Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

SAMBUTAN TAHUN BARU CINA UNTUK KEMAKMURAN DI CONCORDE HOTEL SHAH ALAM

Assalammualaikum semua,

Concorde Hotel Shah Alam, meraikan Tahun Baru Cina pada Tahun Kuda dengan menawarkan sajian promosi di Melting Pot Cafe dan Grand Patio.

Promosi bagi hidangan Yee Sang yang merupakan kegemaran ramai dan tradisi sepanjang perayaan ini kembali lagi. Lambungan Yee Sang atau 'tossing of yee sang' menandakan kemakmuran dalam segi kejayaan, kesihatan dan umur yang panjang bagi mereka yang berbangsa tionghua. 

Pilihan Yee Sang yang lazat daripada menu abalone & pear, smoked salmon, tempura prawn & salmon, crispy soft shell crab & salmon skin, japanese baby octopus & jelly fish and crispy white bait fish & jelly fish, bakal mendapat tempat di hati semua tetamu Concorde Hotel Shah Alam. 


AIR ASAM KUNYIT - TERBAIK BUAT KAUM HAWA

Assalammualaikum korang semua, 

Jujur dulu-dulu kolin kurang suka makan jamu tau. Tapi sejak rajin baca dan tahu apa itu jamu, memang jatuh cinta. Punca kolin tak berapa suka jamu sebab bila makan ianya panas dan buat badan sangat tidak selesa. 

Sehinggalah kolin kenal Air Asam Kunyit yang minum kalau pergi ke Indonesia. Kalau kat sana memang setiap hotel akan hidang air jamu ini di dalam bufet sarapan pagi tau. Masa tu try minum sikit dan rasanya terus sampai hari ini kolin amalkan.

 


Cara buat air asam kunyit, cara kolin lah. Kalau cara orang lain tu tak pasti. Tapi ini yang kolin amalkan dan memang buat sendiri. Rasanya ramai aje jual kat dalam sosmed, tapi memilih buat sendiri. 

MONEY CHANGER MURAH DI KUALA LUMPUR - SUKA MONEY CHANGERS SDN. BHD.

 Assalammualaikum korang, 

Kebetulan kolin ada upcoming trip hujung minggu ini. Dan pastinya nak tukaran wang yang betul murah lah kan. Sebelum mencari money changer viral ini, kolin pergi satu money changer kat kepong, harga dia 1 Juta Rupiah = RM255, punya lah mahal dekat RM15 tu. Kalau tengok online dalam RM240 atau RM239 macam tu. 

Akhirnya kolin ke Suka Money Changers Sdn. Bhd. yang terletak di Bukit Bintang. Paling best ianya kat tepi selekoh di bahagian luar. So boleh naik motor or kereta mudah lah nak ke situ. Sorang tunggu dalam kereta dan terus tukar duit. Pekerja dia peramah dan layan baik ye, tak garang pun. Tanya apa sahaja dan cakap berapa nak. Simple. 

CONCORDE HOTEL SHAH ALAM MEMPERKENALKAN SAJIAN RAMADAN JELAJAH RASA WARISAN 2026

Sempena menjelang bulan Ramadan, seluruh umat Islam akan berkumpul untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan telah lama dinantikan. 

Chef-chef di Concorde Hotel Shah Alam akan mempamerkan masakan tradisional Melayu yang menarik dari 19 Februari -20 Mac 2026. Nikmati sajian pada bulan Ramadan ini di Melting Pot Cafe untuk berbuka puasa dengan tema JELAJAH RASA WARISAN untuk tahun ini. Sebanyak 4 jenis menu berbeza berselang hari dengan pelbagai hidangan minuman yang disediakan untuk anda semasa berbuka puasa. 

 Felix Yeo, Pengurus Besar berkongsi bahawa semua tetamu di jemput untuk menikmati pelbagai masakan yang lazat sepanjang bulan Ramadan seperti kambing panggang, 3 jenis bubur lambuk, kerabu perut lembu pedas, lemang, ketupat, udang masak lemak rebung, pelbagai masakan mee, goreng-goreng dan banyak lagi. 


 

BERIANI & CO, LOTUS SHAH ALAM

 Assalammualaikum semua

Jom korang kolin kongsi salah satu tempat makan tenghari yang mesra poket.  Untuk yang nak makan sedap tapi nak berjimat pada masa yang sama boleh lah ke Lotus Shah Alam

Ada satu kedai ini, kebetulan tak ramai orang masa kolin pergi hari tu. Jom lah makan nasi beriani


BERIANI & CO 

Beriani & Co ini, ruang makan agak selesa dan kalau kita plan nak makan sekeluarga masa hujung minggu pun sesuai sangat. Lepas beli barangan dapur tu, boleh singgah makan sini, balik terus rehat. Suka ya mak mak, boleh berehat cuti memasak.

