assalammualaikum
Siapa suka instant shawl? Kolin lah orang pertama angkat tangan kan. Tapi nak cari instant shawl yang cantik, senang dibentuk dan nampak elegan macam susah kan. Apa kata korang semua tengok koleksi terbaru dari Calimilan Closet ini.
Paling menarik di bahagian awning atau hadapan tudung tu. Diperincikan dengan labuci yang sekata dengan warna sifon tudung. Memang nampak elegan dan warna-warna pastel yang diketengahkan untuk koleksi kali menampakkan keanggunan muslimah. Memang nampak kerlass sangat.
Kolin paling suka panjang shawl ini. Lihat sahaja pandangan hadapan dan sisi shawl ini. Memang labuh memenuhi citarasa menutup aurah tapi still nampak bergaya. Memang sesuai untuk wanita bekerjaya yang mementingkan gaya elegan bila di pejabat. Untuk kolin lagi lah senang, sarung sahaja dah siap!!!!
Maklumlah harus menempuh jem setiap hari kan..nangis!
Untuk mak-mak yang sibuk tu pun apa kurangnya, kalau kita suri rumah pun perlu tampil bergaya juga bukan. Jawapan yang pasti, shawl instant yang elegan ini pasti memenuhi gaya anda. Jangan disebabkan kita ni suri rumah nampak selekeh aje kan. Itu dahulu kala, kalau zaman sekarang takde dah suri rumah begitu. Sekarang suri rumah semua dah meletop letop...lagi meletop kalau sarung shawl dari Calimilan Closet ni tau.
Raya dah nak dekat ni, tak payah susah-susah nak cari berpanas dan berhujan di luar. Buka sahaja FB Calimilan Closet admin sedia membantu anda mendapatkan shawl dan gaya yang anda kehendaki.
Didatangkan dengan berbagai warna menarik untuk pilihan anda! Pilih pilih..mari rapat-rapat tengok apa warna yang menjadi pilihan hati. Kolin paling suka warna hijau emerald tu..lawa sangat lerrrr
Cara untuk membeli shawl yang lawa, comel, selesa ini adalah seperti di bawah:
Instagram @calimilan_closet
Whatsapp Only 019-2934393
Senangkan nak order, kena cepat-cepat sebab stok sangat-sangat terhad.
Pilih warna yang sesuai dengan anda dan jangan lupa dapatkan segera ok!!! Kolin tak sabar nak gayakan shawl ini nanti. Tunggu kolin pakai dan tunjuk uolss ok. Yang pasti korang tak akan menyesal.
love
kolin zainal
khidmat pesanan masyarakat ini dibawakan oleh alialisakreatif untuk Calimilan Closet
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you