Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Bali 2013 - Part 6


Hari kedua kami bangun dan bersiap-siap pergi makan breakfast roti bakar dan telur separuh masak. Maklumlah ragu-ragu akan halal tak halal so makan sahaja makanan yang rasanya memang ok sangat sangat. selesai breakfast, nak bagitau ini orang orang Bali sangat menepati masa, so masa kami di lobby hotel Pak Surya dan Connor sudah pun menunggu kami untuk aktiviti hari kedua. Hah masa ini lah kekalutan berlaku spek mata hitam ku hilang puas aku tanya semua orang semua tak jumpa. how careless am I kan..Dah ler bertajuk spek tu sangat rasa cuak oii

Anyway kami yang sangkakan akan melepak di Kuta Beach pada hari kedua meleset sama sekali. Kami di bawa ke pantai benoa di nusajaya. Disini semua aktiviti dalam USD meninggal ok!! mereka  suruh diving, tapi aku ni rasa penat dan penakut tak mau diving. Diving di Bali tidak memerlukan lesen langsung, dalam masa 2 jam anda sudah boleh diving. Tapi kolin memang rasa sangat letih dan tak nak mandi laut sangat sebab sangat sangat panas. So apa yang kami pilih akhirnya, fish feeding and turtle island! nak tau berapa kami kena RP250,000 seorang bersamaan RM80 lebih kurang.. RP 1 juta untuk 4 orang ..gile kan..sbb harga USD 

pantai benoa, nusajaya, bali

kami di bawa ke pantai ini memang kawasan pelancong. memang rata-rata mat saleh aje lah di mana pun. 

cantek kan pantai nya

ramai kann..mereka kata pantai kuta lebih ramai..bayangkan!!

sini banyak aktiviti parasiliding, snorkeling, jet ski, banana boat maklumat penting aktiviti semua dibayar dalam USD so agak berat untuk warga malaysia. Di pantai kuta kolin tak pasti dalam rupiah atau USD. 

 
lawa tak??? heheh

di sebabkan spek kolin hilang dan kalu di bali kene pakai spek, aku beli lah menatang tu kat tepi pantai sebelum naik bot. Harga topi pantai yang boleh dilipat (penting ye..sebab kalu tak boleh lipat susah nak masuk dalam luggage) dan spek rayban pelangi (kata indon tu) hanya RP50 ribu. Haaa bersamaan RM15 ringgit sahaja!! kat indon kita kene pandai tawar menawar, dan info yang menarik, orang indonesia cakap lembut tak kasar. So bila membeli gunakan nada ton yang rendah dan memujuk. Insya Allah..dapat murah. Ni berdasarkan pengalaman membeli belah ke Bandung dan Medan hihi.. Jadi dah 3 wilayah Indonesia kolin lawati, Insya Allah Jakarta would be next destination..or maybe Palembang..

kami di bawa untuk memberi ikan makan di sini. Hanya 2 keping roti yang dibekalkan kepada kami, akibat kelaparan Cik Mastura telah memakan roti tersebut hahahahah...bagus kan..

kome nampak tak ingat tu! dema vegetarian..makan roti

pose!


feeling feeling romantika hahahha

syok oo naik bot laju..
anyway selepas selesai fish feeding kami di bawak ke turtle island..nak tau apa tu turtle island di bali...tunggu next episod ye...rasa macam dah panjang sangat entri aku nih..mau percutian ke bali 3 hari 2 malam part 20 nanti aku bercerita haha

harap tak jemu membaca..adios

hillarious wednesday

Assalam

kolin dapat ini dari email Mymart yang selalu offer barang berkualiti tu..kekadang ada handbag lah, gadjet very very interesting tau. 

so saja share this two jokes pepagi rabu..

cheers

Poddle Flower

Assalammualaikum

taraaa...inilah hasil baju aku setelah disusun bunga poddle yang aku buat sendiri DIY ok. haa kalu tak silap bunga ni boleh di letakkan di atas sarung bantal, tilam wat soo ever..tapi kali ini baju cotton aku jadi mangsa..setinggi 3 baris bunga poddle aku susun di bahagian hujung lengan baju aku. super meriah, super aku suka..hatta si milah kata menakutkan rupa cekodok bunga poodle aku..

ko memang jahat milah..kejam si milah ni

anyway..aku percaya baju aku lawa, cantek, the BOOM..dan milah jeles..

jum view baju mummy kolin hihi





hah..cantek tak!!! hahahhahaha...


