Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Happy 9th Birthday Alisa Maisara

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Anak kedua kolin dan pun genap 9 tahun, bermakna aku dah tua hahahha. Nak kata apa, semua orang bakal tua, so korang jangan ejek orang tua, sebab korang pun tua jugak nanti tau. Siapa aje yang kenal muda umur tak bertambah weii. Tapi yang penting kita tua dengan baik, gembira dan bahagia. Kita tua di usia, tapi muda di jiwa..giteww...

Buat lah sikit majlis hari lahir buat anak dara ini. Selalu kolin bawa ke hotel, mandi pool, makan luar. Tapi tahun ini dia mahukan parti di rumah. Kecil aje pun majlis dia, jemput jiran yang dekat sahaja. Itu pun masak bihun aje..lelain mcm biasa lah kan. Apa yang ringkas kita sediakan untuk dia.



Tiada apa yang kolin harapkan, cuma kolin doa, Alisa Maisara selalu dilindungi dan dipermudahkan dunia dan akhirat. Good luck for your coming exam baby girl !! Have a blast ya..29.09.2009 

Mami sayang lisa tau..jangan lupa baca blogpost ini masa mami dah takde yee sayang...love you always




Cara lebih sihat untuk mengoreng dengan AirFryer XXL Philips

assalammualaikum dan salam sejahtera

hai selamat hujung minggu weii..di hari ahad yang sibuk ini kolin nak berkongsi dengan korang semua mengenai produk yang best untuk kita yang suka masak dan makan. Perasan tak kita ni selalu duk mengoreng macam-macam, terfikir juga kalau nak sihat macam mana lah asyik ada minyak. Inilah dia AirFryer terbaru saiz lebih besar iaitu AirFryer XXL dari jenama terkemuka Philips. Sesiapa yang belum ada lagi kat rumah boleh lah rapat sikit, baca apa kolin nak kongsikan ini okay. Ini lah dia satu produk yang korang ada satu aje cukup untuk buat segala benda. Jimat tenaga dan masa mengemas...itu paling penting.




Tips murah rezeki dengan berZAKAT

assalammualaikum dan salam sejahtera

Selamat berhujung minggu korang semua. Hari ini kolin terasa nak berkongsi dengan korang mengenai TIPS MURAH REZEKI. Siapa yang tak berdoa hari-hari dimurahkan rezeki betul tak..semua nak kaya, nak senang dan nak jumlah akaun simpanan tu meningkat setiap hari. Tipu lah kalau kita sendiri tak mencari bagaimana nak menambah pendapatan dan juga simpanan. Jangan risau, kolin bukan nak jual korang skim cepat kaya ker, nak suruh korang jual apa-apa ker. Cuma kolin nak kongsi tips yang mungkin korang terlepas pandang yang ada dalam rukun islam yang kita ketahui selama ini, iaitu berZAKAT. Kita mesti ingat berzakat ini perlu kalau masa hari raya aje kan iaitu zakat fitrah. Ikutkan banyak lagi zakat yang kita ada tau, zakat harta, zakat emas, zakat perniagaan dan pelbagai lagi. Kenapa kita perlu berzakat, kenapa eh...sebab setiap dari harta atau pendapatan kita ada hak orang lain. Itu bukan kolin kata ye..korang boleh semak dengan ustaz atau guru yang korang kenal tau. Zakat tu membawa berkat....malah dengan bantuan zakat ramai orang susah atau Asnaf di kalangan kita mampu merubah gaya hidup mereka. 




Some By Mi AHA-BHA-PHA 30 Days Miracle Produk dari Korea

Anyeoonngggg.... korang 💓

Disebabkan produk yang bakal kolin kongsikan kali ini dari Korea, memang kolin seronoklah. Siapa yang tak suka produk Korea. Antara barangan kosmetik yang terbaik di dunia. Buat korang yang ada masalah kulit dan selalu rasa cemburu tengok kulit halus mulus orang-orang Korea, sila baca entri kolin sampai selesai okay. Sure tidak menyesal. Ada masalah jerawat dan kulit kusam terutamanya ini khas untuk korang. Sebelum kulit muka jadi 'kertas pasir' inilah dia produk :

SOME BY MI AHA-BHA-PHA 30 Days Miracle



Set lengkap skincare ini ada 4 barang tau. Jadinya memang penjagaa kulit rapi buat korang. Sebelum itu, mesti korang tertanya apa maksud AHA, BPA dan PHA kan. Maksud AHA ialah mengeluarkan kekotoran dan kulit kering dari permukaan kulit. Maknanya kulit korang bebas dari sebarang kekotoran. Maksud BHA ialah mencuci dari dalam liang pori, mengeluarkan kekotoran yang tersumbat malah sebum pun habis dicuci. Dan akhir sekali maksud PHA ialah mengekalkan kelembapan kulit wajah serta menanggalkan sel kulit mati. Semua set ini dihasilkan daripada bahan semulajadi seperti ekstrak pokok teh. Jadi korang jangan risau akan bahan merbahaya dalam produk ini. Dijamin selamat! Kalau korang kurang percaya, boleh google mengenai produk ini. Dah ramai rupanya orang pakai, sebab bahan asas yang mesra. 


NIGHT OF FRIGHT 6 kembali lagi di Sunway Lagoon Malaysia

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Memang tak pernah terlepas, rugi  kalau tak pergi tahun ini!! Night of Fright 6 di Sunway Lagoon dah kembali lagi wei. Dari 2013 #NOF sehingga ke #NOF6 memang kolin selalu akan sama-sama hadir. Biasanya memang nak ke sambutan Halloween memang kempen ini akan bermula. Ambil sebagai hiburan okay...best tau masuk rumah hantu hahahah..kat sini ada lebih 7 ke 8 rumah hantu wei!! Kali ini lagi seronok sebab rumah hantu dah bertambah dari tahun sebelumnya. Tiada siaran ulangan!




Terima kasih sudi menjemput kolin di majlis meriah ini!

Nestle Ice Cream meraikan Wanita Hari ini dengan Melancarkan Kolaborasi Beg MIMPIKITA

Assalammualaikum dan salam sejahtera
Kita wanita hebat kann..siapa yang cakap tak hebat. Wanita zaman sekarang dah macam super hero tau semua boleh buat. Kerja cari duit, suri rumah dan ada juga yang berniaga online. Semua ini wanita hebat kan. Bagi meraikan wanita-wanita moden hari ini, Nestle Ice Cream Malaysia dan jenama fesynen tempatan MimpiKita akan melancarkan dua beg koleksi terhad dalam satu kolaborasi eksklusif yang boleh didapati di pasaran mulai Oktober 2018 ini. Beg ini keluaran terhad yang boleh didapati dalam dua reka bentuk yang unik dan serasi. Kolaborasi ada dua rekaan tau, iaitu Zara yang menampilkan corak geometri dengan warna yang cerah manakal Jasmine yang mempunyai penampilan reka bentuk lebih lembut dalam warna pastel buat pengemar yang lebih feminin