Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Berbuka Puasa di Avani Sepang Gold Coast Resort, Bagan Lalang

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Hujung minggu yang lalu, saja kolin dan family nak berbuka jauh sikit dari Kuala Lumpur. Lagipun family kolin memang tak pernah datang ke Avani Sepang Gold Coast Resort yang terletak di Bagan Lalang, Selangor ini. Jadinya kolin pun ambil kesempatan lah, ajak makan angin sekejap sambil berbuka puasa. Bukan nak cakaplah, anak-anak kolin cukup suka betul dengan resort ini. Nanti ada masa memang nak holiday kat sini lah. 

Kami sampai waktu petang, jadinya memang dapatlah tengok matahari terbenam. Laut pun air pasang, lawa sangat pemandangan tempat ini. Lagi satu, dari ruang lobi nak ke Bila Bila Restaurant tu jarak hampir 800 meter. Kalau korang nak berjalan pun boleh, tapi lagi istimewa korang boleh naik buggy sefamily tau. Mereka bersedia untuk menghantar dan mengambil kita. Happy betul laa dapat naik buggy tu. Lawa view sini kan..patutlah ramai pelancong luar negara datang ke sini. 





kalau korang nak tahu, resort ini terletak di atas laut. Jadi semua chalet dapat lah tengok air laut. Dan kalau pemandangan dari atas macam dalam laman web mereka 
http://www.sepanggoldcoast-resort.com/ 
tu boleh lah tengok macam palm tree tu. Itulah keunikkan resort ini, atas laut, chalet satu-satu dan design palm tree. So jom lah kita tengok apa yang ada kat sini. Kali ini bukan staycation tau, hanya berbuka puasa. Tukar angin berbuka ambil angin laut. 



 Menunggu giliran nak naik buggy. Kami berlima hari ni, cik timah aka mama kolin join sekali nak berbuka. Saja laa ajak mama p makan jejauh  hihih. Yang lagi manis mereka semua belum pernah ke sini. Haaa..kolin adalah 2-3 kali ke sini. So memang masing-masing kagum lah dengan keindahan resort ini. Buat korang yang nak bercuti tapi malas nak drive jejauh elok lah tempah aje kat sini. Dekat aje jimat minyak dan petrol. 




Kalau tengok chalet ini memang teringat chalet yang kat pangkor masa bercuti dengan arwah abah dulu. Lebih kurang sama aje. So dah nak maghrib acara bergambar kenangan pun sudah. Kita pun pergi lah ke Restoran Bila Bila untuk berbuka puasa. Kat sini ada buffet, cuma bukanlah untuk berbuka sahaja. So pelancong dari luar memang dah ada yang siap makan dalam ni. Tapi korang jangan risau sebab semua satay, nasi mendi dan pelbagai hidangan di tambah pun. Jangan risau pasal makanan habis ok. Kolin suka betul makan ketam black pepper malam tu. Sedap !!!







Kat sini ada ruang dalam yang berhawa dingin atau pun kalau nak melepak makan sambil menikmati angin laut pun boleh. Ada infinity pool weii...nasib puasa  !! Kalau idakkkkk
ada yang terjun sama mandi kat sini. Best dan cukup besar. Di sebelah malam ada live band kat depan pool ini dan siap ada pelbagai persembahan api. Dah rasa macam percutian di luar negara pulak. Kalau diperhatikan banyak pelancong luar negara di sini. Ye lah...tempat cantik kan...


Jemput makan koranggggg...ini lah antara makanan berbuka yang sempat kolin ambil di barisan buffet tadi. Kuih muih ada, kek ada, buah ada...pilihan air pun ada 4-5 jenis untuk di pilih 




kalau ke buffet memang kolin tak makan nasi. Lebih kepada lauk pauk. Ini pun hasil berpuasa dan istikomah minum STEA Green Tea tu hampir 5 kg kolin kurang tahun ini. Hope boleh la kekal menurun ye. Target nak kecik sikit, supaya kekal sihat hehehe

So inilah dia sedikit perkongsian berbuka puasa di Avani Sepang Gold Coast Resort, Bagan Lalang. Simple tak ada buffet ramadhan yang sampai 200 menu tu pun. Yang penting kolin nak suasana tu sebenarnya. Memang lama jugak kami melepak kat sini. Seronok sangat, yang penting nak mandi kolam tu nanti hahah...


Lawa kan sunset kat sini...teringat Bali dan Yogya huhuhu
So korang ada berbaki beberapa hari lagi kan...Nak suasana begini, sila lah ye. Salam Ramadhan ke 26 !!

Love, 

Kolin Zainal 

5 comments:

  1. Punya la dekat ngan SA tapi lom pernah sampai kat sini lagi

    ReplyDelete
  2. bestnyaa ... kalau cici dah kecebur dah dlm kolam tu

    ReplyDelete
  3. baru2 ni zie baru dtg bercuti kat sini.. ok la best bawak anak2 jalan2 area kampong belakang tu..

    ReplyDelete

loving me..loving you