Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

salam takziah QZ8015

Assalammualaikum

Tiada apa yang mampu kolin bayangkan. Tragedi ini mengamit semula perasaan hiba dan pilu mengenang tragedi yang berlaku pada mh370 dan mh17. Tragedi yang meragut nyawa penumpang dan anak kapal QZ8015 ini amat meruntun hati seluruh dunia. Semoga semua keluarga, kenalan, jiran dan semua yang kehilangan insan-insan tersayang terus tabah dan kuat dalam menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah buat semua yang beragama Islam dan salam takziah kepada semua. Semoga mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.


#staystrong #airasia #sad #condolences #sympathy

Makan di kedai kak su laksa beras, perlis

assalammualaikum

Kepada sesiapa yang mengunjungi Perlis Indera Kayangan, kolin nak perkenalkan satu restoran yang makanannya memang simple dan rasa utara sangat. Restoran ini kawan kolin, puan sufia yang suruh pergi makan masa balik dari Langkawi masa tu. Kebetulan memang tengah hujan dan lapar sangat. Tempatnya tak jauh pun dari jeti. Deretan rumah kedai sahaja sekitar jeti. Kalau nak mudah waze aje.


keadaan restoran yang sangat selesa dengan banyak kerusi dan meja yang disediakan. Lihat sahaja papan harga yang dipamerkan. So memang dalam bajet yang munasabah lah kan.


Laksa biasa hanya RM3.00 sahaja, manakala yang special RM4.00. Harga berbeza RM1 untuk kuantiti laksa yang lebih banyak. Jadi bagi sesiapa yang lapar dan perlu lebih laksanya boleh lah order yang special. Malangnya petang itu pulut udang dah habis, kolin dan kawan-kawan tak dapat lah merasa. Menurut kata sufia, sedap gile!..adussss rugi lak rasa weii


beginilah rupa kak su laksa beras. Simple dan sangat utara. Kolin bukan pengemar laksa tapi yang ini memang boleh makan. Anak-anak pun suka makan.




Akhir kata, buat semua yang teringin nak makan laksa perlis yang asli. Jangan lupa berkunjung di Kak Su Laksa Beras yang berada di Perlis. Gerenti puas hati!! Boleh lah buat rancangan Jalan-jalan Cari Makan kan hehehehhe. 

#makan
#alialisa

Air Asia QZ8501 hilang

 assalammualaikum

Berita yang menyedihkan buat masa sekarang ini, semasa Malaysia sedang bergelut dengan musibah banjir di sana sini. Kini kita di timpa pula musibah kapal terbang Air Asia QZ8501 yang hilang. Bersama-sama kita panjatkan doa supaya mereka yang berada di dalam musibah banjir dan di dalam penerbangan ini selamat semuanya. 



#pray4pantaitimur #pray4QZ8501

REview Calvin Klein Creme Lipstick

assalammualaikum

Kali ini kolin nak share lipstick baru kolin dari Calvin Klein. Lipstick ini cukup simple dan ianya membuatkan kolin tertarik sebab warna hitam dan penutupnya kemas. Maksudnya kalau lah kolin campak saja lipstick ini di dalam handbag sure tak akan tertanggal lah penutup itu.


untuk kali ini kolin mengambil warna coklat cair yang lebih natural. Selepas di sapu memang terasa kelainan pada bibir. Ianya lebih lembab dan warnanya sangat memikat. Tak kering dan tidak mengelupas pun. Malah warnanya lebih kekal lama selepas seharian memakai. 



kolin memilih "first kiss" untuk koleksi kali ini.


nampak tak muncung aku tu hahahhahah
warna yang sangat natural dan sweet bukan. Kolin terasa jelita sangat memakai lipstik dari Calvin 
Klein ini. Segera dapatkan lipstick ini dan miliki nya segera ya..

#productreview #calvinklein #lipstick #beauty #blogger

bantuan untuk mangsa banjir

assalammualaikum

semalam kolin sempat singgah di salah satu pengumpulan derma bagi mangsa banjir di shah Alam. usaha baik dari pihak sekolah dan orang ramai amat mengalakkan. kehadiran orang ramai menghulurkan bantuan bagi meringankan beban menunjukkan keprihatinan rakyat Malaysia.


lihat sahaja timbunan semua keperluan mangsa banjir yang akan disalurkan kelak. kolin harap semua bantuan ini akan sampai kepada pihak yang memerlukan. good job kepada semua yang terlibat bagi menjayakan misi ini.



kepada sesiapa yang masih ingin menderma dan beramal sila lah ke sekolah rendah seksyen 13 shah Alam hari ini dan esok. mereka masih mengumpul segala yang boleh disalurkan kepada semua mangsa banjir. semoga bantuan kita hari ini dapat meringankan beban mereka untuk menempuh hari hari mendatang. 