AS BEG, JENAMA BEG TEMPATAN PERTAMA DI MALAYSIA TAWARKAN KERETA KEPADA PEMBELI BERTUAH

 

Setelah berjaya mencatat rekod Jualan Bag Tangan RM1 Juta Terpantas Menerusi Platform Penstriman Langsung dalam Malaysia Book of Records dan kolaborasi dengan Sally Whoo tahun lepas, jenama beg tangan AS sekali lagi bakal mencipta fenomena baharu dengan kolaborasi bersama Izara Aishah.
 
Menampilkan empat koleksi eksklusif iaitu Bolaia, Belta, Bucket & Moola, kesemua koleksi rekaan ini dipilih sendiri oleh Izara Aishah.
 

 

Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026

Prosperity Blossom AEON MALL menandakan sambutan Tahun Baharu Cina 2026 yang diraikan dengan penuh makna. Ia menyatukan keluarga dan komuniti dalam suasana perayaan yang meriah.

 


Menerusi kempen khas ini, AEON MALL sekali lagi menampilkan pengalaman perayaan yang lengkap, selesa dan berbaloi untuk semua peringkat usia.

Bertemakan Prosperity Blossom, kempen ini diinspirasikan oleh kepercayaan bahawa kemakmuran akan berkembang apabila keluarga dan komuniti berkumpul bersama di bawah satu bumbung.

Sebagai destinasi gaya hidup sehenti yang berteraskan keluarga, AEON MALL terus menjadi pilihan utama rakyat Malaysia untuk membeli-belah, berhibur dan mencipta kenangan indah sempena musim perayaan.

BRIYANI KAMBING, KAPITAN KOPITIAM SEKSYEN 7 SHAH ALAM

 Assalammualaikum semua

Minggu lepas kolin pergi Seksyen 7 untuk makan tengahari. Kawan lah ajak makan kat Restoran Kapitan Kopitiam.

Masa tu memang kolin tak bersarapan lagi, lapar betul terus order Nasi Briyani Kambing + air mineral!

Nampak tak berseri kambing tu hahaha. Kuah putih tu kolin minta tambah 2 kali tau, sedap la pulak. Cara makan tuang bekas tu atas pinggan baru makan. Kolin kan..makan dalam mangkuk tu hahahahahah. Pekerja dia tegur...kakak...tuang sana dalam pinggan makan (cer bayangkan).

SEMANGAT MENABUNG TAHUN 2026

 Assalammualaikum korang semua

Untuk makluman korang, kolin memang suka sangat menabung sejak 5 tahun kebelakangan ini. Dan paling suka menabung harian secara cash atau tunai. Tapi paling best sebelah tabung tu, letak lah tabung sedekah subuh juga tau. Selepas solat subuh, pagi hari masukkan seberapa yang korang suka dan niatlah apa-apa pun. Macam kolin dulu, contoh: kolin niat nak pergi haji ikut mama! Alhamdulillah Antara yang power pasal 'tabung sedekah subuh'

Untuk kolin yang sakan menabung, ada satu tabung di pejabat dan satu lagi tabung di rumah. Kalau tabung di pejabat kolin ada misi. 


tahun lepas kolin dapat template untuk simpan RM5050. Tapi tahun ini kolin dapatkan template untuk simpan RM10k. 

KULA CAKES, KUANTAN

 Assalammualaikum 

Selalu kawan-kawan belikan. Kali ini kolin berpeluang ke Kula Cakes, Kuantan.  Agak bagus ya sistem kat sini, yang tapau dan juga yang nak dine in. Rezeki kolin pergi masa tu hujan sepanjang hari, tapi merasa juga lah

Tempat makan tuk dining tu nasib baik ada bumbung separuh. Merasa juga lah duduk makan kat situ. 

Yang ini patut cuba...terpaling femes kat sini tau. kolin dah makan beberapa kali kawan2 belikan. And datang sekali ini, kita repeat dikkk


Banyak pilihan kek tau kat sini. Boleh makan atau bawa balik untuk bagi sekeluarga rasa juga.

Bismillah untuk yang ini. Mango cheese cake ini memang laku keras kat Kula Cakes, Kuantan. Kalau datang sini, jangan lupa cuba tau.