Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Selera Ramadhan di D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat Shah Alam

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Dah puasa ke 11 dah hari ini, Alhamdulillah kita masih sihat dan dapat menjalani ibadah dengan sempurna. Dengan itu, kolin nak berkongsi dengan korang tempat berbuka puasa yang best di Shah Alam. Macam kolin yang bekerja ni dah penat nak balik memasak kan, itu lah sebab kolin bawa sekeluarga berbuka di sini. 
D' Kayangan Grill & Barbeque Steamboat yang terletak di Acappella Service Aparment di Seksyen 13 Shah Alam. Tempat letak kereta banyak, tempat luas dan yang penting ada ruang solat dan tandas berdekatan di restoran ini. 



Ramadhan tahun ini selain menyediakan kambing panggang, mereka juga memperkenalkan konsep Gerai yang menyajikan pelbagai menu untuk semua pengunjung yang datang berbuka puasa. Antara yang istimewa ialah roti jalan, roti john, kuew teow goreng dan ayam goreng berempah. Manakala bagi hidangan buffet pula, hidangan utama iaitu Nasi Beriyani di hidangkan. Maknanya adalah dalca, jelatah, papadom, ayam berempah dan ada juga Asam Laksa tau. Selain itu nasi putih dan lauk pauk lain seperti daging masak merah, ikan dori masak masam manis, sayur masak sos tiram dan pelbagai lagi ada. Ini lauk pauk yang akan bertukar setiap hari tau, mengikut chef lah kan. 

Selain itu, D'Kayangan yang memang terkenal dengan grill dan stimbot ini memang unik. Tetamu di beri dua pilihan samada sup ayam atau tomyam untuk dijadikan kuah stimbot. Dan paling penting semua makanan laut yang disediakan di sini segar. So boleh lah makan ala stimbot atau grill sahaja. Untuk sos pencicah pun ada sehingga 7-8 jenis tau. Nak pedas, nak manis, nak masam pun ada. Antara sos yang kolin suka sos cili pedas, sos cili thai, sos manis, sos bawang, sos lada hitam dan banyak lagi. Yang penting ikut selera korang lah nak mencicah yang mana satu. 






Dengan kepakaran dari Chef mereka iaitu Chef Shahnizam, yang berpengalaman lebih 25 tahun di dalam bidang kulinari. Beliau telah membuat perapan terbaru bagi semua menu grill tau. Ada udang, ayam, daging, ketam, ikan dan sotong. Semuanya diberikan perapan istimewa bagi tetamu yang nak grill semasa berbuka nanti. Rempah ratus tu memang naik bau lah masa kita grill tu. Menikam-nikam baunya sampaikan memang naik selera semasa berbuka puasa di sini. Buat anak-anak yang suka makan bebola seafood pun ada juga di sini. Kalau nak makan ala yong tau foo, kuah pun tersedia. Jadi kolin rasa kalau korang datang berbuka di sini memang boleh memenuhi citarasa sekeluarga lah. Dari yang kecil sehingga yang tua pun suka, sebab apa si kecil suka !! Sebab ada aiskrim pelbagai perisa buat mereka di sini tau. 








Hidangan pencuci mulut pun banyak untuk korang pilih. Ada buah-buahan, kek, puding dan pelbagai bubur manis buat tetamu. Untuk segala menu yang kolin coretkan ini, harga buffet ramadhan di D'Kayangan bagi Dewasa hanya RM44.90 sahaja dan bagi kanak-kanak RM22.90. Jadi yang mana nak merasa berbuka di luar dengan harga yang sangat berpatutan patut ke sini. Pada kolin lah kan, variasi yang ada di sini memang berbaloi dengan harga yang di tawarkan tu. Sebanyak 199 hidangan setiap hari disediakan untuk semua pengunjung setiap hari. Dan dalam satu masa ianya boleh menampung lebih 400 orang. Ada ruang penghawa dingin dan jua ruang luar ala 'open air'. Bagi korang yang nak pergi, baik lah buat penempahan awal. Bukan nak cerita lebih tau, tapi memang setiap malam restoran ini penuh. Korang boleh menempah dengan menelefon talian ini 012-2971091, 017-6274015 atau 03-55234979. Atau nak tengok lebih banyak maklumat dan promosi sila follow www.facebook.com/D'KayanganSteamboatBBQ dan www.instagram.com/dkayangansteamboat 


Jadi buat warga Shah Alam terutamanya, jangan lepaskan peluang makan ala grill dan steamboat dengan harga berpatutan. Korang boleh makan apa sahaja, cuma nasihat kolin apa yang korang ambil tu kenalah habiskan. Jangan membazir tau, sebab bulan ramadhan ini kan mulia. So konsep buffet all-you-can-eat ini haruslah kena tau. Ambil apa sahaja, tapi habiskan. So malam ini kalau malas masak boleh lah try berbuka puasa kat sini macam kolin sekeluarga. Selamat berbuka puasa ye... !!

Love, 

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you