#pray4pantaitimur #banjir #bantuan#love #pantaitimur




Minyak Gamat Nusantara, Langkawi

assalammualaikum

Semasa di pulau langkawi minggu lalu, kolin tidak melepaskan peluang melihat sendiri bagaimana minyak gamat nusantara ini di hasilkan. Sangat-sangat menarik dan informasi untuk anak-anak. 


ini lah antara bahan-bahan yang digunakan di dalam penghasilan minyak gamat keluaran Nusantara


ada dua buah kuali yang sangat besar di letakkan di sini untuk kita sendiri melihat bagaimana ianya dihasilkan. Kolin memang tak berani nak sentuh atau rendam jari hahahha. Takut panas!! tetapi ada saja pengunjung yang mencuba semua cakap suam-suam aje. Cakaplah wei apa pun...kolin tak nak try hahahha


alah..si milah tu pun menunjuk aje konon konon rendam jari. Padahal main asap aje hahaha


Tagline minyak gamat nusantara iaitu
"jangan pulang tanpanya"

Minyak gamat ini memang banyak kegunaan nya, rasanya kolin tak payah nak cerita satu Malaysia tau kebaikannya. Kolin selalu gunakan kalau anak-anak sakit perut. Cepat baik dan tak panas.

Jangan lupa singgah ke Minyak Gamat Nusantara kalau ke pulau langkawi ye..

#travellog
#bercuti
#alialisa
#minyakgamat

XES Christmas Glam Rock Party 2014

assalammualaikum

Kolin berterima kasih kepada nanie pemilik blog http://kitepunye.com/ yang membawa kolin ke majlis XES baru-baru ini. Kali ini pihak XES menganjurkan "Rock & Roll Christmas" di Quill City Mall Kuala Lumpur dengan mempamerkan koleksi Christmas glam rock festive decor.


XES adalah satu produk kasut yang sesuai dimiliki oleh seisi keluarga tak kira tua atau pun muda. Dibawah naungan Shellys Marketing Sdn. Bhd. dari tahun 2002 telah berjaya menjelajah di seluruh Malaysia. XES kini memiliki lebih 80 cawangan di semua pusat membeli belah seperti di AEON, Giants, Tesco dan AEON Big dan beberapa pusat membeli belah yang terkemuka. 


Jenama XES juga menawarkan kasut yang sesuai untuk lelaki, wanita dan juga kanak-kanak.  Di butik XES juga menawarkan beberapa jenama sepergi Scholl, Barbie, Ben 10, Cavando, Bum Equipment, Scorpion dan Neckermen untuk menambah pilihan kepada semua pelanggan. Ia sangat tepat untuk slogan XES pada tahun 2015 iaitu Valuable, Durable & Remarkable Style.



Majlis ini bermula jam 12 tengahari, kolin sangat excited terasa VVIP sebab ini adalah acara tertutup untuk yang dijemput sahaja. Best gilerrrrr



Cuba cari mana kolin heheh. Sempat kolin tinggalkan memori di papan Christmas Glam Rock Party by XES ini. Suasana agak meriah sangat dengan makanan yang dihidangkan semua sedap-sedap.

red velvet cupcake

antara buffet yang ada


Awal-awal lagi kolin dah tawaf butik XES ini, melihat-lihat koleksi terbaru oleh mereka. Apa yang menariknya mereka menawarkan koleksi kasut mengikut zodiak. Menarik dan semua rekaan yang selesa.



mata kolin memang dah terpandang kasut merah tu. Lagi pulak memang zodiak kolin virgo...meleleh air liur wei tengok kasut ni.


kasut lelaki pun banyak pilihan di butik ini. Kolin ingat nak ambil satu untuk hubby


kasut untuk anak kecil pun ada, kira one stop centre lah kalau nak mencari kasut buat sekeluarga kan. Bukan kasut sahaja yang ada tau, beg tangan wanita pun ada. Memang lawa dan cantik sangat...


Kolin dah pun pilih satu, yang warna putih tu..hehhehe
u will be mine white bag!!! 

Acara dimulakan dengan kata alu-aluan oleh Ms. Sabrina Quigley Chin, PR Manager XES

opening speech by sabrina

acara sudah pun bermula

kami seterusnya di beri seorang sepasang sandal untuk dihias dengan hiasan yang telah disediakan. Memang seronok sangat acara ini. Kolin memang tak tau yang kita boleh hias sendiri sandal yang selalu kita pakai tu. Memang tampil lain dan menarik, good job XES.

 sebelum dihias

antara hiasan yang disediakan


contoh hiasan yang telah siap di atas sandal dan inilah hasil hiasan atas sandal kolin. cantik tak?

 setelah dihias

Semua media dan blogger diberi tawaran yang sangat menarik pada kali ini. Beli satu dan percuma dua, memang berpusu-pusu lah kami memilih kasut yang menjadi pilihan hati. Terima kasih XES yang bermurah hati kepada blogger-blogger seperti kami ini.

 antara blogger yang hadir

 semua berpusu-pusu memilih pilihan hati

semua kasut pilihan kami di balut rapi sebagai hadiah hari krimas

nampak tak berkotak-kotak kat tangan tu, time ini tengah tunggu kasut pilihan hati hehhe

selfie time!

kolin with ms. sabrina

nampak tak muka gembira kolin tu heheh

selfie bersama Ms. Emmy from Malay Mail


terima kasih banyak-banyak XES untuk semua buah tangan ini. Murah betul hati pihak XES kepada blogger-blogger. Jasa baik mu dikenang sampai bebila hehehhe. Jangan lupa melawat XES Shoes premium di Quill City Mall Kuala Lumpur. Sila layari laman web di bawah untuk maklumat lebih lanjut


jangan lupa like fb XES https://www.facebook.com/xesshoes

jangan lupa hashtag #xesshoes di instagram ok


#bloggerevent #alialisa #xesshoes #blogger