Bali 2013 - Part 5

assalammualaikum


Selesai kami mandi manda di kolam, perut yang lapar pun minta di isi, setelah puas bertanyakan kakitangan hotel, kami dimaklumkan ada satu restoran nasi padang yang halal yang berdekatan dengan hotel kami. Alhamdulillah settle makan tuk hari pertama kami nih


antara lauk yang dihidangkan

haa lauk dah lenyap hahahah..lapar ngkoo

me and huda~

Selesai bayar dan bla bla bla..kami pun mula berjalan disekitar jalan legian, kami dapat maklumat tempat ni adalah 'most happening place in bali'!! Berjalan kaki ke pantai kuta pun bole..ok misi berjalan dimulakan.

club hoping di sini syok!!!

besh kan..ni otw ke pantai kuta eh

salah satu hotel yg berdekatan pantai kuta

gerbang masuk pantai kuta..

haa sampai juga aku kat hotel hardrock bali..nak menginap tak mampu..haa lalu aje lahahahahahha

yeahh!!


penat betul kami berjalan di sekitar kawasan ini, dan memang banyak lah orang melepak dan berlibur. syok sangat. tapi ada satu pengalaman tak best membeli di bali ini, kolin terkena masa ambil 3 helai tshirt dewasa, 2 helai tshirt kanak-kanak. pada mulanya penjual bersetuju pada harga RP95,000. setelah kolin tambah 2 helai lagi kemeja batik jadi semua sekali dia nak RP700,000. boleh???!!! memang melampau, sebab nya masa membeli dia dah tanya kita macam-macam. Orang Malaysia mereka sangkakan banyak duit, so nak mengenakan ajelah. Jangan risau kat sini boleh tawar menawar. kalu tak suka cakap terima kasih..saya tak mau. dah jalan..jangan risau dema tak leh kata pa...setakat dia jerit-jerit ko buat tak reti aje hihihi.

Macam tu lah kolin buat, setelah terasa tertipu RP700,000 bersamaan RM220.00 tau..giler mamat tu. dia menjerit laa semua plastik telah dibuka macammana mbak. aku kata awak cakap harga lain tadi, sekarang tukar harga. Saya minta maaf saya tak nak..so aku pun berlalu. haaa kawan-kawan aku yang tadi semua dah takut hahahhah..

anyway abis berjalan di sekitar situ, last sekali kami bercadang mengambil teksi untuk balik ke Matahari Bungalow sebab dah terlalu penat. Teksi RP20,000 sahaja tau, dan kami pun pergi mengurut tuk satu jam hanya RP50,000 sahaja. Tertido aku masa minah tu urut tau, sedap sangat..selesai urutan dan bla bla bla..kami pun terus balik ke bilik dan tidur.

Pak Surya ada bagitau esok kami ada banyak aktiviti tuk dilakukan. So simpan tenaga, simpan molek-molek jum tidoo..zasss
Akhir kata..Bali is ohsemm!!
 
 


Org Sembur Asid!!


 assalammualaikum

hari ni kolin dapat email dari kawan di pejabat dan mohon maklumat ini disebarkan. Ya Allah kenapa lah ada manusia begini, orang yang tiada salah dan berdosa dengan dia diperlakukan begini. bayangkanlah wanita yang kene tu ibu, isteri apa akan terjadi pada masa depan dia nanti. Adakah suami dan anak-anak mampu menanggani situasi yang berlaku..

So kepada semua pembaca, terutamanya wanita. Masuk kereta, kunci dan jangan buka tingkap kereta kepada orang yang tidak dikenali. Berhati hati ya semua..

Semoga semua dilindungi yang Maha Esa...amin.. 



******************

'ACID SPLASHER IS BACK!!!!'

After a while of silence, this mad man is back again. It is likely he was in prison and is now out. The police should check on those who served short terms in prison and have just been released.

Attention: Last night at 8.15pm the acid splasher was around PKNS complex shah alam. 1 lady got splashed. At 9.30pm another lady got splashed around Summit USJ area. Splasher on the run riding Honda EX5 motorcycle No Plate WPV 4963.

 Pls pass this on. TQ!!!
A friend reports that the Acid Splasher has been seen in Damansara Uptown & Kota Damansara.

Modus Operandi is to knock on the car window (mostly women drivers) & splash acid if poor driver winds down window.

He has a 'sad face' & is Indian. When you refuse to open the window, he will yell at you & be more aggressive.

He carries a yellow bottle (likely to be acid behind his back).
Don't be BLUR & open.

One of the victim is my friend's friend's friend currently hospitalized & blinded (not to mention disfigured).

Do not open the car window,
immediately take note of the clothes
he is wearing & rush home / or make police report.

This is not a spam mail. I am writing after reading my friend's email.

