Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Double Down by KFC


Assalammualaikum

Goshh...this new line from KFC memang superb! suka giler ok. Macam meriah sangat makan dan ianya sangat sesuai kepada aku yang suka yang makan daging burger tapi sayur dan roti semua dicampak tepi. Memang sedap..harga pun sedap!!

KFC ~ finger lickin good!!!!!

Restoran Windmill, Plaza Massalam Shah Alam

Assalammualaikum

Nak dijadikan cerita 6 Nov semalam kami sangat lah lapar dan mencari-cari tempat lunch yang baru untuk di jelajah di kawasan shah alam. Al maklumlah shah alam adalah tempat yang terhad dan kalau nak tahu nak makan di shah alam banyak yang mahal tapi kurang sedap nya. Hari ini kami buat keputusan untuk makan Western ok.

Kami pun ke Plaza Massalam dan mencari restoran western yang bernama Restoran Windmill. Ada info mengatakan tempat ini tengah buat promosi dan makanan set lunch yang sangat murah.

ok hidangan pertama yang dihidang untuk lunch hari 6 November 2012 ialah:

garlic bread and mushroom soup

ok yang itu pembuka selera yaa..memang menyelerakan
so the main course

this is mine...fish & chip with tartar sauce

for mastura dan peja..they choose this:

black pepper lamb with rice

korang nak tau berapa kos untuk makan lunch pada hari itu. For me hanya lah RM17.55 sahaja. Untuk tempat yang tenang, lagu-lagu evergreen di pasang sentiasa, ambience yang bersih dan sangat english pada harga yang sangat berpatutan kann...


tengok lah keadaan restoran ini. Cantek kan!

lovely!

Dan paling bagus..harga untuk tiga orang makan tengahari di sini hanyalah RM54.50 berbaloi baloi. Lupa nak cerita set menu makan ni ada disertakan air sekali.

ice lemon tea...superb

dengan ini saya berbesar hati menjemput semua kawan-kawan yang ada kelapangan sila lah berkunjung ke restoran ini.

yummy ~




Pantai Indah Seaview Apartment - Part 3

Assalamualaikum

Pagi esok pada 4 November 2012, Ahad..memang hujan dah gerimis. Abang kolin decided nak balik awal sebab alwi macam kurang sihat dan perlu ke klinik. So dia pun balik lah jam 10 pagi macam tu. Tapi masa untuk check out adalah pukul 12 tengahari.

 morning glory in jeram..dari balkoni apartment bole tengok laut

hujan..

abg kolin..syed azhar shah dan anak nya sharifah allawiyah

sharifah aqilah dan syed alwi

so yang tinggal kolin sekeluarga dan mama kolin. Perut memang dah keroncong, tanpa lengah-lengah kami pun mula bekemas dan bersiap untuk check out. Target nak brunch aje senang..sebab jam 3 petang nanti ada majlis hari jadi quads di bangsar.

Bersiap semua dan kami pun check out, alhamdulilah deposit RM50 pun dipulangkan semula. Yeay, bole buat shopping beli kerang dan mentarang nanti jeng jeng jeng. Sebelum balik hubby dan anak-anak sempat bermesra dengan dua ekor monyet yang dikurung di belakang pos guard ini. Kolin nampak mereka sihat dan mereka di beri makan nasi dah buah buahan. Yang paling bagus monyet-monyet ini sangat jinak...imran siap pegang tangan dia lagi..

amik pucuk pokok

bagi monyet yeay

lisa teruja tengok monyet

the monkey!!

Ok dah siap bermesra ngan si monyet kami pun terus keluar dan menuju ke pantai remis. Ye hari ahad ramai yang berjualan dan ramai juga yang datang ke sini untuk membeli belah. Pada waktu itu air laut hampir surut dan tujuan kami ialah mencari tempat untuk makan.

Akhirnya ada restoran lah weh..best nyer. Makanan semua ada so kami pun order nasi goreng kampung, lokan goreng cili, lala goreng cili dan mentarang masak kunyit dan air nescafe, air teh suam dan air suam dua sahaja. Makan lah sedap lah nasi goreng kampung dia dan lauk pauk yang digoreng pun sedap sangat. Harga sangat murah RM40.60 sahaja untuk lunch kami hari tu. Bestnyer datang ke jeram atau pantai remis selangor ini. Selalu kolin ke luar untuk mencari tempat menarik tapi tak sangka dari rumah cuma 30 minit dah ada tempat menarik untuk dilawati. Lagi satu murah aje. Penginapan RM100 dan makan yang sangat sedap. Tapi ingat seafood sesekali ok, kalu selalu kang jadi lain penyakit pulak. So jum enjoy the pictures...adios yaa

restoran di tepi laut..syok..angin - the model is my mama

enjoying the view

nama tajuk restoran

lauk pauk

lokan

lala

mentarang

nasi goreng kampung yang sedap!

aren't they sweet?


so sekian sahaja percutian ringkas pada bulan november 2012...
nantikan yang lain ye...

chow!!




p/s: Saya sangat menyampah tengok orang mengampu tahap babun...nampak sangat ok!!!

Quads Birthday Party!!

Assalammualaikum

Ahad 4 November 2012 - kolin sekeluarga dapat lah jemputan daripada mastura kawan masa sama-sama bersekolah kat assunta pj dahulu. Mastura yang sangat bertuah mempunyai 4 orang anak kembar yang berumur 6 tahun sekarang. Masa kelahiran bayi-bayi ini memang mastura mendapat liputan surat khabar yang meluas disebabkan kelahiran kembar 4 yang sangat jarang-jarang berlaku di negara kita kan. 

