Assalammualaikum korang semua. Dah 15 Ramadan hari ini, semua okay aje kan. Sebenarnya puasa memang buat badan kita sihat kan. Dan masa ini lah sesiapa nak kurus atau kurangkan berat badan memang akan berjaya dengan berpuasa. Namun begitu, berbuka puasa menu kena sedap hahaha. Bukan apa, berpuasa ini kita makan OMAD atau ayat panjang dia ONE MEAL A DAY. Untuk kolin yang memang makan besar sekali sehari kalau berpuasa memang mencari-cari hidangan sedap. Kali ini kolin nak share dengan korang MENU ISTIMEWA DARI HOTEL ANCASA KUALA LUMPUR iaitu Bamboo Briyani.
Bamboo Briyani dari Hotel Ancasa Kuala Lumpur ini ada 3 pilihan. Ada udang, ayam dan juga daging. Kolin dah rasa daging dan juga ayam!! Memang sedap buat berbuka. Dan kalau korang nak tahu, satu hidangan tu memang boleh makan 2 orang! Portion besar sangat. Harga tak lebih dari RM40 untuk 2 orang memang jimat, satu lagi ada penghantaran juga. Call nombor yang kat atas tu dan order aje terus. Dari nak makan kat hotel penuh dengan SOP dan nak solat pun susah bagi sesetengah orang, baik bawak pulang hidangan hotel ke rumah dan berbuka lah puasa dengan selesa bersama yang tersayang.