Assalammualaikum semua. Lama tak share resipi kan. Tak lama lagi dah nak ramadan dah. Lebih kurang 7 hari menjelang bulan puasa ni mesti ramai suri hati mencari resipi. Kali ni kolin nak berkongsi cara kolin masak sotong goreng kunyit!
Bahan-bahan nya
sotong - disiang cantik dan bersih
bawang holland dihiris cantik
cili hidup dihiris cantik
halia dihiris cantik
bawang putih dihiris cantik
Sayur campur di potong cantik, macam carrot, kacang panjang atau kacang buncis. Ikut suka memasing
Cara kolin masak:
1. Panaskan minyak secukupnya.
2. Tumis bawang, cili dan halia sampai naik bau. Kemudian masukkan sayur campur yang dipotong tadi.
3. Sotong terus masuk selepas sayur. Sotong tak boleh goreng lama nanti liat tak sedap. So sayur layu bersama sotong terus. Jangan lupa garam di tabur sebelum tutup api ya.
Siap dah lauk makan tengahari kolin sekeluarga. Ulam pegaga, ada budu dan juga ikan tenggiri goreng. Kita makan sekali dengan sotong goreng kunyit tadi. Memang sedap tau.
Untuk yang mencari idea jangan lupa cuba ya. Ini versi kolin, korang komen versi korang pula ya. Semoga kita semua berjaya dengan 30 resipi berbuka atau bersahur okay.
Selamat berpuasa semua, jangan lupa resipi sotong goreng kunyit tau
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you