Hai korang semua. Masa cuti raya tu, sebelum balik ke KL sempat kami singgah tidur satu malam di Bukit Merah Laketown Resort.
Kolin tempah guna Agoda sahaja, murah sikit. Booking pun dalam perjalanan keluar dari Penang. Hotel dia kolin tak snap gambar lak. Agak suram, hotel lama tapi okay lah buat persinggahan. Nak makan malam atau sarapan banyak aje gerai jualan tepi jalan. So sesiapa nak stop berehat kalu berjalan ke Utara boleh singgah kat Hotel Bukit Merah Laketown Resort tu.
TAMAN TEMA AIR BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT
Hasil pemerhatian, kecik aje taman tema air ini. Dan tak banyak games sangat. Tapi staff dia memang kelas A+. Peramah sangat2 dan juga baik hati. Tak sombong wei..maklumlah orang utara kan memang murah senyuman.







