Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Malam Penghargaan buat semua peminat Domino's Pizza

Terima kasih buat Domino's Pizza kerana berjaya menganjurkan parti buat menghargai semua peminat Domino's bertempat di Jalan Duta Kiara, Kuala Lumpur. Pada kali ini kolin diberi peluang untuk hadir bersama suami dan anak-anak bagi memeriahkan lagi majlis malam jumaat lalu.




Kali ini Domino's menampilkan 5 pilihan pizza yang paling digemari oleh rakyat Malaysia iaitu
Classified Chicken, Chicken Pepperoni, Beef Pepperoni, Aloha Chicken dan Plain Cheese

Kelima-lima pilihan ini disediakan dengan kemewahan keju extra yang ditawarkan secara percuma dimana penjimat sebanyak RM4 setiap kali tempahan. Sebagai bonus, pelanggan boleh upgrade kepada cheesy Extreme Edge crust dengan diskaun RM4.00 untuk pizza saiz regular 
dan RM6.00 untuk pizza bersaiz Large.Seronok tak! 
Sesiapa yang memang suka pizza Domino's inilah masanya nak pergi makan bersama keluarga.

Malam itu kami dihidangkan dengan pizza yang lazat.
 Lihatlah anak-anak kolin menikmati pizza Domino's dengan penuh keriangan. Kenyang perut suka hati!!!


Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran band yang mendendangkan lagu secara live kepada semua tetamu. Anak-anak kolin paling teruja dengan belon-belon yang ada. 


Bagi yang tak tau Top Five Domino's Pizza tu ada apa bahan di dalam Pizza tu. Meh kolin share, mana tahu lepas ini korang pulak jadi peminat Domino's Pizza kan. Tak kenal, maka tak cinta katanya.

Classified Chicken: diatasnya disapu krim putih potongan kecil ayam, potongan cendawan segar, 100% mozzarella cheese dan sos rahsia yang menambahkan lagi aroma berkrim, rasa berkeju dan mempunyai sedikit rasa bawang putih.

Chicken Pepperoni: Yang ini selalu menjadi kegemaran ramai tau, dengan pepperoni ayam segar, perasa yang seimbang dengan rempah ratus terpilih bersama bawang putih menambahkan rasa pizza ini dengan adanya 100% mozzarella cheese.

Beef Pepperoni: Dihidangkan bersama pepperoni daging yang halal, keserasian bersama rempah dan rasa bawang putih bersama mozzarella cheese secukupnya yang menjadikan pizza ini sedap.

Aloha Chicken: yang ini memang menjadi kegemaran kolin sekeluarga, dengan 100% mozzarella cheese di atas, cukup dengan potongan ayam segar dihiasi dengan buah nenas yang menjadikan pizza ini lebih manis.

Plain Cheese: Ini pula buat pengemar cheese atau keju. Masa ini lah korang boleh memenuhi keperluan cheese korang. 100% keju mozzarella

Kolin dan semua tetamu juga diberi kesempatan untuk masuk pelbagai games yang disediakan oleh Domino's. Kolin, suami dan anak-anak semua masuk contest. Banyak sangat voucher Domino's kami bawa pulang. Boleh lah share dengan kawan-kawan dan keluarga nanti. Kita kenduri Domino's yeay..


super heroes game ini, Alisa Maisara menang tau!! Good girl *wink



Selepas itu giliran kolin pulak masuk games susun cawan, menang jugak tau. 
Memang malam tu orang perempuan aje menang. Hubby dan 
Ali Imran masuk contest menang no. 3 sahaja. 

  yang ini games sedut M&M gunakan straw dan letak dalam cawan, dan pemenangnya ialah Feeq  

miriam pun sporting join contest lipat kotak Domino's Pizza


yang ini games teka pizza, sampai habis masa hubby teka..semua tak betul hahah
tapi jangan si nannie pecah rekod ko, dalam masa tak sampai beberapa minit
semua pizza dia dapat teka. Memang terer!!


acara kemuncak adalah pengumuman pemenang bagi contest Instagram paling banyak LIKE. Sepanjang parti berlangsung kami semua diminta upload gambar di Instagram dengan #dominosmy dan hadiah yang ditawarkan TV Plasma untuk tempat pertama, USB Speaker untuk tempat kedua 
dan tempat ketiga voucher Domino's Pizza.


Rezeki tempat ketiga pertandingan Instagram milik kolin!!! yeay...Syukur
bawak balik banyak sangat voucher Domino's yahooo
Lain kali cuba lagi..korang yang LIKE gambar kolin di Instagram, terima kasih banyak-banyak 

yang ini menang TV Plasma untuk tempat pertama..tahniah


yang ini pula pemenang tempat kedua..tahniah

Majlis berakhir dengan jayanya dan kolin sekeluarga memang having a good time. 
Jangan lupa korang try Domino's Pizza tau. Untuk tahu lebih banyak maklumat mengenai Domino's dan top 5 pizza yang mereka ada boleh lah layari http://www.dominos.com.my. Mereka juga ada kempen #PaySameOrLess dan menawarkan pelbagai diskaun untuk pilihan pizza anda.

Terima kasih Domino's



Love,

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you