Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Makan di kedai kak su laksa beras, perlis

assalammualaikum

Kepada sesiapa yang mengunjungi Perlis Indera Kayangan, kolin nak perkenalkan satu restoran yang makanannya memang simple dan rasa utara sangat. Restoran ini kawan kolin, puan sufia yang suruh pergi makan masa balik dari Langkawi masa tu. Kebetulan memang tengah hujan dan lapar sangat. Tempatnya tak jauh pun dari jeti. Deretan rumah kedai sahaja sekitar jeti. Kalau nak mudah waze aje.


keadaan restoran yang sangat selesa dengan banyak kerusi dan meja yang disediakan. Lihat sahaja papan harga yang dipamerkan. So memang dalam bajet yang munasabah lah kan.


Laksa biasa hanya RM3.00 sahaja, manakala yang special RM4.00. Harga berbeza RM1 untuk kuantiti laksa yang lebih banyak. Jadi bagi sesiapa yang lapar dan perlu lebih laksanya boleh lah order yang special. Malangnya petang itu pulut udang dah habis, kolin dan kawan-kawan tak dapat lah merasa. Menurut kata sufia, sedap gile!..adussss rugi lak rasa weii


beginilah rupa kak su laksa beras. Simple dan sangat utara. Kolin bukan pengemar laksa tapi yang ini memang boleh makan. Anak-anak pun suka makan.




Akhir kata, buat semua yang teringin nak makan laksa perlis yang asli. Jangan lupa berkunjung di Kak Su Laksa Beras yang berada di Perlis. Gerenti puas hati!! Boleh lah buat rancangan Jalan-jalan Cari Makan kan hehehehhe. 

#makan
#alialisa

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you