********




sepetang di pantai remis

Assalammualaikum

perjalanan selama 45 minit dari jinjang memang best, sebab ikut highway LATAR dan sekejap aje dah sampai. Cuti panjang CNY hari 11 Februari 2013 ini kami gunakan dengan meyinggah pantai ini. Sebenarnya ada tujuan pergi ni pun, tujuan nak beli ikan masin bulu ayam untuk kenduri pertunangan awen. Terlanjur ke sini apa lagi..makan lah kerang-kerangan rupa tak ingat, masa kolin datang ramai orang, ye lah cuti sekolah dan orang beriadah kan..seronok main layang-layang kat sini..

Selesai makan, selesai membeli..upacara melepak..

enjoice~

alisa and ali imran with kezen..shamil dan haikal

 oppss lisa cekci hahaha...


mainler pasir yang tak seberapa tu


dan ini lah en. suami yang sempat melelapkan mata di atas batu setelah makan kerang, lala bla bla sebanyak banyak nyer...

Lebih kurang jam 4.00 petang kami pun balik ke rumah, sesekali memang seronok ke sini.
sapa yang tinggalh di Lembah Klang, yang belum pernah sampai, marilah singgah. Mana tau tempat ini juga menjadi destinasi kegemaran awak kan..

adios




Bali 2013 - Part 4

Assalammualaikum

 http://alialisakreatif.blogspot.com/2013/02/bali-2013-part-3.html

masa kami di hantar ke hotel kediaman kami, kami telah maklum bahawa hotel ini adalah bertaraf satu bintang. Pada kolin janji dapat tidur dan ada tempat tinggal dah cukup baik dah. So Jalan Legian, busy street, penuh dengan kelab diskotik, kedai-kedai souvenior dan bagai bagai. Memang lah menepati selera aku hahahhaha...

Sesampai nampak tak cantek, dan kami ambil bilik standard, lawa ko, ada taman, siap kerusi meja kat luar. Ini kalau kat Malaysia tak dapat oii..beratusan semalam. selesa dan menepati citarasa simple traveller macam aku nih haa


 kolam renang ni ada bar tender lagi..so kalu nak berenang sambil minum fruit juice pun boleh..

amaran keras yee

ini lah pintu masuk restoran matahari bungalow, yang lelain kami tak makan memang tak halal. So apa yang kami order telur separuh masak dan roti bakar dan minumlah teh atau kopi yang ada.. dan semestinya buah buahan. nasi dan lelain..tak bole oii ada ba alif ba ya

ini hadapan bilik yang agak mahal sikit..di bali kurang hotel tinggi..semua ala ala resort

ini pulak bilik kami ...ok sangat kan! kami duduk sebelah menyebelah sahaja

katil kami yang ok sangat

almari dan tv yang ok..ada meja solek juga tau

sinki di luar bilik air

the toilet

 ini lah Matahari Bungalow yang menjadi penginapan kami di bali kali ini. Dekat dengan jalan luar yang ada indomart seperti 7eleven, kedai souvenior, baju, restoran dan diskotik..syok sangat.

***

lepas check in kami masuk bilik dan bersiap terjun kolam renang dahulu. Waktu di Malaysia dan di Bali adalah sama dan tiada pertukaran waktu. Jam dah pukul 6 petang, mandi kolam ler..sebab takut esok lusa tak sempat nak terjun kolam yang canggih tu. Ada ler mat dan minah saleh mandi kolam, gelak dema tengok aku oii..pakai tracksuit dan tshirt mandi. Muslimah tetap dikekalkan..Insya Allah

what for dinner tonite..Stay Tune..

adios


hias rumah english style?!

assalammualaikum

entah kenapa bebaru ni hati tu terdetik aje nak menghias rumah. macam-macam gaya dah fikir, tapi macam syok aje nak buat english style. alahai memang orang kata modal dia mahal, tapi bagi kolin kalu kita buat pelan-pelan bukan secara drastik ok kut. 

langkah pertama: aku rasa semua perabot bewarna coklat dan hitam tu aku kene cat warna putih hihihi...apa pendapat kome..takpe tu aku leh tanya En. Sazali Saud. aku rasa buat permulaan aku nak buat ruang tamu dulu. Buat pengetahuan kome orang, rupa aku tak besar pun, rumah flat sederhana sahaja. Maklumlah anak pun 2 orang aje..lagipun rancangan tuk berhias ni macam muncul lepas ali imran mengata aku. 

