Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Clothes Dryer

Assalammualaikum
 
Haa aku memang sangat mencari clothes dryer sebab macam perlukan sangat. Lagilah rumah flat dan susah sangat nak sidai baju bagai-bagai memang menyusahkan. Tu yang mencari dryer yang senang dan mudah. Tapi kata orang dryer ini memang akan memakai letrik yang banyak. Well  ni yang membuat aku susah ati nih. Lagi satu dema kata lagi bagus pakai dryer yang harga beribu-ribu tu. Haa masak laa bape puluh baju aku nak manikkan oii..baru dapat beli dryer tu..
 
sebenarnya untuk yg duduk kondo atau flat memang sangat memerlukan dryer tu. Itu yang macam aku berkira kira sangat nak membeli dryer..but soo expensive laa oii. Yang portable tu memang lah ratusan tapi letrik pulak kuat.
 
Sesiapa pernah mengunakan dryer boleh tak share apa kebaikan dan keburukan pakai dryer ini....
 
uuwaaa...laundry banyak ..!!!!
 
 
p/s: kepada rakan taulan..tolong hadiahkan saya ni..saya merayu!! hahahah

Derma Aman Palestin


saya sudah!..Alhamdulillah


Anda bila lagi?

sila layari www.amanpalestin.net untuk maklumat lanjut.
Bersama-sama menderma untuk saudara kita di Palestin 


Save Gaza!!

aktiviti cuti sekolah

Sangat betul!!
dulu aku selalu buat aktiviti luar rumah masa sekolah cuti. Main teng-teng laa, konda - kondi lah, panjat pokok ceri lah. Sekarang semua duk dalam rumah main game PS2, Ipad dan tablet yang canggih manggih sekarang, termasuk lah anak anak aku. 
Memang zaman dah berubah sangat sekarang kan. 

Dulu aku memang hitam lah keluar main tak ingat dunia. Cuba sekarang suruh anak keluar main tengahari, tak mau nyer dia pergi..panas laaa. Suruh tolong masak kat dapur pun, 
eh mana bole, panas tau hahahah. Amek aku!!

tak sosial lah budak-budak sekarang. Tapi takut jugak budak-budak main kat luar sekarang. Faktor keselamatan harus dijaga jugak. Sekarang banyak orang giler, budak 3 tahun pun mampu dia nak cabul. Suka culik laa, bunuh laa..macam takde keje lain. 
Sesuka hati mak pak dia aje buat anak orang. 

Anyway...kartun di atas very true!! duk rumah main game zaman sekarang. Tablet cap ayam pun mudah didapati sekarang. Yang kolin beli jenama jonix enterprise tu pun not bad tablet tu. Siap tarik WIFI tuk main FB ko..*maklumlah sekarang semua dipantau* . Main la FB kat tablet aku cap ayam tu hahahhahah...So Selamat bercuti Sekolah semua yaaa


Derma untuk Aman Palestin

Assalammualaikum

Kolin masih mencari jalan macam mana nak tolong bumi palestin, tolong gaza. Berdoa setiap hari dalam solat 5 waktu Insya Allah. Tapi selain berdoa usaha juga perlu di lakukan. Mencari ruang dan peluang, ada juga di facebook kawan-kawan suruh boikot itu dan ini. Well salah satu usaha juga. Mungkin tak besar bagi sesetengah yang mengkritik, tapi berusaha juga tak salah. Berdoa dan berusaha sangat-sangat untuk rakyat palestin.

Sedih lihat dalam facebook, surat khabar, berita dan semua sumber yang ada ini. Katanya gaza menyerang mereka, tapi kenapa pulak yang melayang nyawa cuma penduduk gaza!! takde pulak berita atau gambar anak orang israel yahudi tu mati. Tapi semua anak warga palestin yang terbunuh, cedera dan trauma. Kalau benarlah palestin membedil negara mereka..tunjukkan lah gambar kemusnahan israel. Tapi tak de kan? 

Lagi satu, usaha apa bumi arab yang lain buat. Mengaku kita saudar sesama islam, kenapa dibiarkan bumi gaza dan rakyat palestin menderita. Apa tindakan semua warga mesir??? susah sangat ke nak hantar kereta kebal runtuhkan tembok tu. Susah sangat ke nak cross hantar bantuan..mati syahid di zaman moden ni bukan yang kita nak sangat ke? Kenapa takut sangat dengan Israel Laknatullah tu!
Tapi again...aku hanya boleh cakap..Cakap senang buat..hrmmm. sedehh

Anyway i am doing my part now. Menderma melalui tabung aman palestin. Semua kawan-kawan boleh menderma dari serendah RM10 untuk tabung amal ini. Semoga dengan sedikit sumbangan dari tiap seorang dari kita membawa perubahan dan gelombang baru yang lebih aman di bumi Gaza.

