assalammualaikum
bersawang sudah blog ini
kolin demam teruk sangat..memang satu keje pun tak buat
memang ke laut ler aktiviti semua
resipi ini kolin tengok kat IG (instagram) zarina zainuddin
dia ni sangat pandai memasak tau
kalau lah rendang tok yang dia buat tu memang sedap sangat
baru tengok sudah menyelerakan
kalau nak tahu sila lah follow IG zarina zainuddin
ini resipi simple yang kolin buat semalam
haa nampak ..sedap kan
boleh dibuat sarapan pagi, minum petang atau makan malam
langkah-langkah membuat roti tampal ini ialah
1. ambil roti..tak kisah lah roti apa ..kolin try wheatmealbread
2. buat bulat kat tengah roti tu..kolin guna aje penutup botol yang besar sikit
3. ambik kuali leper tu..buh minyak sikit
4. letakkan roti tersebut atas tu tuk kesan garing sedikit, pecah telur dan pastikan
kuning telur di bahagian tengah yang berlubang itu
5. biarkan agak masak sebelum diterbalikan dan tutup api.
tak tipu..memang sedap sangat bila di letak salt and pepper sikit atas telur goyang tu
sedap pula kalu pekena dengan kopi panas kan..
so jangan lupa try ok
yang benar
kolin yang rajin sangat
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you