Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

BAG RIMOON DARI PEREKA FESYEN TERKEMUKA TANAHAIR DATO' RIZALMAN IBRAHIM

Assalammualaikum semua. Sebenarnya ini pembelian kali kedua kolin. Tak sangka masa kali pertama kolin beli ribucket tu jadi rebutan wei. Terus yang jualan 31 Jan 2020 yang lalu, dalam masa 20 minit semua bag hasil kreativiti Dato' Rizalman Ibrahim langsai. Laku teruk!! I bangga sangat anak melayu berjaya macam ini. 

Untuk kali ini kolin berjaya mendapatkan beg #rimoon yang berharga RM219. Warna pula for sure lah yang terang benderang iaitu dark orange hehe. Kalau lah Dato' Rizalman buat warna kuning kan, itu color kegemaran kolin tu. 

RIMOON DARI DATO'RIZALMAN IBRAHIM


Rasanya sayang nak pakai. Kolin decided nak pakai masa raya nanti. So jimat sikit bajet raya on handbag kan. Sorry lah yang dm dan mesej kolin kalau ada beli extra. Jujur kolin nak kata, tak ada extra pun sebab masa nak beli pun handphone kolin tak lepas kat bahagian payment. Last sekali, kawan kolin tolong barulah lepas dapat satu. Tak tahu lah macam mana PS yang lelain tu battle nak beli bag ini bagi memenuhi kehendak semua pelanggan. Kalau kolin nak mengadap memang give up wei. Untung lah dapat satu, boleh lah buat kenangan. Sebab semua orang tahu, pereka fesyen terkemuka tanahair ini memang ada taste dia tersendiri. Tengok ig dia pun dah terhibur dengan semua marketing yang dikongsi.


Ini beg yang memula kolin beli koleksi Rizalman. Masa kolin beli ini, terlantar kena denggi. Senang aje masa tu nak beli kat online zalora. Tapi ramai benggang sebab server down. Sama juga jualan kedua, dua-dua server macam-macam perangai. Sebab kolin pakai laptop dan juga handphone. Tak lepas tau. Dapat bag tu pasal kawan tolong. Kalau tidak, memang tak beli lah. Sebab sekarang semua jual harga lambung dah. Maklumlah benda tak banyak. Bagus buat koleksi macam ni. Dapat juga kita rakyat marhaen merasa kan. 

So buat korang yang nak tengok unboxing video klik bawah ini okay. Jangan lupa subsribe YouTube Channel kakak okay. 



SALAM TERAKHIR BUAT ABAM BOCEY

Assalammmualaikum. Sejujurnya terkejut sangat dengan berita pemergian abam bocey yang kolin terima semalam. Seawal 8.00 pagi kawan di wasap dah cakap. Terasa macam eh, biar betul korang. Tapi itu lah dia, takdir dan ajal semua tu pasti. Tak pernah jumpa pun, tapi sedihnya macam dia rapat sangat dengan kita. Allahuakbar abam...ramai sayang awak.


AL FATIHAH BUAT ABAM BOCEY atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan  (19 Januari 1988 – 10 Februari 2020).

We are going to miss you Abam. Untuk Fad dan Achey semoga korang terus tabah. Tiada kata lain...cuba bersabar lah. Insha Allah kita pula menyusul nanti. Mati itu pasti...Allahuakbar... :(

'SHELL OUT' DELIVERY UNTUK MAKAN TENGAHARI DI PEJABAT


Assalammualaikum korang. Pernah 'shell out' tak? Kalau kolin memang merata dah kolin try shell out ni. Konsep ini memang banyak kedai buat dah, tapi kekadang sedih seafood atau makanan laut yang dihidangkan. Setakat ini kolin suka yang Zombie Seafood yang terletak dengan dengan FRIM tu. Yang lelain tak sedap pun...melainkan korang pergi restoran original Shell Out yang pernah diviralkan oleh artis kita. Tapi yang tu mahal sangat lah pulak kan. 



Yang kali ini kolin teringin nak makan bersama-sama dengan kawan sepejabat. Minta dia hantar ke pejabat dengan alas sekali. Portion yang diberikan memang sebungkus untuk seorang. So kalau korang order kolin cadangkan kalau makan 20 orang, minta 20 set. So satu nasi, satu lauk tu tuk seorang. Kalau dicantumkan ke tengah tu macam susah nak makan. Sebab plastik yang diberikan individual bukan sebesar meja tu. Nasib kolin bawa pinggan pakai buang. Tapi tak best sbb korang susah nak cedok kuah. 