Kata imran,

"Mamy, abang tengok rumah mamy ni tak lawa lah, rumah kak Nurul (anak pengasuh aku) lagi lawa dari rumah mamy"

Mau tak sentap aku mendengarnya..tersentap sangat dowh..
disebabkan kata-kata semangat anak bujang ku ali imran, akan mamy buktikan mamy boleh..jum view gambar yang aku google untuk idea ruang tamu english style..


yang gambar ini, aku suka furniture dia. simple tak heavy. perhiasan pun ok. macam rumah barbie doll kan..tapi bila ke wall paper. i am thinking to stick to white wall. senang nak maintain, kalau kotor kolin boleh overlap aje balik kan..tapi tu lah..again sofa aku yang lama berkusyen tu aku kene renovate color dia hihihihi..dan sarung kusyen kene cari warna english style ler oiii...


ruang tamu ini nampak hidup kan bila lampu dah dipasang. so lovely...cantek sangat. good job ye pada owner rumah!!...


gambar ni mungkin orang jual kut..penuh sarat sangat kan..well sikit sikit cukup ler..kang aku ni macam rajin sangat nak mengelap habuk tu..


haa ni satu lagi..ok gak ler..ada ler english sikit sikit dari takde..
aku skrg kene beli langsir dulu laa aku ingat..start with that
alas-alas meja dan sarung sofa tu..hihihi..lantai kalu color cokelat takpe ke eh...sebab tikar getah aku tu malas nyer aku nak ganti. lepas ni nak p ikea dulu ler. nak beli shelf putih tu nak letak radio dan hiasan bagai-bagai aku..

kalu rajin aku cat satu ruang tamu putih hihih..
nanti kalu aku rajin aku tangkap gambo, itupun kalu aku laksanakan pelan aku ni ..
kepada ali imran..ko telah membakar semangat mamy anakku..keep it ur good job!!

xoxo..chow...
 

simple manik


Assalammualaikum

kali ini kolin sulam baju mama..mama nak pakai untuk pertunangan adik kolin si azuin yang bakal diadakan pada 17 Februari 2013. Mama aka cik timah memang tak suka heavy beading, so beading yang dibuat adalah ringkas sebab senang dia nak basuh baju katanyer..yang penting mak aku bling bling masa bersalaman ngan tetamu yer.

Persiapan bertunang korang usah kata laa..manakan pelamin DIY lagi, hantaran pun DIY jugak, candy bar pun DIY jugak. memang meninggal laa aku jadi engagement planner..yang penting semua orang happy dan majlis dijalankan berjalan lancar..doakan ye semua.

Haa satu lagi..sori lah tak menjemput sebab majlis ni tertutup untuk 100 orang yang terdekat sahaja..jangan marah haaa


Bali 2013 - Part 3

Assalammualaikum

sambungan bali-2013-part-2.

selesai di Garuda, kami dibawa oleh Pak Surya dan Connor ke Uluwatu Temple. Sesampai di sana kami memang tak nampak apa uniknya temple ini. cuma ketika ingin memasuki temple ini kami dikehendaki memakai satu kain lilit di pinggang, dan sekiranya sesiapa berseluar pendek diwajibkan memakai kain sarung dan digunakan tali yang sama untuk di lilit di pinggang. Semasa masuk di kawasan ini memang banyak sangat monyet. monyet-monyet di sini dipelihara dan tidak boleh dibunuh, menurut kata pak surya, monyet suka kaca mata, kamera dan barang-barang pelancong. So dia pun pegang lah sebatang ranting kayu jadi "pak guard" kami hihi

 entrance uluwatu temple

kawasan dalam temple, cuaca memang panas

Pak surya bawa kami menaiki tangga yang agak tinggi pada mulanya kami dah menyumpah yumpah la jugak sebab tinggi dan penat..tambahan pulak panas. tapi bila dah sampai kat puncak tu. Ya Allah..cantiknya pemandangan di sini..terus nak nyanyi lagu hindustan aku ko....where is my shahrukhkhan..?? the only hero hehehe..remy ishak pun bole jugak ler..hahahhaha

this is from my camera ok...cantik tak..

tak terkata melihat pemandangan ini

tak melepaskan peluang ...




selesai upacara bergambar di atas bukit kami mulai turun ke bawah dan tengok kawasan kuil. kuil yang dikatakan suci ini tidak membenarkan kami masuk dan boleh melihat kawasan sekitar sahaja. memang cantik dan bersih kawasan sini. dan patutlah semua duk gilakan balinese garden. sebab garden mereka memang sangat cantik ok. Bunga kemboja atau fraginapani ini di angkat sebagai tanaman taman mereka yang sangat wangi dan indah. so kalu melihat ada pria atau wanita memakai bunga kemboja tu adalah perkara biasa. Tapi kalu kat Malaysia..kat kubur aje melambak bunga ini.

Selesai mengunjungi semua kami dihantar pulang ke Matahari Bungalow di Jalan Legian. Hotel yang bakal kami tinggal untuk 2 malam..off we go!

yang sempat disnap dari dalam van hihihi



bersambung.....