandingan Instagram siapa paling banyak Like juga ada. Tahniah kepada blogger comel Nisa Kay kerana memenangi tempat pertama.

Pembukaan oleh Fitness First Malaysia dengan persembahan Gambit. Di ikuti dengan persembahan XES Ambassador Miss XES Elegant 2014/15 Miss Mico Pun.



Dan acara yang di tunggu telah tiba, semua koleksi di pertunjukkan dengan gah. Banyak kasut yang memikat hati kolin. Koleksi mewah dan sesuai sangat dengan citarasa kolin. Tahniah XES berkongsi bersama kami!



Jangan ingat untuk wanita sahaja, untuk lelaki pun ada juga tau.


Kolin dah dapatkan koleksi signature terbaru dari XES, korang macam mana? Jangan lupa ke butik XES dan lihat sendiri rekaan mereka ok. Terima kasih XES untuk hadiah ini.


Untuk lebih maklumat jom layari http://www.xesshoes.com.my jangan lupa follow mereka di Instagram @xesshoes dan di FB https://www.facebook.com/xesshoes ok. Sure korang suka sebab keunikkan yang ditampilkan oleh XES sangat berlainan lagi pulak dah gaji ni kan hehehe


Terima kasih buat Sabrina dan Amir juga sebab bagi kolin dan kawan-kawan bergembira di majlis gilang gemilang ini. Panjang umur jumpa lagi ye.

#xesshoes #XESsignature #XESsignaturelaunch2015

Love,

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you