Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

FLAGSHIP KILLER REALME GT MASTER EDITION ENTERS MALAYSIA

FLAGSHIP KILLER REALME GT MASTER EDITION ENTERS MALAYSIA

together with Joe FIizzow, Hullera, and Bunga as realme 5G Ambassadors

 realme Malaysia today released the realme GT Master Edition in the market followed by its global launch during the realme Fan Festival 2021. The realme GT Master Edition is furnished with a Qualcomm Snapdragon 778G processor chip, 120Hz Super AMOLED Fullscreen, and supports 65W SuperDart Charge. realme fans will be able to purchase the long-awaited flagship series of realme smartphones lineup starting from 9 September via its official first sale on Lazada.

 


“Two weeks ago, we have just launched realme Book in Malaysia, and today we are thrilled to bring another product which many Malaysian fans have been waiting for, the realme GT Master Edition. The realme GT Master Edition is the birth of another masterpiece through realme’s collaboration with Mr. Naoto Fukasawa. This Master Edition of realme flagship smartphones is the first brand to introduce 3D vegan leather technology in the smartphone industry. Fans can expect realme to continue its Dare to Leap spirit by developing and presenting more comprehensive devices and flagship experiences to them in the future,” said Tiffany Teh, Brand Director of realme Malaysia.

 

KAMBING PERAP DARI MR PEPPER

Hello semua, buat yang suka kambing atau lamb grill macam kolin, sila baca sampai habis okay. Kalau di pasaran memang banyak sangat pilihan kambing yang siap diperap ini. Tapi pastinya rasa lain-lain dan pilihan kambing tu lain juga. Yang ini memang pertama kali kolin cuba dan terus jatuh cinta. Punya la sedap perapan dan kambing dia lembut sangat. Siap dalam masa 10 ke 15 minit dah boleh hidang kepada keluarga. Jangan lupa rebus brocoli dan rebus kentang tuk buat mash potato untuk keluarga tercinta.



GARIS PANDUAN YANG DISARANKAN UNTUK KUARANTIN BAGI PESAKIT COVID19

 Assalammualaikum semua

Siapa sangka tarikh 9 ogos 2021, kolin sekeluarga di uji dengan wabak covid19. Kisahnya tengah bersiap nak ke kerja pagi isnin. Suami pula batuk-batuk, sementara bersiap suruh buat ujian self kit. Kan kolin ada share dalam posting sebelum ini. 

https://alialisakreatif.blogspot.com/2021/08/pengalaman-guna-antigen-covid-19.html


gambar dari google


Sekali tengok result positif. Allahuakbar. Terus suruh dia mandi duduk bilik. Kolin settle beli-beli barang, sanitasi rumah semua ruang. Masak...selesai semua kami sekeluarga bersiap ke klinik untuk swab test. Kolin buat yang hidung RTK. 15 minit dapat tahu, Ali Imran pun positif. Mengalir air mata masa tu..Allahuakbar...

Simpan sini buat kenangan

tak tahu kena dari siapa atau dari mana. Jangan lah tanya..Kami pun speechless. 

Berikut merupakan garis panduan yang disarankan untuk kurantin kendiri:

  • Perlu sentiasa boleh dihubungi pada setiap masa.

  • Sentiasa berada di rumah sepanjang dalam tempoh pengawasan ini.

  • Tinggal di bilik berasingan dan menggunakan tandas yang berasingan (INI PENTING)

  • Hadkan pelawat atau tetamu yang datang ke rumah anda.

  • Senaraikan semua orang yang datang menziarahi anda.

  • Sentiasa amalkan adab batuk yang baik.

  • Sekiranya bergejala, sentiasa pakai face mask. Jika tidak memakai face mask, tutup mulut dan hidung anda menggunakan tisu apabila batuk dan bersin. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah dan CUCI TANGAN serta merta dengan sabun atau hand sanitiser.

  • Hadkan jarak anda dengan mereka yang sihat sekurang-kurangnya 1 meter.

  • Pakai face mask sekiranya keluar dari bilik dan elakkan bergaul dengan orang lain.

  • Pastikan pengudaraan rumah dalam keadaan baik dengan membuka tingkap.

  • Elakkan perkongsian peralatan makanan dan penjagaan diri.