SUKA KUCING? TAPI TAK BOLEH BELA KUCING. MARILAH KE KLCATPLAYGROUND

Assalammualaikum semua. Keluarga kolin suka kucing, terutama anak-anak. Tapi apakan daya rumah kami tak mengizinkan nak bela kucing. Satu lagi kami kuat berjalan, takut nanti tak terjaga kucing. Daripada zalimi kucing begitu baik kami tak bela kan. Tapi selalunya kami beri kucing makan lah, itu aje yang mampu untuk berbakti untuk haiwan kesayangan ini.

Disebabkan tak boleh bela tapi anak-anak suka belai kucing kolin cari tempat yang kucingnya bersih dan terjaga. Nah terletak di aras 1 Sunway Putra Mall di Kuala Lumpur ada satu lot kedai yang menawarkan servis sejam bermain kucing tau. Ada lebih kurang 20 ke 30 ekor kucing dalam tu. Memang nampak pasif aje kucing situ, sebab mereka manja dan kucing yang dibela rapi. So masuk dalam tu kena pakai stokin ye. 

 KLPLAYCATPLAYGROUND TERAPI BERMAIN BERSAMA KUCING
 

TIPS 8 GELAS AIR UNTUK ORANG BERPUASA - jom ganti puasa!!!

Assalammualaikum korang, dah ganti puasa ker belum? Haa soalan itu patut tuju kat diri sendiri sebenarnya. Kolin ada 4 hari lagi tak berganti wei. Semua jumlah  6 hari, tapi rajin ganti tahun lepas 2 hari. So sebelum Ramadhan tahun 2020 ini kena ganti. Harapan kolin sebelum April kolin dah langsaikan semua hutang puasa. Kalau boleh nak puasa lebih, nak ganti yang lelama dedulu yang kolin ponteng puasa dulu tu. 

Tapi halangan utama kolin, ialah AIR. Selalu rasa dehidrat kalau berpuasa. Kalau gastrik tu kolin boleh atasi dengan bersahur tu minum susu dengan oat. Tapi bab 'haus' ini memang tak boleh bawa bincang langsung. 

TIPS CUKUP 8 GELAS SEHARI UNTUK YANG BERPUASA 



ini kalau bulan puasa lepas terawih tu. Tapi boleh lah ikut waktu yang lebih kurang masa nak ganti puasa yang tertunggak tu kan. Kolin rasa tips cukup 8 gelas air masak dalam gambar tu boleh dicapai. Dan seterusnya nak puasa hari kedua lebih cergas dan bertenaga.

THE BEST SEAFOOD RESTAURANT IN LANGKAWI - FISH FARM RESTAURANT

Assalammualaikum korang. Perkongsian kali ini ialah THE BEST SEAFOOD RESTAURANT in LANGKAWI. Memang lah korang banyak kali ke sana kan dan selalu makan restoran yang sama. Kali ini kolin nak beritahu korang ada satu restoran yang patut cuba. Restoran ini kepunyaan berbangsa cina yang berasal dari Pulau Pinang. Tapi korang jangan risau, sebab pekerja dia melayu dan tidak hidang makanan yang tidak halal. So semuanya halal (tapi tak ada sijil lah kalau korang nak itu, sebab ada arak dijual, tapi kan sama dengan hotel, ada arak juga) dan paling best hidangan dia masakan ala chinese cuisine gitu. Mana nak dapat kan, authentic chinese cuisine. Mana yang faham maksud kolin, faham lah, yang tak faham boleh argue jauh sana. Paling penting Jalan-Jalan Cari Makan dari TV3 pun dah datang review tempat ini tau. Terpulang memasing, pada kolin sekadar seafood, malahan pekerja dia pun ramai melayu, so kita onzzz... No isu! Lagipun kenalan kami rapat dengan pemilik restoran ini. Dia sendiri layan ooo malam tuuu... :) 

So ini review ikhlas dari kolin, sebab rugi pulak rasanya tak berkongsi dengan korang semua tempat makan best!


FISH FARM RESTAURANT & RESORT SDN. BHD. yang terletak di pekan Kuah ini (korang boleh waze) senang aje nak cari. Masa sampai tu tengok tempat tu memang lawa betul hiasan laman mereka. Bersih dan memang banyak betul spot untuk ootd. Kaki bergambar memang suka lah kan. Tempat dia memang lawa betul.


ini jambatan dari pesisir pantai sampai ke laut sikit tu. Best lah ada jeti mereka sendiri. Dan kolin percaya siang hari bergambar kat sini memang lawa. Kalau dah malam pun letop gambarnya.