Assalammualaikum dan salam sejahtera
Buat korang sekaum dengan kolin sure lah pening nak pikir menu berbuka setiap hari kan.
Kolin ada sedikit cadangan buat korang yang nak makan simple aje. Kolin memang masak simple sahaja kalau bulan puasa ini. Maklumlah itu aje yang membuka selera kolin sekeluarga. Lagi 'kampung' lauk pauk yang disediakan, lagi berselera lah keluarga kolin makan. Itu memang hakikat tau, bukan tak teringin ayam percik, murtabak bagai tu. Tapi beli selang seli lah bukan hari-hari ke pasar ramadhan tu. Maklumlah dah mahal kan !
Inilah lauk pertama kolin, bilis goreng bawang dan cili
Haa...terliur kan. Lagi pulak bilis yang kolin goreng ini bilis mata biru. Dengan ranggup, wangi dari bawang besar dan cili sure pembuka selera bagi yang bersahur pepagi tu kan. Bukan sahaj bersahur malah kalau berbuka dengan nasi pepanas pun boleh terbabas tambah 2-3 kali nasi betul tak. Lauk yang simple ini senang disediakan. Buat yang kurang pasti, ini cara penyediaan nya.
Bilis tak perlu basuh (ranggup tau)
bawang besar sebiji (lebih boleh jugak)
cili padi (secukup rasa korang nak pedas mana)
Bawang dan cili boleh tumbuk kasar atau hiris sahaja kedua-duanya
Panaskan kuali, masuk minyak masak
Dah panas minyak, masukkan ikan bilis dan goreng garing. Dah garing, ketepikan dan tuang minyak lebih keluar. Masuk terus cili dan bawang yang telah ditumbuk/dihiris dan goreng terus sampai bau wangi. Dah selesai boleh lah hidang makan.
Lauk kedua kolin, pula yang ini
sambal ikan bilis, telur dadar dan timun potong
Aish masa menaip ni pun memang dah terliur oiiii...terkedu-kedu hahaha. Kolin memang suka ikan bilis oiii..lantak lah nak kata apa. Tapi ikan bilis tak pernah abis stok kat rumah. So inilah dia lauk yang melambangkan kemewahan kolin. Memang mewah abis dah kalau dapat lauk pauk macam ini. Berbuka memang berselera sangat tau, tambah pula air sirap cincau sekali ada tepi. Waduhh...memang menyengat.
Menu ketiga yang kolin rasa naik selera nak berbuka yang ini lah.
Ikan goreng, air asam tomato dan bayam tumis air bola ikan
I don't know about you, but this is owesome !! Haa ko terus speaking aku tau. Lauk mesra ibu dan anak ini memang menjilat jari. Pastikan ikan tu korang goreng garing-garing tau. Nak tahu kenapa kolin kelar banyak-banyak ikan tu. Sebab banyak tulang, buat macam tu kurang sikit tulang, bila garing lagi bagus. Tulang semua sedap di gigit heheheheh.
Bayam tu tak guna minyak langsung, semua tumis air je. Masuk bawang, halia dan bola ikan dan masak terus masuk bayam. Bayam lagi senang nak pikat anak-anak makan sebab sayurnya manis berbanding sawi. Korang boleh tukar bayam merah, so kuah dia pink. Kalau anak dara kurang makan sure dia suka lauk pink tu tau. Air asam tomato tu, paling killer. Potong sahaja cili, bawang, cili besar, bubuh belacan, gula, garam dan air asam jawa. Dah siap untuk dihidangkan. Tomato tu potong kecil dadu tau. Confirm korang makan dengan ikan bakar atau ikan goreng memang tak toleh kiri kanan. Inilah antara menu berbuka dan bersahur buat tatapan korang. Ni tak sabar nak balik dan masak buat keluarga kolin.
Selamat berpuasa korang !!!
Love,
Kolin Zainal
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you