Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

TERIMA KASIH REPVBLIK BAND

Jujur kolin sebenarnya bukan lah peminat tegar Repvblik Band. Tapi kawan kolin jemput untuk menyaksikan konsert ini pada 11 Ogos 2023 yang lalu, memang pergi. Sebabnya dah lama tak pergi konsert hahaha. Lepas dendam oi

Dah lah esok tu 12 Ogos 2023, hari mengundi, kolin pula bertugas sebagai sukarelawan SPR. Tapi tak apa lah sebab konsert tu dalam jam 8.00 malam sehingga 11.00 malam sahaja. Jom la kita dating dengan suami kan.


PENGINAPAN DI LANGKAPURI INN, CENANG LANGKAWI

Heyy..siapa nak pergi langkawi boleh lah cuba penginapan baru LANGKAPURI INN di Pantai Cenang, Langkawi. Sekarang kan, kolin memang tak suka pergi hotel lama, perabot lama, katil lama, tilam lama semua lama-lama, tak suka. Sekarang suka pergi hotel baru, butik hotel dan yang kecik-kecik tu. Rasanya lebih menarik. Kadang-kadang lagi selesa tau.

 


Untuk Langkapuri Inn ini, dahulunya terkenal dengan nama Langkapuri Resort. Kalau dari airport kena waze nama tu. Asalnya dia buat chalet atas tanah sahaja. Now dah buat hotel setinggi 5 tingkat dan bilik semua baru-baru dan cantik. Cuma kolin tak nasib baik dapat bilik mengadap jalan masa menginap hari tu. But overall suka, sebab lif dia pun pakai akses kad. Keselamatan terjamin!!

SALANG SAYANG RESORT DI PULAU TIOMAN

Dream come true, bila kolin berpeluang ke Pulau Tioman. Dah lama teringin sangat nak ke sini. Akhirnya ada juga rezeki.Untuk penginapan 3 hari 2 malam SALANG SAYANG RESORT DI PULAU TIOMAN menjadi pilihan hati. 

Untuk ke Salang, kami kena naik feri dari Mersing. Kalau korang ramai kena pakai agen nak booking. Tiket 2 hala adalah RM120.00 dan untuk ke Salang iaitu perhentian paling hujung sekali lebih kurang 2 jam ke 3 jam. Jadinya kolin nasihatkan korang leh makan siap-siap dan dalam feri rehat, lelap mata. 

ni lah view dari dalam feri, jeti dia macam tu lah. Ada banyak perhentian tau.


WARDAH LIGHT MATTE SUN STICK SPF 50PA++

Hey korang semua. Korang selalu pakai tak pelindung matahari atau SPF. Kolin ni terus terang mula pakai dalam 3 ke 4 tahun lepas. Tapi untuk anak-anak seawal remaja kolin dah paksa pakai. Dan memang nampak kulit memang lebih elok tau. So siapa yang tak pernah pakai, sila pakai. Kalau tak pakai nanti cepat kedut haaaa..nak kedut ke hahahah

WARDAH LIGHT MATTE SUN STICK SPF 50PA++ 

 

CETAPHIL OPTIMAL HYDRATION

Baru-baru ini kolin ke Derma Workshop yang dianjurkan oleh Guardian Malaysia. Di masa yang sama jenama terkemuka memperkenalkan range terbaru mereka iaitu CETAPHIL OPTIMAL HYDRATION.

Buat korang yang mencari pelembab atau moisturiser kolin cadangkan guna yang ini. Ianya terbukti secara 'dermatological' untuk membantu kulit wajah yang bermasalah. Lagi lah kalau korang ada sensitif skin, elok guna Cetaphil. 

KUNDAL BODY WASH

 Assalammualaikum korang.

Pernah tak korang terasa kadang-kadang nak tukar selera bab syampu atau mandian? Kolin ni memang ada perangai macam tu. Setiap bulan bila beli syampu ke mandian ke, atau apa-apa sahaja tak akan setia dengan satu brand sahaja. Kadang suka nak try pelbagai sebab sekarang ini pun dah banyak sangat brand yang best dan harga jua rahmah. 

Kalau duduk dalam guardian atau watson memang ambil masa lama sangat. Dan untuk bulan Ogos kali ini kolin memilih KUNDAL BODY WASH