Assalammualaikum dan salam sejahtera
Hampir seminggu berlalu, terasa sangat kehilangan. Sebab selalu petang-petang call tanya arwah masak apa. Sebab arwah orang Melaka pandai sangat memasak, selalu post gambar masakan dia kat FB dulu. 14 Jun 2017, akhirnya dari seorang kawan yang ku panggil kak mas pergi mengadap Pencipta kita. Hampir sebulan lebih arwah kak mas menderita melawan penyakit kanser hati. Sedih masa dapat tahu. Tapi bersyukur dalam masa dia sakit 2 kali kolin melawat dan dapat bacakan yassin buat dia. Ni nak raya, kalau raya dulu selalu call dia tanya baju warna apa. Banyak kenangan, pergi lunch sesama, melepak...sampai sekarang terbayang-bayang kenangan manis bersama arwah kak mas.
Tapi Tuhan lebih sayangkan kak mas. Kak mas pergi bulan mulia di bulan Ramadhan. Kolin pun nak doa, kolin nak dijemput bulan Ramadhan. Ramai sangat orang datang melawat kak mas. Ramai sayang ko kak...ramaiii
Aku lihat kawan ku di kafan kan,
Aku lihat kawan ku di solatkan
Aku lihat kawan ku di bawa pergi,
Aku lihat kawan ku di kuburkan,
Masa tu memang bercampur baur perasaan. Tak tahu lah kenapa perkenalan tak sampai 5 tahun memang merentap hati kolin. Sebab arwah seorang yang baik sangat dengan kolin. Kawan dan dah macam keluarga. Sukar di ungkapkan betapa rindu dan sayangnya kolin kat dia. Semoga ko tenang di sana kak. Semoga kita berjumpa lagi. Al Fatihah buat mu yang ku panggil kakak.
Adinda kolin Sharifah Aznim Shah Syed Zainal jua pergi pada 7 Ramadhan 2004 dan Ayahanda Syed Zainal Bin Syed Ali pada 2 Julai 1995. Doakan mereka ya, sedekahkan lah al fatihah buat mereka ya. Semoga kita semua baik-baik aje. Makin dekat nak sambut Aidilfitri ini makin sayu ingat orang tersayang. Ingat yang selalu dekat dengan kita pergi satu persatu. Hidup perlu di teruskan.
Aku rindu semua...aku rindu ko kak mas !!!
Al - Fatihah
Love,
Kolin Zainal

No comments:
Post a Comment
loving me..loving you