Assalammualaikum
Pernah dengar pasal vitamin C? Tahu tak tentang kebaikan vitamin C nih?
Kebaikan Vitamin C
Umum tahu kebaikan vitamin C, dan di sini saya ingin berkongsi banyak lagi kegunaan vitamin C dalam kehidupan kita.
- Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
 - Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
 - Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
 - Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
 - Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
 - Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
 - Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
 - Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
 - Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
 - Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
 - Merawat jangkitan saluran kencing.
 - Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.
 - ******************************************************************************
 
 Melayukini.net – Apakah Kebaikan Vitamin C? (Menarik!) |
 Penjagaan kesihatan amat penting terutamanya dalam pengambilanvitamin 
C. Daripada semua vitamin dan galian yang diambil oleh berjuta-juta 
orang di seluruh dunia,Vitamin C telah menarik lebih perhatian berbanding dengan yang lain selama lebih 30 tahun. Ia telah terbukti memainkan peranan yang penting dalam hampir semua aspek kesihatan kita dan berikutan itu,tidak hairanlah apabila ia diberi tarikan hebat dan menjadi bahan kajian kepada saintis sejak berdekad lamanya
Faedah Vitamin C tidak terhad kepada pencegahan sawan,sejenis penyakit berpunca daripada kurang daya tahan (imun).Kajian
 saintifik juga mendapati bahawa ia mempunyai potensi tinggi untuk 
mencegah sesetengah jenis barah, penyakit-penyakit berkaitan 
jantung,masalah alahan malah juga ketidaksuburan di kalangan lelaki.Ia
 juga diketahui mampu mencegah dan menyembuhkan jangkitan virus termasuk
 demam dan demam selesema. Ia juga penting untuk mengekalkan system 
imun(pertahanan diri daripada penyakit) agar sentiasa sihat.
Pada tahun-tahun kebelakangan ini para 
saintis telah meneruskan kajian tehadap vitamin yang ajaib ini.Antara 
lain, mereka menemui jawapan kepada persoalan seperti:?Berapa banyakkah 
Vitamin C adalah mecukupi??;?Apakah jenis Vitamin C yang terbaik?? dan 
?Adakah sebarang kesan sampingan jika Vitamin C diambil secara 
belebihan??
Fakta mengenai Vitamin C
Vitamin C adalah vitamin larut air dan terdapat banyak pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan segar.Ia amat penting untuk pertumbuhan gigi,tulang,tisu bawah kulit dan rawan yang sihat.
Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan 
kolagen menjadi lemah dan tidak aktif, selain itu juga sukar 
sembuh.Kekurangan yang berterusan boleh menyebabkan seriawan 
(skurvi-sejenis penyakit yang ditunjukan lemah seluruh badan,anema dan 
adema).Dalam sesetengah kes seriawan yang teruk,sel otot kadangkala 
merekah dan menyebabkan jangkitan mulut.Penghidap akan mula muntah darah dan boleh mengakibatkan pendarahan otak,demam panas yang seringkali membawa maut.
Mengapakah Vitamin C perlu untuk kesihatan?
Vitamin C adalah perlu untuk:
· Pembentukan gigi,tulang,tisu bawah kulit dan rawan yang sihat
· Mengekalkan system imunisasi badan yang kuat
· Mematikan radikal bebas merbahaya
· Mencegah barah dan penyakit kronik yang lain
Vitamin C adalah penting untuk 
metabolisme yang sihat kepada banyak fungsi tubuh dan memainkan peranan 
lebih kompleks dalam kesihatan kita daripada apa yang pernah 
diperkatakan.
Mengapa perlu mengambil Vitamin C setiap hari
Tubuh kita tidak boleh menghasilkan Vitamin C, yang sebagai vitamin larut air, ia tidak boleh di simpan. Vitamin C berlebihan yang tidak digunakan , dengan mudahnya di singkir keluar dari tubuh.
 Selain itu ia juga akan musnah akibat kepanasan atau terkena sinaran 
ultraungu seetangah jenis bahan tambahan dalam makanan , bahan kimia 
pertanian dan akan teroksida jika terdedah kepada udara.
Malahan ia begitu mudah termusnah 
sehingga kebanyakan vitamin C hilang sebelum makanan tiba di atas meja. 
Berikutan itu adalah penting untuk kita mendapatkan semula bekalan 
Vitamin C bagi memperoleh faedah optimum daripada vitamin yang 
menakjubkan ini. Perokok, mereka yang sering menghadapi tekanan dan 
pesakit yang sedang dalam proses penyembuhan meningkatkan pengambilan 
vitamin c.
*******************************
Sila baca fakta di atas dan fahamkan. Kini Aura Jelita Shoppe di FB menjual vitamin C yang mengandungi 1000mg Vitamin C untuk supplement seharian kita. Untuk kulit dan badan yang sihat mari cuba makanan kesihatan ini. Dapatkannya sekarang!
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you