Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

MAKAN MALAM DI CAFE CHEF WAN 1958

 Assalammualaikum korang semua

Siapa yang tak kenal Chef terkemuka tanahair kita Malaysia iaitu CHEF WAN. Teringin betul kolin nak merasa masakan dia. Kalau nak tahu, taste Chef Wan memang terbaik lahkan. Bila dapat makan masakan dia memang lah seronok. Terima kasih laa buka Cafe ni, dapat juga kami ni merasa tau.  Selalu tengok dalam TV dan media sosial aje.


Cafe Chef Wan 1958 yang terletak di KL East Mall, Kuala Lumpur ini memang cosy sangat. Dekorasi lawa dan kalau datang waktu puncak memang kena beratur tau. Demi nak merasa juga, kami beratur. Tapi rezeki tak lama mana terus dapat meja. Lokasi meja lak dekat dinding belakang yang lawa tu. 

HIDANGAN NASI MENDI DARI RESTORAN JANNAT SABA' SEDAP BETUL

 Assalammualaikum korang. 

Buat peminat nasi mendi, ada port baru kolin nak kongsi. Tempat ini memang simple, dekat Ampang dan paling penting MURAH. 

Selalu kalau kolin makan nasi mendi mahal wei, yang ini boleh dikatakan berbaloi lah untuk poket sekeluarga terutama suami. 


ya betul, kedai ini orang melayu yang kolin nampak. Pandai dia masak...sedap tau.

SAFI YOUTH GOLD LIFTING GOLDEN C DUO SERUM

 Assalammualaikum 

Sebagai seorang wanita yang selalu mementingkan kecantikan sudah tentu mencari-cari set kecantikan yang terbaik untuk diri kan. Lagi pula dagu mula berlapis, kulit kendur, garis-garis mula kelihatan dan pelbagai lagi masalah penuaan awal timbul. 

Berikutan itu, kolin mula gunakan SAFI YOUTH GOLD LIFTING GOLDEN DUO SERUM untuk mengatasi masalah penuaan awal. Kalau dulu dagu tirus berbentuk V, tapi kini kian berubah. Mana boleh tahan kan. Nasib baik dah jumpa rawatan untuk kulit penuaan yang terbaik. 


PROMOSI SET MAKAN TENGAHARI DI CONCORDE HOTEL, SHAH ALAM


 Assalammualaikum korang

Siapa yang rindu nak makan kat hotel? Kali ini kolin nak kongsi promosi dari Concorde Hotel, Shah Alam. 

Untuk set ini korang boleh makan 2 ke 3 orang sebenarnya, portion agak besar. Dan harga pulak murah sangat untuk makan di tempat yang cantik, selesa dengan masakan dari yang pakar iaitu RM100nett sahaja!

Itu yang membuat kolin dan kawan-kawan teruja nak try makan kat sini. Dengan RM100nett, bermula dari jam 12 tengari ke 6.00 petang memang best melepak kat sini. SOP di Concorde Hotel Shah Alam memang terbaik.

RIADAH HUJUNG MINGGU DI WET WORLD WATERPARK, SHAH ALAM

 Assalammualaikum korang 

Buat mak ayah yang tercari-cari destinasi yang dekat untuk anak-anak riadah hujung minggu, boleh lah ke WET WORLD WATERPARK yang terletak di Shah Alam. 


Kalau korang nak tahu, kolin sendiri tak pernah ke Wet World Shah Alam sebelum ini. Tapi sejak habis PKP ni dan nak mengelakkan kesesakan kalau berjalan rentas negeri, terus cari destinasi yang dekat-dekat untuk riadah sekeluarga. 

Nak ke sini dari KL, tak jauh pun dalam 30 minit. Nasihat kolin pergi awal sebab ruang parkir agak terhad di sini. Tapi parking FREE! So buka jam 10 pagi, beratur beli tiket siap-siap. Tapi dengar cerita beli tiket di dalam talian lagi murah dan senang. So ikut korang mana yang senang okay. 

Masa sampai tu, memang ada petugas yang akan semak sijil vaksinasi, pastikan semua pengunjung suhu badan yang betul dan makanan dari luar juga akan ditanya. So bawa baju dan tuala sahaja okay. 

anak-anak bawah 90cm free ya    

harga yang dipaparkan. Tapi rasanya beli online ada promosi kan. So kena banyak-banyak mencari ya

ni harga kalau nak sewa pelampung atau pondok. Dia panggil cabana. Pada kolin, kalau ada anak kecil, orang tua boleh lah sewa. Selesa nak baring, makan dan juga solat.    

GUARDIAN MALAYSIA BONGKAR DUNIA KECANTIKAN BUAT SEMUA

 

GUARDIAN BONGKAR DUNIA KECANTIKAN UNTUK ANDA

Menampilkan lebih 60 jenama dengan lebih 7,000 produk

yang mewakili trend kecantikan global terkini

 Sesuai dengan reputasinya sebagai destinasi kecantikan, Guardian Malaysia sekali lagi bakal menganjurkan ekstravaganza Beauty Around The World (BATW), menampilkan trend terkini dari 60 jenama terkemuka dari seluruh negara termasuk Malaysia, Jepun, Korea, Indonesia, Amerika Syarikat, Jerman, Perancis, Taiwan dan banyak lagi.

 


Lebih 7,000 produk akan ditawarkan dalam kempen ini menunjukkan komitmen Guardian dalam membawakan jenama kecantikan terkini kepada pelanggannya sekaligus trend kecantikan terbaru dari segi ramuan dan tekonologi pada nilai terbaik kepada pelanggan.

Kempen selama sebulan tahun ini yang akan berlangsung dari sekarang sehingga 23 November akan memberi tumpuan kepada tema-tema berikut:

 

▪     Timur Bertemu Barat (East Meets West)

o   Solekan harian semulajadi orang Jepun

o   Seri bak embunan Korea

o   Solekan gaya barat terkini

▪     Serlahkan Kecantikan dan Kedamaian

o   Mengapa anda memerlukan penjagaan yang wajar untuk kesejahteraan anda

▪     Minda, Badan & Jiwa

o   Dapatkan produk-produk terbaik untuk meningkatkan kebersihan mulut, rambut dan badan anda

▪     Segala keperluan kecergasan anda

o   Selain daripada bersenam secara rutin, pengambilan vitamin dan makanan tambahan boleh membantu meningkatkan kesejahteraan anda. Terokai apa yang anda perlukan untuk gaya hidup yang aktif.