Kepada semua yang rindu berbuka puasa kat luar tu, marilah berbuka puasa di Me'nate Steak Hub. Satu jenama restoran yang tidak asing dan antara steakhub Halal yang terbaik di Malaysia tau. Tak mahu ketinggalan memeriahkan ramadan kali ini, Me'nate Steak Hub tetap turut serta mempromosikan pakej buffet ramadan dengan tawaran harga yang sangat berbaloi iaitu RM89.90 untuk dewasa dan RM49.90 untuk kanak-kanak.
Mengekalkan SOP seperti yang diarahkan, tetapi tetap meriah dengan lebih daripada 70 hidangan dari pelbagai pilihan barat dan juga tempatan. Selain itu ada juga pakej Ramadan Special Group Steak untuk semua yang merindui hidangan dari Me'nate Steak Hub.
Majlis preview buffet ramadan ini dihiasi cantik dengan hiasan ala mediterranean membangkitkan mood berpuasa. Kalau korang nak tahu, sudah ada 7 cawangan di seluruh Malaysia iaitu Setapak, Ampang, Bangi, Shah Alam, Seremban, Melaka serta Johor Bharu. Namum hanya 6 cawangan yang menganjurkan buffet ramadan. Bagi Me'nate Steak Hub di Ampang akan hanya menyediakan menu istimewa Heavenly Lamb dan Heavenly Beef bersama nasi bukhari yang boleh dinikmati bersama 4-5 orang.
Kalau dari gambar ni baru sebahagian tau menu. Kannn ada lebih 70 hidangan, nak dapat feel berbuka puasa di Me'nate kena booking nanti ya. Datang dengan kawan-kawan dan keluarga semua tau.
Untuk penempahan boleh hubungi nombor di bawah:
SETAPAK 0193911 047
SHAH ALAM 0194771 047
BANGI 019 2611 047
SEREMBAN 014 3511 047
MELAKA 014 6040 047
JOHOR BHARU 013 7510 347
AMPANG 016 8795 947
Pakej buffet ramadan bagi kanak-kanak berumur bawah 5 tahun tidak dikenakan sebarang bayaran. Untuk penempahan awal pula korang bakal mendapat potongan harga sebanyak 10% sehingga 30% bergantung pada terma dan syarat.
Untuk pengemar daging, kali ni Me'nate memperkenalkan pakej hidnagan GROUP STEAK FAMILY PLATTER. Iaitu Set A (PREMIUM FAMILY PACKAGE) dan Set B (SUPER PREMIUM FAMILY PACKAGE) dimana satu set boleh dimakan 5 ke 6 orang. Jimat kan!!!
Selain itu, buat yang ingin produk sejuk beku dari jenama MeatLab yang boleh dijadikan hidangan berbuka atau ole-ole semasa Hari Raya Aidilfitri pun ada. Ada 5 jenis pilihan iaitu BBQ Beef Ribs, Lamb Shank, Marinated Lamb, Lamb Shabu dan Peri-peri Chicken. Sleain itu MeatLab juga akan memperkenalkan rendang daging edisi terhad sempena Ramadan dan Aidilfitri ini. Kalau nak jadi agen atau stokis sila ke laman web mereka www.menate.com.my
Pada masa yang sama, kalau korang ada nak buat sebarang majlis macam berbuka puasa bersama anak yatim atau orang yang kurang bernasib baik, boleh juga. Diskaun korporat akan diberikan kepada syarikat atau individu yang berminat.
Kalau tahun lepas sebulan berbuka puasa dalam rumah aje, masak sendiri. Ini masanya kita balas dendam hahaha. Jom korang, kita meriahkan budaya berbuka puasa di luar tapi ingat, jaga SOP! Jaga diri, pastikan korang pakai glove masa ambil makan, mask dan face shield semua kena ada.
Berbuka puasa tahun 2021 di Me'nate Steak Hub okay, surau yang selesa pun disediakan. See you at Me'nate!!
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you