So nak dijadikan cerita, birthday kembar 4 yang ke 6 tahun ini disambut besar besaran lah. Majlis di adakan di foyer padang kilat TNB bangsar. Majlis yang sangat meriah dan warna warni ni best sangat. Kami memang suka mengambil kesempatan lah kannn. Time ni lah kami reunion ramai-ramai sambil bergumbira sakan. 

 dari kiri totoi, nana, leleh, kolin dan mai

kali ni pun macam tak ramai dapat hadir. Ada yang sibuk majlis lain dan ditambah pula hujan yang sangat lebat ok. Kolin dari jinjang hujan lebat giler, sampai bangsar tak hujan. Waah rezeki tuhan nak bagi ahad ni kan. Tambahan pulak penat baru sampai dari percutian ringkas di Pantai Indah Seaview Resort kan. 

5 Sastera Intan...

Kat sini kolin nak share gambar warna-warni kami yang selalu muda dan ceria!!

kolin, nana, leleh, jija dan totoi

leleh, nana, totoi
yang duduk mai, jija dan kolin
totoi n jija ...preggy mommy hhihih




my mom joining the party too

the picture that i love most!! suka bangat!!

Selesai majlis almost 6.30 petang, kepada mai sekeluarga terima kasih kerana menjemput kami semua. Tak sempat nak save gambar 4 beradik menyambut hari lahir. Anyway gambar ni semua pun dari FB leleh dan nana ..si kolin mencilok. Kolin harap sangat persahabatan kami dari form 1 sehingga form 5 dan sehingga kini masih utuh bertaut dan memang kami masing-masing mengila sakan kalu berjumpa. Lupa yang kami dah bersuami dan beranak pinak. Dunia remaja yang sangat tidak dapat kami lupakan..

So lepas ni..sapa pulak nak buat party??!!!!


So proud of Ali Imran


Assalammualaikum

Kali ni kolin memang nak berlagak. Cikgu-cikgu imran memang pandai ambil hati mak dan ayah. Cayalah Ali Imran Bin Sazali dapat tulisan rumi terbaik untuk umur 6 tahun. Terbaik laaa!!!
kolin punya lah excited sebab seronok, Tapi malangnyer kolin tak dapat hadir masa imran naik pentas semalam. Macam ada ke jemputan eh? tapi memang serius tak perasan.

Anyway, ali imran..mamy ucapkan tahniah dan semoga imran akan berusaha untuk masa depan yang lebih baik. Semoga ali imran menjadi anak yang rajin dan baik untuk kepada cikgu-cikgu dan mak ayah. 

Kepada guru-guru Tadika Islam Hidayatul Mustaqimah, saya mamy ali imran bin sazali dengan rendah dan besar hati mengucapkan terima kasih kerana sudi mengajar anak saya. Sudi menunjukkan anak saya dunia pendidikan, terima kasih mengajar anak saya penuh dengan kasih sayang, terima kasih untuk segala-galanya. Tak mungkin saya dapat balas jasa-jasa cikgu semua ini. Semoga Allah Taala merahmati cikgu-cikgu semua. 

Terima kasih!!...

Pantai Indah Seaview Resort - Part 2

Assalammualaikum

Dan kisah aku bercuti yang macam jauh sangat pun bersambung laa hihihi. Pukul 4.30 petang dan cuaca sangat baik, tak panas sangat dan tak hujan. Waah..aku pun bersiap lah sekali ngan anak-anak dan anak buah aku nak mandi pool yeay.. Siap pam semua pelampung dan memang anak-anak tak sabar nak turun lah..

 alwi, ali dan alisa

 syed alwi dan alisa maisara

 nenek di hadapan..semua cucu ikutttt

Bila semua anak-anak dah nampak pool wah masing-masing tak sabar nak terjun. Ali dan Alisa memang lah tak takut sebab dah selalu sangat mandi pool so masing-masing amik pelampung dah terjun aje. Next time kolin nak beli pelampung yang kat lengan aje, nak bagi ali dan alisa pandai berenang. So extra skills for them!

imran yang tanpa disuruh dah turun

 
alwi dan aqilah yang disiapkan oleh ummi nyer..nenek jadi pemantau hehe







Acara kami mandi pool pun berhenti jam 6.00 petang sebab hujan macam nak turun lah. So kami pun naik atas apartment. Sekali adik kolin si awen kata masa on the way nak datang ke sini dia lalu tempat banyak orang jual mentarang, kerang dan siput-siput. Mengelitis kolin dengar...kolin memang fan of seafood sangat-sangat. Kami pun bersiap dan pergi.

Hujan sangat lebat ok..tapi redah demi seafood. Kolin beli kerang sebesar duit 5o sen sekilo hanya RM4, lala RM5 untuk 3 kilo, mentarang RM7 untuk sekilo. Nasib baik bawak rice cooker kan. Baru lagi ok hihih ...kami pun rebus lah dalam tu buh serai dan cili sikit. Wah malam tu langsung tak sentuh nasi tapi memang perut sendat nak mampus makan terlampau banyak. Akibat nya kami tido awal malam tu. Lagipun budak-budak pun lelap awal jugak sebab penat mandi manda di swimming pool kut. Untuk malam pertama 3 November 2012..we are having so much fun!!

Nantikan Part 3...Pantai Indah Seaview Resort Aparment!!!