Melalui www.amanpalestin.net kita boleh menderma secara terus untuk membantu rakyat palestin. Semua wang yang didermakan ini akan disalurkan untuk berbagai bagi meringankan beban mereka.

Dana Sumbangan & Derma
Bank Islam (M) Berhad: 12029010047880
Maybank (M) Berhad: 562263010787
Bank Muamalat (M) Berhad: 12070005133717
RHB Islamic Bank: 21245760004907
Bank Rakyat: 22-080-619592-2
Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin | Bank Islam (M) Berhad: 1202-9010-0598-95
 
Pilihan di tangan anda~
 
Free Palestin!!
 
 

Restoran Seri Melaka, Amcorp Mall

Assalammualaikum

Hari minggu yang lalu, kami anak beranak beramai-ramai decided nak makan kat restoran ala-ala baba dan nyonya ini. Maklumlah tempat ini memang agak mahal sedikit tapi ambience dan 
masakan nya bole tahan. 

Kami pergi selepas maghrib disebabkan tengah bulan kami memang beranggapan restoran ini tidak penuh. Dan memang yee! restoran lenggang aje kann

So apa lagi kami pun terus mencari meja yang bole menempatkan 10 dewasa dan 6 orang kanak-kanak. Malangnyer restoran ini memang takde kemudahan itu, dan akibatnya kami terpaksa berasak-asak di meja yang sepatutnya untuk 10 orang. Ada ker mereka suruh kami berasing meja. Hilang lah kemeriahan makan besar sekeluarga tu kan.

Jadi mengorder time, memang aku aje lah jadi mangsa. Kolin siap order ikan siakap deep fried sweet and sour, ikan senangin asam pedas, asparagus belacan, mixed vege with meet, petai with prawn sambal, mango kerabu dan bla bla bla..aku tak ingat. Memang banyak lah aku order ooii

acara makan pun bermula ~

 menu atas lazy susan

kolin dan achik awen

the family!

haa dema suka naa main lazy susan tu


akhirnya makanan yang diorder pun sampai lah. Apa lagi semua memang tengah kebulur so memang jahanam style hahah. Suka makan ramai-ramai dan rebut-rebut, menda yang tak sedap pun jadi manis dan sedap aje tau. Ini lah apabila keluarga cik timah berkumpul.


ok tu lah siakap deep fried yang digatah secara rakus oleh kami. Apabila order di sini haruslah simpan dalam hati, ikan tu menelan kos RM80 ye seekor..ulangan RM80 seekor. Its not soo cheap..

makan time

tuan tanah kedaung

the loves one

so selesai semua tu dah abis, acara clearkan table oleh waiter dan waitress. Disebabkan ada antara kami mengunakan tangan semasa makan mula la mencari sinki. Sekali lagi restoran mahal ini takde sinki so kene basuh tangan dalam mangkuk yang ada hirisan lemon. Dah tentu lah kan sorang basuh tak kan lah sorang lagi nak basuh. So padan muka ler orang tu kene buat air basuh tangan bermangkuk mangkuk..Kita kan orang Malaysia..for sure using hand to eat loorrrr

So the last one...mixed fruit!


lawak masa ni, imran bole kata " abang nak yang putih tu aje" kene gelak laa abang oii.  Yang itu cuma ais ler hahahha...so makan ler..dah makan kann..dah kenyang kann..so tiba masa tuk jadi sengal! so over to you..

 awen dan bob

them again!

 them with my lovely mama~

jadi dengan itu berakhirlah upacara makan besar kami. Bil makan hari ini usah ditanya..mahal!! ok mahal dan mahal..sesekali bole lah beb..hihihi

Doa buat GAZA


Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar

Ya Allah ya tuhanku,
Ko selamatkan lah saudara-saudara ku di Gaza
Ko lindungi lah rakyat Palestin
Ko peliharalah mereka Ya Allah
Kau hancurlah Israel, Ko hancurkanlah Israel Laknatullah...

Free Palestin!!



p/s: sumber gambar dari goggle