Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Review Buffet Berbuka Puasa di SACC Convention Centre

Terima kasih kepada pihak SACC Convention Centre kerana sudi menjemput kolin merasa menu-menu untuk berbuka puasa yang dalam masa sebulan lagi sahaja kan. Menjanjikan menu iftar bertemakan Cita Rasa Selera Nusantara memang terliur tengok buffet ramadhan yang bakal dihidangkan ini. 


Memang kena dengan tema, kebanyakkan menu yang dihidangkan amat menyelerakan. Ada kambing golek, ulam-ulaman, kerabu, udang sambal petai, ikan masak pindang, pucuk paku masak lemak cili api, ikan pekasam, rendang daging, lemang, nasi impit, ikan pepes, air batu campur, aiskrim, berbagai kek dan kuih muih juga dihidangkan. Memang kalau esok kolin berbuka puasa di sini, rambang mata di buatnya. 

Paling penting masakan di sini sangat sedap. Kolin bagi sepuluh markah untuk chef di sini. Masakan mereka memang world! Makan semua sekali dan penuh pinggan ok!


Semalam siap dengan pemuzik di atas pentas mendendangkan lagu-lagu menyambut bulan ramadhan. 
meriah sangat, ramai tetamu yang hadir. Acara yang sangat meriah!


Nampak tak senyuman aku tu, pinggan penuh dengan lauk sahaja. Nasi tak berani nak ambil takut kekenyangan. Lauk pauk kampung ini memang menyelerakan. Bayangkan kita berbuka puasa di sini nanti, tak perlu rushing balik rumah.  Harga untuk Early Bird RM68 bersih* untuk dewasa dan ianya sah sehingga 31 Mei 2015. Sekiranya ada kawan-kawan yang nak gathering masa berbuka, boleh lah berjimat beli early bird sekarang sebab selepas 31 Mei 2015 harga bertukar kepada RM88* bersih dewasa dan RM44 bersih* untuk kanak-kanak. Manakala untuk warga emas pula berumur 60 tahun ke atas RM44 bersih* sahaja. Jangan lepaskan peluang ambil tawaran yang ada ok.


Di SACC Convention juga kita boleh buat rumah terbuka tau, tak perlu susah payah nak kemas rumah. Senang saja datang di sini dan booking. Haaa semua tetamu open house kita boleh bergembira di sini. 
Boleh plan dulu dan kumpul bajet betul tak?


Jangan lupa dapatkan baucar iftar anda sekarang dengan menghubungi 03-5511 8858/8813. Kang melepas pula nak merasa masakan chef di sini kan.
Gerenti puas hati dan berbaloi. Menu yang dihidangkan melebihi seratus jenis makanan. Ada rojak singapore, ada kuih yang digoreng panas-panas, ada popiah basah. Nak kolin sebut satu-satu memang tak habis sampai muka surat sebelah blog ini tau. 


Yang pasti buat semua jangan lupa berbuka di SACC Convention Centre ok!




#bloggermalaysia #foodblogger #foodporn 
#akuyangmakankauyangpanas



No comments:

Post a Comment

loving me..loving you