Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

BUFFET RAMADAN 2021 DI MARDHIYYAH HOTEL & SUITES

Assalammualaikum semua! Jom korang tahun ini kita raikan bulan puasa atau Bulan Ramadan yang mulia ini dengan kesyukuran. Maklumlah last year 2020, puasa kat rumah, berbuka pun kat rumah sebab PKP. Tahun ini Mardiyyah Hotel & Suites, Shah Alam mengalu-alukan kedatangan korang sekeluarga ke Buffet Ramadan 2021 di Mardiyyah Hotel & Suites. 


Buffet Ramadan kali ini menawarkan aneka masakan tempatan dan juga pilihan antarabangsa, pendek cerita memang segala menu yang dingini ada. Kalau nak merasa makan western ada, kalau teringin nak makan lauk pauk kampung pun ada juga. Maklumlah kalau berpuasa memang kita teringin macam-macam menu kan. Paling best kalau bawa sekeluarga menikmati buffet ramadan di Mardiyyah Hotel senang nak memenuhi citarasa semua orang. Kita sebagai mak bapak memang gembira lah bila anak-anak yang belajar berpuasa berselera makan. 














Antara menu yang ada nasi briyani kukus, ayam masak merah, ikan goreng sambal berlado, sotong telur asin goreng, tauhu kukus dengan sos tiram dan banyak lagi lah.

Kalau nak yang buat korang menitik air liur pun ada, sambal belacan, cencalok, budu , air asam, jeruk buah-buahan dan pelbagai ulam pun ada. 

Untuk yang jaga badan pelbagai sald ada, dim sum pun ada tau. Kena cuba chee cheong fun dia, sos memang terbaik!! Kolin makan 2 kali tau repeat hahaha. Itulah dia keistimewaan buffet ramadan 2021 di Mardiyyah Hotel & Suites. Dah cuba baru tahu!! 




Buffet Ramadan Antarabangsa ini dbuka setiap hari dari jam 7.00 malam sehingga 10.00 malam dari 13 April 2021 sehingga 12 Mei 2021. Harga bagi buffet ramdan RM99 seorang dewasa dan RM79 untuk warga emas 60 tahun ke atas dan RM59 untuk kanak-kanak 4 sehingga 11 tahun. Sementara itu harga untuk Sabtu, Ahad dan cuti umum adalah RM125 seorang dewasa dan seorang kanak-kanak. Jimat giler!




Promosi bilik istimewa berharga RM150 beserta sahur untuk 2 orang dan tawaran diskaun 10% untuk buffet ramadan dengan harga RM330 berserta sahur dan iftar untuk 2 orang. Kalau nak merasa sahur di hotel, boleh lah cuba wei. Seronok juga tukar angin kan. 

Untuk surau jangan risau,di aras 4 Mardiyyah Hotel & Suites disediakah surau Al Latifah yang boleh kita solat maghrib, isyak dan juga terawih. Imam ada ya..jangan risau. 

Untuk penempahan awal atau apa saja pertanyaan, korang boleh hubungi Jabatan Penjualan dan Pemasaran di 03-5511 8811 sambungan 2801, 2804 atau 2806. Kalau nak beli banyak-banyak ada juga promosi tau. Emel mereka di sales@mardhiyyahhotel.com atau Whatsapp sahaja di 019-273 6801 atau 019-275 7801.

Semoga dengan perkongsian ini, korang sekeluarga dapat lah idea nak berbuka kat mana kan. Asyik makan dirumah, teringin juga kan nak berbuka puasa di hotel terkemuka. Nahh..grab promosi ini okay. 




Jangan lupa ya BUFFET RAMADAN 2021 DI MARDHIYYAH HOTEL & SUITES


No comments:

Post a Comment

loving me..loving you