Assalammualaikum dan salam sejahtera
Kolin nak memperkenalkan dengan korang semua Neutrogena Happy Skin 24/7 Fashion Collection yang menampilkan lebih daripada 30 koleksi rekaan mereka. Semua ini telah pun berlalu semasa di Mercedes-Benz STYLO Asia Fashion Festival (MBSTYLOAFF) 2017 di KL Gateaway Mall.
Semua rekaan ini dihasilkan oleh pereka tempatan iaitu Kittie Yiyi dan Hazzer Wan Lee. Kolaborasi fashion show ini bersama Neutrogena Happy Skin 24/7 ternyata membawa maksud gembira yang menampilkan kulit segar dan sihat.
Menurut Julia Teo, Associate Marketing Director, Johnson & Johnson Family of Consumer Companies, pasaran Neutrogena di Malaysia yang mengimpikan kulit cantik dan sihat memang memberangsangkan. Menjadi salah satu brand yang di iktiraf oleh pakar dermatologis adalah satu yang mengembirakan buat semua wanita di Malaysia. Kulit sihat memberikan tenaga dan mood akan bertambah baik lah kan. Sebab kita cuci muka dengan pencuci yang memberikan kesihatan yang baik pada kulit kita semua.
Untuk fashion show yang kali ini ianya bertujuan menampilkan imej yang lebih segar dan gembira kesan memakai Neutrogena. Lagipun fesyen dan wanita memang tak pernah terpisah. Disebabkan itu, kedua-dua pereka fesyen tempatan ini diberikan peluang dan dapat berinspirasi bersama-sama dalam menjayakan kempen Happy Skin 24/7.
Kittie Yiyi yang menampilka rekaan lebih joyful tetapi tampil kemas ini adalah graduan dari The Raffles Design Institute KL yang meletakkan moto 'Whatever you decide to wear, make sure it makes you happy'. Disebabkan itulah rekaan beliau lebih kepada gadis di pantai dan jua bercuti. Warna yang lebih santai, baju yang lebih flowy atau selesa dihasilkan bagi menghasilkan satu gaya santai dan happy.
Bagi Hazzer Wan Lee, Creative Director of HWL by Hazzer Wan Lee Fashion Atelier Kuala Lumpur. Beliau adalah graduan dari Fashion and Apparel Design from Herriot-Watt University Scotland menampilkan inspirasi dari water splash atau percikan air. Ianya sememangnya ada kena mengena dengan Neutrogena yang merupakan Deep Clean Range yang menampilkan tema Happy Skin 24/7. Menampilkan warna yang segar iaitu biru, hijau, jingga dan jua merah jambu. Maerial juga ada dalam denim, organdy, pu leather, cotton silk dan pelbagai lagi. Buat korang yang nak lihat Happy Skin 24/7 fashion debut di Mercedes-Benz STYLO AsiaFashionFestival 2017 online di www.facebook.com/myneutrogena atau di www.instagram.com/neutrogenamy
Love,
Kolin Zainal
Sally suka tgk Hazzer Wan Lee punya design...sbb efek air dia tuu nampak menarik!
ReplyDeleteiye...hurmm...pereka tempatan pun dah lelawa dah. Tak yah cuba pereka luar ye..
Delete