Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

TELEKUNG SISTERGOJES EMPIRE KINI DI 13 CAWANGAN AEON MALL

 Assalammualaikum semua

Lebih kurang 24 hari kita bakal bertemu Ramadhan. Sudah tentu kita semua nak buat persiapan awal. Dari segi lauk pauk, kemas rumah awal dan pelbagai lagi. 

Buat kolin sememangnya mementingkan telekung yang selesa untuk tarawih nanti. Bila dapat tahu AEON Mall ada jual telekung lagi lah mudah kerja kolin. Beli barang keperluan, singgah terus.

Pilihan kolin kali ini TELEKUNG SISTERGOJES EMPIRE. 

BANTAL DARI ZINUS MALAYSIA

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua buat pembaca kolin yang tersayang.

Sekarang ni bila dah masuk umur banyak ni, tilam dan bantal memang jadi satu keutamaan. Kalau dulu tak kisah sangat tidur berbantal kan lengan pun lelap kan! Tapi sekarang memang kolin sanggup berbelanja untuk bantal yang elok untuk tidur yang lebih lena. 

 

PES MASAKAN MUDAH DAN CEPAT DARI DEA'S FOOD

Assalammualaikum semua! Nak bulan puasa kita yang orang dapur ini memang mencari bahan masakan yang mudah dan cepat. Paling penting sedap juga untuk seisi keluarga. 

Ikutkan banyak dah jual di pasaran. Tapi kolin nak berkongsi dengan korang  yang ini homemade atau ianya adalah hasil keluaran masakan di rumah. Memang sedap tau. Setakat ini ada dua pes yang boleh korang cuba, dan harga permulaan cuma RM10 sahaja! Murah kan. 

DEA'S FOOD HOMEMADE PASTE

Pes masakan dari Dea's Food ini memang menyelerakan. Senang nak disediakan oleh kita semua. Jom kolin cerita pes percik dahulu okay.


Bekas besar ini cuma RM10. Rahmah giler kan harga dia. 

MITSUI OUTLET, KLIA SEPANG

Assalammualaikum semua. Mesti korang heran kenapa lah kolin ni baru nak share story pasal MITSUI OUTLET PARK, KLIA SEPANG ni.

Sebenarnya kolin tak pernah ke sini hahahah. Punya lah dekat dan selalu ke KLIA 1 dan 2 tu, tapi tak pernah terdetik nak singgah. 

Tapi memang kami cuci mata sahaja, sebab tak banyak sale yang ditawarkan. Satu lagi kami target nak shopping masa bulan puasa nanti untuk raya bulan April 2023. So datang mitsui ni memang niat nak cuci mata sahaja.


Banyak juga kedai yang boleh kita try nak beli nanti. Ada Padini, Mango, Adidas, Nike, Puma dan banyak lagi. Tomaz ada, kedai coklat pun ada. Yang branded macam saccor, calvin klein pun ada juga. Cuma masa pergi tak de sale, so tak ada lah jebak beli. Lagipun kita sekeluarga fokus nak shopping time raya nanti.

mami dan papa selfie aje lah. Sebab tengok2 tak ada yang berkenan. Lagi pun kolin tak suka pakai kasut sport atau kasut ala-ala sukan. Kita suka heels jerr hahaha


anak-anak macam biasa lah. Tengok dulu  mana nak. Nanti kita akan umum bajet raya ye adik-adik hahaha. Semoga mami ada rezeki belanja korang nanti ya.
 

NOSTALGIA RAMADAN BUFFET DI MARDHIYYAH HOTEL & SUITE, SHAH ALAM

Assalamualaikum semua pembaca blog kesayangan kolin. Tak lama lagi Ramadan akan tiba dan untuk kita yang bakal berpuasa ini memang mencari tempat-tempat berbuka puasa dengan orang yang tersayang. Kolin ada 1 tempat yang korang boleh pergi berbuka bersama iaitu MARDHIYYAH HOTEL & SUITES (MHS) di Shah Alam Kalau berbuka puasa tak makan satay memang tak sah kan. Yang ini kegemaran kolin !



PERCUTIAN 3 HARI 2 MALAM DI LAGENDA GUEST HOUSE DI KUALA LINGGI, MELAKA

Assalammualaikum korang semua. Untuk sambutan tahun baru 2023 kolin sekeluarga ke Melaka.

Buat yang selalu ke bandar Melaka, apa kata korang tukar angin melepak area Linggi pulak. Mesti korang jarang melepak di kawasan kampung kan. Kolin suka sangat wei, sampai teringin nak cari tanah area sini. Ianya sempadan sahaja antara Negeri Sembilan dan Melaka. Ada satu sungai memisahkan antara 2 negeri ini. Kalau nak ke bandar Melaka dalam sejam juga lah. Tapi kolin memang tak pergi bandar pun, melepak aje kawasan Linggi. 


Kali ini kami menginap 3 hari 2 malam di Lagenda Guest House, Kuala Linggi. Korang waze sahaja, memang lawa tempat ini, ala-ala bali! Satu lagi air laut dia bersih tau, sebab memang dalam kawasan kampung.



Ini lah bilik penginapan kolin. Dalam tu ada katil queen dan anak-anak tidur bawah. Ada toilet tau, tv, peti sejuk segalanya lengkap untuk RM150 untuk satu malam. Kalau tanya kolin, selesa!! Kolin suka suasana sempit2 tu (bawa tilam angin, bantal, selimut).

Aircond ada, kipas ada, paling best ada beranda tu tempat kami melepak anak beranak. 

AKAK BRUTAL

Hey korang, Assalammualaikum. Azam baru nak rajin update blog yang bersawang haha. Salam Februari dan nak mulakan dengan cerita kelakar tentang diri sendiri niiii.

Mana yang kenal kolin ni memang kata kolin sejenis "langgar" aje. Hakikatnya kolin ni anak yatim masa umur 15 tahun. Abang sorang, adik lelaki sorang. Untuk pertahan diri dan adik beradik lain, kolin ni perangai memang kasar. 

Erti kata lain kalau orang tengok BRUTAL. Sebenarnya bukan suka nak jadi kasar atau sejenis garang. Tapi keadaan kita tu memang nak menyukarkan. Nak hidup masa zaman 1996, anak yatim masa tu, bukan senang. 

Dulu anak yatim di hina..now semua tak macam dulu. Mak kolin dulu susah besarkan kolin 7 beradik. Jerih tengok ...tapi semua tu jadi kenangan termanis dalam hidup. 

Dijadikan cerita kolin ni order makan. Sekali masa ambil order tu, budak tu memang lah tak tahu nama kita. Dia letak ni wei hahahahah