Ni antara tips yang sempat kolin cari. Harap sementara 14 hari kuarantin ni, kolin mampu buat dan berjaya kekal negatif dengan alisa maisara. 

Doakan 22 Ogos ni hari ke 14 kami akan swab untuk pastikan kami okay. Tak ada apa yang kolin perlukan..doa sahaja. 

Semoga semua doa yang baik-baik tu berbalik kepada kawan-kawan sekeluarga. Harap di jauhkan wabak ni dari semua orang. Tak lalu..tak tahu..dah lalu..baru tahu..

Allahuakbar..
Ujian..Allah Sayang :)

PENGALAMAN GUNA ANTIGEN COVID-19 ANTIGEN - GMATE

Assalammualaikum korang semua :)

Sedia maklum kolin sekarang kan naik public transport untuk ke tempat kerja. Pergi KL Sentral, lepas tu naik LRT, lepas tu naik grab. Sampai opis...takut juga kluster tempat kerja. 

Tiba-tiba minggu lepas rasa tak sihat sangat. Demam dedar aje rasa badan, tu pergi la klinik ingat nak swab test. Tapi kebetulan doktor tiada, so balik dengan perasaan hampa. Masa tu tak keluar rumah, takut kena orang lain. 

End up, terpaksa ke pejabat. Tapi kolin tak buka mask dan sentiasa sanitise badan dan tangan. Balik singgah farmasi beli lah GMate Covid19 Saliva Antigen tu. 


DUGAAN PPN FASA 1, KERETA KESAYANGAN DIROMPAK!

Assalammualaikum korang semua :)

Kejadian ini berlaku masa 7 Julai 2021 yang lalu. Tak sangka kali ini kolin terpaksa lalui keadaan macam ni. Kalau korang nak tahu, kereta tu dah tua dah 17 tahun, dari 2004 kolin guna pergi balik kerja sampai sekarang. Kalau jalan jauh ada kereta lain, maknanya satu kolin guna, satu lagi suami yang guna. 

 


Nak dijadikan cerita, kereta buruk tu  last kolin pakai Isnin, balik kerja park kat situ jam 3 petang. Selasa tu memang tak ke mana-mana. Rabu tengahari nak pos barang, ada rezeki orang beli daging salai, sekali pergi tengok kereta dah barai. Aduhaii...memang akui kolin menangis teruk masa tu. Masa menaip ni pun sebak aje mengalir air mata.

MICROALGAE+ BAGUS UNTUK KESIHATAN DAN SAKURA COLLAGEN+ UNTUK KECANTIKAN SEMULAJADI

Assalammualaikum korang semua. Sebagai seorang wanita dan menginjak umur 40an, kolin memang suka supplement yang memberikan kesan positif kepada tubuh badan sendiri. Kali ini dapat berkenalan dengan produk terbaru iaitu Microalgae+ dan Sakura Collagen+ dari Vii Nutrition Sdn. Bhd. 


Vii Nutrition Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat pembekal dan pemasar produk kesihatan dan kecantikan berkualiti dan patented dari Spain, Jerman dan Jepun. Disebabkan itu produk mereka mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Dan sudah tentu, kolin pun nak cuba juga kan. 

 

MICROALGAE+ (MA+)


1. MA+ adalah suplemen antioksidan diformulasi dari TetraSOD marin mikroalga, Bioenhanced tocotrienol (T3) dan 76 mineral makro dan surih.

2. MA+ berfungsi untuk meningkatkan sistem imuniti, membaik pulih sel  yang rosak, mengurangkan sakit otot, memperlahankan penuaan serta mengoptimumkan kesihatan secara menyeluruh. 

3. Ma+ diperakui dan disahkan oleh GMP, Pematuhan ISO22000, ISO9001, HACCP, HALAL serta MESTI KKM

4. Dalam 2.5gram satu sachet tu ada tenaga 9.73kcal, karbohidrat 2.36g, gula 0.69g, protein 0.01g, lemak 0.03g. 

Arahan pengunaan

Satu sachet sehari, terus di makan dari paket. 

Bahan/Ramuan MA+

Campuran buah-buahan & sayuran, mannitol, inulin, tocotrienol & tocopherol, campuran mineral, mikroalga (TetraSOD. Tetraselmis Chuii 30mg).