Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

JOM TEROKAI ZOO TAIPING & NIGHT SAFARI PARK

Assalammualaikum semua. Selagi tak tamat cuti sekolah sempat lagi kut kolin kongsikan mengenai pengalaman kami ke Zoo Taiping & Night Safari Park. Kebetulan kami balik ke Kedah minggu lalu, dalam perjalanan balik tu, hari isnin minta en. suami masuk Taiping. Memandangkan masa tu baru jam 3.00 petang. Sempat lah kolin google masa tu, tengok buka atau tidak. Mana lah tau 'under renovation' ke apa kan. Tapi memang rezeki percutian cuti sekolah, dapat juga anak-anak pergi Zoo Taiping. Nak ke Night Safari lain kali lah. Tapi nanti kena cari homestay lah di Taiping. Dan kolin dapat tahu, Taiping banyak sangat tarikan yang tersembunyi. So nanti explore!


harga tiket murah aje. Untuk 2 orang dewasa dan 3 orang kanak-kanak cuma RM56.00 sahaja. 


Dari tol Taiping ke Zoo Taiping tu ambil masa lebih kurang 20 minit. Jalan kampung agak slow la sikit dan ada lampu isyarat kan. Itu yang buat lambat sikit. Tapi korang tak akan boring lah masuk town Taiping, macam-macam benda boleh tengok. Kolin dan suami dan teringin durian dah masa tu. Rupanya durian batu kurau dah mula laaa. So yang itu aim masa nak balik nanti!

Sampai sahaja di Zoo Taiping kami terus masuk ruang parkir yang disediakan. Agak sempit dan kadar yang dikenakan ialah RM3 sekali masuk. Dah dapat parking kami terus beli tiket. Maklumlah Zoo Taiping jam 6.00 petang dah tutup. So memang kami kejar masa supaya dapat 'khatam' semua dalam zoo nanti. Tiket yang dikenakan murah sangat pada pandangan kolin. Jadi kepada mak ayah yang balik utara memang boleh singgah lah. Harga munasabah!Kat sini nak beli tiket urusan tunai ya. So korang siap-siap bawa duit ye. Kolin hari tu nak guna debit card tapi kat sini masih tak guna lagi. Bawa cash untuk beli tiket. 



Dalam zoo taiping ini banyak signboard. So korang boleh ikut aje signboard. Buat yang bawa anak kecil dan orang tua atau korang sendiri pemalas nak keluar peluh tu, boleh naik tram dengan bayaran RM10 seorang tak silap kolin. Kami semua memang berjalan dan tak mahu naik tram. Pesanan tak tahan nyamuk boleh juga bawa mosquito repellent. Tapi memang zoo taiping macam masuk hutan. Best! Bersih sebenarnya tapi ada beruk-beruk liar suka punggah sampah. Toilet pun banyak aje sepanjang korang berjalan. Haiwan pun seronok aje kami tengok. Lagi best dari Zoo di ibu negara (u know what i mean). 


Yang burung dua ekor ni jinak. Memang lepas bebas jalan merata-rata dalam zoo tu. Kalau korang berani boleh la selfie berdua :)
 

Orang utan ni pun sporting, kolin suruh pose senyum-senyum..dia senyum simpul hahahah.
  

ini la badak sumbu...mana lah tahu korang tak pernah tengok kan. Kolin share heheheh. Penat berjalan, kami berhenti di wakaf yang banyak ada dalam zoo ini. Sebelum kami balik, kakak ipar sempat bekalkan kami dengan nasi dan gulai ikan. Siap pinggan dan cawan tau. Semua ada lengkap, itu yang kami siap berkelah makan nasi awal tu. Kenyang perut kami jalan lagi hahahahha




Best kan! Nampak lapang dan bersih aje. Haiwan yang dipamerkan pun nampak sihat. Seronok kami tengok kucing hutan buat catwalk. Dan siap ada monyet pandai sangat tau. Datang kat cermin tu...letak tapak tangan macam minta 'hi 5'. Kolin pakai kamera telefon aje, kalau bawa kamera digital boleh snap gambar haiwan dengan lebih jelas kan. Tapi yang penting korang kena pergi sendiri lah. Ambil pengalaman, kolin pasti korang tak menyesal. 

Itu lah dia antara destinasi percutian sekolah yang masih sempat korang pergi kalau menghala ke utara. Jangan lupa singgah Taiping sebab musim durian dah mula!!




Inilah dia pengalaman kolin yang dapat kolin kongsikan untuk kali ini. Korang yang pernah pergi jangan lupa komen kat bawah ya. Tahun 2020 kan Tahun Melawat Malaysia. So korang cepat promote kampung korang ada apa ye. Kita explore sesama!!! Terima kasih Taiping!! Ada rezeki kami datang lagi. Tapi lain kali, kami nak duduk satu malam kat sini! Terima kasih korang membaca blog kolin ...take care.

4 comments:

  1. glamer juga zoo taiping ni. aida biasa dgr. cuma lom lagi tinggalkan jejak.
    lom berkesempatan naik ke taiping.
    in shaa Allah kemudian ye.
    durian dah mula musimnya??? wow. best ni.

    ReplyDelete
  2. Memang best. LeYa pun dah pergi. Ada dalam entry ni, Jelajah Perak

    ReplyDelete
  3. Uuu.. jalan-jalan tak ajak. Lama dah tak jejak zoo ni. Kena pi jugak nanti

    ReplyDelete
  4. Tak pernah sampai lagi kat sini... nantilah nak pergi jugak kalo ada kesempatan

    ReplyDelete

loving me..loving you