Assalammualaikum
Semua dah tahu kan..birthday lisa pada 29.9.2012 sabtu yang lalu. So kami decided nak bawak alisa maisara ke PD untuk meraikan harijadi dia. Yeay...malam menjelang hari lahir dia tu..kolin duk nyanyi aje tuk dia..ngan imran of coz..so dia tahu dia 'happy birthday'. Paling lawak seawal pagi dia bangun dia kejut kolin dengan menyanyi lagu happy birthday tuk lisa berkali kali..waa seronok dia..dah 3 tahun lah katakan..so tau dah celebration birthday..
Kami bersiap-siap dan bertolak jam 2 petang sebab hubby bekerja separuh hari kan. Tapi bukan terus ke PD pun..sempat singgah makan dulu di Jalan Kuching tu. Dan selesai masuk ikut ampang sekali sangkut jem sikit-sikit. Ikut pulak jalan baru tu memang 20 minit dah sampai seremban. Tapi disebabkan nak ke PD harus tempuh la Bandar Seremban keluar ke plus untuk ke highway PD. Sampai aje dah pun pukul 4 petang ooiii...
Sampai kat pekan Port Dickson kami singgah beli kek jap. Alah saja nak potong kek dalam hotel..ngegada hahah. Masa ni lisa tido, so dia tak tau kami duk beli kek tuk dia. Terus laa kami menuju ke Selesa Beach Resort Port Dickson.
Masa sampai tu memang kolin dah booking awal pun. Minta seaview dan breakfast siap semualah. Macam biasa deposit RM100 lah mereka minta. Terus ke bilik dan kami dapat blok belakang...sbb nak seaview lah katakan. Bilik yang kami booking Club Deluxe. So memang selesa untuk kami yang berempat ini lah kan...yeay...
view from our balcony
our bed for that nite
the space that we have
besar kann..
and a spacious toilet
bila dah sampai aje..kami pun keluarkan lah kek untuk birthday girl yang baru bangun tido tu. Dia pisat-pisat mata..terus sengeh-sengih..suka lah tu ada kek kan. So kami berempat pun nyanyi lah lagi sekali yeay..
Happy birthday to u
happy birthday to u
happy birthday to lisa
happy birthday to u
Inilah cara keluarga kami menyambut kelahiran alisa maisara kali ini. Untuk abang imran lambat lagi bulan December nuunn ..sian abang kan. Selesai makan kek semua pun turun lah mandi manda...seronok lah sangat anak-anak termasuk pak dan mak anak sekali. Jangan tak tahu masa ini lah aku nak tunjuk skill berenang katak aku tau. Siap bawak google tu..waa masa tu practice lah bernafas bubble dalam air tu hahah. Teringat masa belajar swimming kat uitm dulu. Berbaloi gak lah dapat terapung-terapung diri dan bergerak dalam air. Boleh aku berlagak-lagak nanti kat pool.
Ok semua bersiap terjun!!
Selesai di pool kami sempat ke tepi pantai tuk main pasir dan mandi laut. Waaa memang kami lepas gian ler..terutama aku yang memang teringin nak mandi laut hahah. Ni adalah satu kesukaan aku dulu. Selalu dulu-dulu pergi ngan kamilah lah..sesapa lagi lah semata-mata nak mandi laut. Siap naik bas koo...tapi tu dulu..
so bila dah senja tu kami semua balik ke bilik bersiap-siap untuk keluar dinner. Makan dinner kat teluk kemang, batu 8 tu ada lah Nasreen Songkla Seafood. Harga bole tahan, makanan dihidangkan pun bole tahan, kami terus order Set 2. Ada tomyam poktek, udang goreng tepung (tapi rupa cekodok), kerapu sweet and sour, kangkung belacan dan 4 orang punye nasi. Memang habis lah semua lauk pauk termasuk nasi malam tu sebab kepenatan mandi manda petang tadi lah kut. Harga untuk set 2 tu RM60 sahaja. Balik saja hotel, semua dah keletihan dan tidur awal.
Keesokkan pagi, kami bersiap makan breakfast kat coffee house dan sekali lagi terjun kolam. Saja nak mengabiskan sisa-sisa waktu yang ada tu. Sebab cek out jam 12 tengahari kan...anyway lepas cek out kami terus balik ke jinjang. Sebab anak perlu ke sekolah dan kami pula nak berehat sebab esok mula bekerja.
Tapi yang penting kami sekeluarga dapat mengabiskan masa bersama. Dan alisa having soo much fun! wish we can do this again and again next time ~
peace
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you