assalammualaikum
1. Makan Malam
Makan untuk malam pertama ini kolin memilih restoran yang berdekatan dengan Bella Vista Resort & Hotel. Disebabkan penat bermain kolam renang makan pun dekat dan simple aje lah. Saujana Seafood di Pekan Kuah. Ianya berderetan dengan kedai-kedai lain juga.
Makanannya boleh tahan, tidak lah sesedap mana. Malahan nasi goreng papriknya sangat tidak menepati citarasa kami. Kolin bernasib baik order nasi goreng ikan masin, Sedaplah jugak
ini pula sotong goreng tepung, macam cekodok sotong aje rasanya hehehhe. Secara keseluruhan harganya boleh lah tahan. Takut juga makan di tempat pelancongan terkemuka ini. Semua harga melambung tinggi.
2. Shopping
Macam biasa kami shopping di Haji Ismail Group dan Idaman Suri. Tapi ada tempat baru yang kolin pergi Ram's. Di sini lebih banyak pilihan dan semua up to date. Nasihat kolin kepada sesiapa yang ingin membeli belah barangan keperluan rumah, sila ke Ram's dahulu sebelum ke HIG atau Idaman Suri. Kalau tidak sure menyesal weiiii. Banyak sangat pilihan, cuma kita lah nak membawa balik tu larat atau tidak sahaja. Meleleh air liur tengok mangkuk vantage..uuwaaaa
with anis dan huda...my bestie
ni kat luar idaman suri..sudah penat membeli hahahha
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you