Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Zumba bersama MYFDFF

Sabtu minggu lepas kolin dan anak-anak berkesempatan untuk menyertai acara gilang gemilang ini di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Kolin dah berdaftar siap-siap di Facebook. Bila sampai di kaunter pendaftaran, tunjukkan kad pengenalan dan dapat sarapan percuma. Seronok sangat kan!!

Sebelum pergi zumba sempat kolin bergambar di photo booth yang disediakan di sini. 


kalau nak tengok lebih banyak gambar boleh lah singgah ke FB MYFDFF ada banyak sangat gambar dan video yang dishare tau. Silap-silap korang boleh buat zumba sekali di rumah dengan video yang telah dikongsi tu. Bukan kolin nak cakaplah, memang penuh sangat orang berzumba pagi tu. Semua kakak-kakak dan abang-abang sporting habis. Ini lah pertama kali kolin berZUMBA, takut lepas ini kolin berZOMBIE hihihi. Tapi kita ambil langkah positif ke arah hidup yang lebih sihat ok!



Kolin berpeluh tahap bahaya ok berzumba pagi tu. Cuma beberapa minit kolin mula memang dah basah lenjun. Bayangkan lah 90 minit Zumba tanpa henti. Memang tengok tenaga pengajar atas stage tu stamina padu giler. Tengok Zin Fatin berzumba penuh tenaga buatkan kolin terasa tua!!! Adoi mak aii..

Yang pasti kolin tidak lah keseorangan dengan anak-anak. Huda dan Anis pun ada sama sertai acara ini. 

  Selesai acara 90 minit Zumba kami sempat berkunjung ke gerai-gerai yang disediakan di sini. Banyak info mengenai kesihatan ada di sini. Kalau nak timbang berat dan tinggi ok ker tidak pun boleh tau sabtu lepas. Demo masakan sihat untuk yang ingin berdiet pun ada jugak.
 Tepuk dada, tanya selera lah nak pilih gerai yang mana. 

Sementara menunggu sesi kedua acara kickboxing dan cabutan bertuah, kami semua pergi main bubble. 
RM3 sahaja untuk sebekas tu dan refill RM1.50 sahaja. 


Huda pun tak terlepas peluang nak cuba main bubble. Maklumlah dulu kita kecik-kecik mana ada bubble besar-besar macam ini kan. Ini lah time kita nak mengimbau zaman kanak-kanak
tiada hakim, tiada pengkritik, cuma berseronok sahaja!


Sesi kedua acara kickboxing mengambil tempat selama setengah jam. Masa ini lah alisa nak join sama. Acara Zumba tadi memang dia duduk sahaja, takde mood nak join. Ali Imran dah masuk geng rollerblade yang ada pada hari tu. Memang kalau ke Taman Tasik Tititwangsa ini tidak pernah kurang dengan aktiviti yang disediakan. 


Terima kasih MYFDD sebab menganjurkan acara yang gilang gemilang ini.
Kalau di masa hadapan ada lagi acara sihat sebegini, pasti kolin join lagi.

Jom Zumba!

#fitmalaysia #myfdd #malaysiasihat 

love

kolin zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you