Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

'FERRARI' merah yang paling berjasa


Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Rata-rata mana kawan rapat dengan kolin tau kereta 'ferrari' kolin ini hahahhaha. Kolin panggil 'ferrari' kereta buruk ini, tapi kereta ini paling banyak berjasa. Dulu beli sebelum menikah lagi, dengan kereta ini lah kami ke sana sini, dengan kereta ini lah kami balik dari hospital selepas melahirkan anak-anak kami, dengan kereta ini lah kami banyak mengukur jalan. Rasanya dah hampir 15 tahun kut, seusia dengan ulangtahun perkahwinan kami pun. Dari 2004 sampai lah ke hari ini, masih elok, masih berjasa dan masih berbisa.


CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ADOUR BUSTER khas untuk anak-anak

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Haa kali ini perkongsian yang best !! Syampu rambut khas buat anak-anak. Kekadang bila bayi memang kita pakai laa syampu  khas tu. Tapi bila anak-anak dah mula bersekolah, kita suruh aje mereka pakai sama apa kita pakai ye. Sebenarnya tidak digalakkan tau, syampu dewasa tu, kanak-kanak pakai ler. Tak elok rasanya. Sekarang penyelesaian bau yang kuat dari kulit kepala dan rambut boleh diselesaikan. Kan balik sekolah tu berpeluh-peluh, rambut berminyak dan bau memang semerbak laaa. Sekarang korang boleh dapatkan syampu ini dan masalah semua akan selesai. Jangkitan kulit kepala pun dapat di elakkan malah mereka bau wangi aje. Ambil tahu ye...syampu dewasa, tak sesuai untuk kanak-kanak !!




Jahitan Manik 3D

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Haii korang...mood raya ON ker TAK ON hahahah. Kolin mood raya ada masih ada haa ni. Dan macam biasa regular customer yang memang tahu kita menjahit manik tempah macam biasa. Agak simple kali ini, dia request manik 3D. Kolin pun suka tengok, macam lukisan lak. Terima kasih menempah kak intan ye.




Pengalaman jadi Petugas SPR semasa PRU14


Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Setiap kali pilihanraya atau hari mengundi, sebenarnya terdetik macam mana nak jadi petugas. Nak kerja, nak tahu macam mana lah proses hari mengundi tu. Dimakbulkan doa kolin pada pilihanraya PRU ke 14 yang penuh dengan kontroversi tu dapat bertugas di Dewan Seksyen 11, di Shah Alam. Malah bukan kolin sahaja yang bertugas. Suami pun sama dapat juga pengalaman baru ini. Tapi dia di Setia Alam, so berpisah lah kami bertugas demi memastikan segala perjalanan semasa PRU14 berjalan lancar. Bercerita macam lah kami besar sangat jawatan kan hahahah. Kami ni PAPM ajer, lebih kepada membantu para pengundi lah. Mana yang berkerusi roda, mana yang sakit, mana yang perlu diberikan keutamaan dan sebagainya. Penunjuk arah pun iye...so sebelum PRU kepala tak sakit apa pun. Tapi pada hari kejadian tu, 9 Mei 2018 hari bersejarah tu, memang sakit otak, sakit badan dan sakit hati pun ada jugak. Tak sabar nak kongsi kisah kolin sendiri tau.

 thk u sis anie mohamed 

“PINKFONG BABY SHARK ICE CREAM” KINI DI MALAYSIA

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

“Baby Shark doo doo, Baby Shark doo doo”
Kolin rasa semua orang dah tahu kedatangan aiskrim fenomena yang terbaru iaitu PINKFONG BABY SHARK ICE CREAM. Mustahil la korang tak tahu lagu ‘baby shark, doo doo doo’ tu kan. Anak-anak kecil sampai lah yang bayi tu pun tahu lagu tu. Dan hari ini kolin nak cerita mengenai aiskrim yang mencetuskan fenomena satu Malaysia. Kenapa jadi begitu dan kalau korang nak tahu Fenomena PINKFONG yang menyebabkan anak kolin asyik ajak ke Speedmart99 untuk beli aiskrim ini lepas tahu ianya telah dilancarkan. Alah, tak mahal pun RM1.90 sahaja. Yang penting ianya perisa kegemaran iaitu Strawberi, pink color pulak tu. Memang favourite ! Sarung aiskrim biru pink tu pun dah cukup memikat hati anak-anak.



Makan di SOI55 THAI KITCHEN, Mont Kiara

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Buat yang rinduuuu...rindu nak makan makanan ala siam atau Thailand, kini korang tak perlu dah pergi jauh-jauh. Kali ini kolin nak berkongsi dengan korang semua tempat baru untuk korang nikmati makanan Thailand sambil melepak dengan semua ahli keluarga. Tak jauh mana pun, dalam Kuala Lumpur sahaja. Ini lah dia SOI55 THAI KITCHEN, Solaris Mont Kiara, No. 15, Jalan Solaris 5, Kuala Lumpur.  Nak lebih mudah, ikut aje lah macam kolin, waze aje terus sampai. Ikutkan tak jauh pun dari rumah kolin kat Kepong tu. Kat KL ajer pun korang dah boleh makan masakan dari Negara Thailand asli tu tau. Inilah dia ruangan depan restoran. Senang aje nak cari...