Berbesar hati sangat dapat join sekali event ini. Masa nak join event ini sangat simple, kolin hanya perlu mendaftar di page Facebook Asus Malaysia. Tunggu beberapa minggu, sampailah T-shirt dan kad jemputan dari pihak Asus. Mudah kan! Dan sampailah hari yang dijanjikan kolin, huda dan anis nak jadi 100 pengunjung terawal dan dapat Zenpower powerbank free!..
Tengok lah kami berjemaah tunggu dan beratur di KL LIVE Jalan Sultan Ismail. Kolin nak berterima kasih banyak-banyak pada huda dan anis. Tanpa mereka berdua memang tak happening lah hari kolin!
Jam menunjukkan pukul 11 pagi, ikutkan jadual yang diberi acara akan bermula. Kami yang mula beratur dari jam 8.00 pagi dah over excited dah nak masuk tau. Nak tau kami nombor berapa dalam barisan huhu
Tengok seorang demi seorang masuk ke dalam KL LIVE tu memang teruja. Lagi pulak dengar bebelan pengacara kami untuk hari itu Mr. Cody Lim yang sangat peramah.
Yeay dah masuk...seronok wei...lampu warna warni huhu
dah lama tak jejak KL LIVE ini, dedulu selalu gak tengok konsert kat sini.
Ni kira agenda kolin lepas rindu lah uhuk uhuk. Nak tau kolin dapat nombor berapa yang beratur dari pagi tu. No 0066 my lucky number!! Tapi hari itu nombor tak naik lah untuk cabutan bertuah. Ada lebih kurang 30 hadiah cabutan yang ditawarkan tapi kami bertiga tak lah bertuah sangat. Janji dapat Zenpower tu jadi lah kan. Rezeki gak...ditambah pulak bantal yang super comel..Thank you Asus..
Acara gilang gemilang ini dimulakan dengan sesi penerangan dari Mr. Jimmy dan Mr. Li. Semua features yang ada di dalam Zenfone 2 dishare dan memang kolin sangat teruja. Perincian Asus dalam menghasilkan Zenfone 2 sangat teliti. Yang paling menarik minat kolin untuk caj Zenfone 2 ini cuma mengambil masa setengah jam ok. Tebal untuk Zenfone 2 ini hanya 3.99mm. Cuba bayangkan betapa nipisnya handphone ini.
Lagi yang menarik mengenai Zenfone 2 ini dia mempunyai selfie panaroma. Setakat nak tangkap gambar selfie beramai-ramai dalam dewan tu memang no problem. On kan features tu dan mula berselfie. Hasilnya satu dewan kita boleh berselfie. Dan lagi menarik, privacy untuk Zenfone 2 ini memang sangat sesuai untuk orang-orang yang nak berahsia pasal media sosial yang mereka ada. Sebab kalau orang lain buka kita boleh lock semua media sosial tu dan mereka tak nampak pun. Harga sangat-sangat berpatutan. Memang panjang lah yang beratur mendapatkan Zenfone 2 dan yang lain-lain.
Selesai sesi penerangan dan sesi soal jawab soalan, kami semua diminta untuk mengecop kad yang diberikan untuk menebus hadiah. Memang berebut-rebut lah kami dalam KL LIVE tu. Dah lama kolin tinggal acara berebut-rebut. Nasib baik ada huda dan anis yang agresif, memang korang terbaik lah!
Dan akhirnya Zenpower powerbank menjadi milik kolin yeay. Buat pengetahuan korang, powerbank ini belum ada pun kat mana-mana store Asus. So 100 yang pertama ini penguna Zenpower yang terdahulu lah kat Malaysia. Terima kasih banyak-banyak Asus.
Bantal pink untuk Alisa Maisara, voucher snack plate KFC untuk Ali Imran
Dan Zenpower powerbank gold colour itu untuk kolin.
khidmat pesanan masyarakat ini dibawakan oleh alialisakreatif.blogspot untuk Asus Mobile Malaysia
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you