Monday, July 6, 2015

Resipi: biskut gula

Assalammualaikum

Hari ini dah ramadan yang ke 19 uolls...kolin dan family berangan-angan dan berazam tidak mahu membeli kuih tunjuk pada tahun ini. Boleh ke? haa korang tunggu ajelah nanti kalau azam itu berjaya hahah

Pada malam sabtu yang lepas, kolin dan anak-anak telah bertungkus lumus menghasilkan satu biskut yang super mudah dan simple. Namanya Biskut Jepun atau biskut gula yang kolin copy paste dari www.myresipi.com

Bahan-bahan nya ialah (dalam 40 biji aje nih)
  • 80g butter
  • 40g gula
  • 1biji kuning telur
  • 2 titik esen vanila
  • 100g tepung gandum
  • 1/4 sudu kecil baking powder
  • gula kasar
  • coklat chips 
Caranya ialah
  1. butter dipukul dengan gula hingga kembang.
  2. masukkan kuning telur dan esen vanila
  3. masukkan tepung gandum dan baking powder yg telah diayak 2 kali.
  4. tutup doh dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit
  5. ambil doh dan buat bulat kecik berdiameter 3cm. 
  6. golekkan dalam gula kasar dan letak coklat chips di atasnya. Jangan lupa tabur tepung supaya tak melekat bila kita letak doh atas dulang oven
  7. bakar dalam oven pada suhu 150 selama 10 minit. 

Mudah kan resipi ini, kolin dapatlah kolin buat bersama anak-anak. Seronok rasanya tradisi ini dapat kembali dan barulah raya meriah dengan biskut yang dihasilkan sendiri. kunun!!

Korang doakan lah kolin rajin buat biskut lagi wei.. sebab memang nak berjimat sangat daripada membeli yang dah siap. Tak banyak tak apa, janji ada buat makan-makan di hari raya nanti kan. 

Mentega tu nanti sebelum pukul kenalah potong kecil-kecil tau. Sebab takut nanti habis bersepah 
Maklumlah kolin ni amatur bab membuat biskut nih. Tapi semangat kental tau




Haa nasihat kolin nak buat resipi ini buat leper-leper macam chipsmore tu. 
Memang mudah dan sedap sangat biskut ini tau


Inilah rupa dah siap.. sebenarnya dapat banyak tapi anak-anak kolin duk sebat masuk mulut setiap kali suruh susun dalam bekas. Memang dapat pun sikitlah kan. Maklumlah baru sekarang mummy dia ajak buat kuih bersama-sama. Kepada semua yang baca blog kolin, terima kasih banyak-banyak ye.

Stalker, hater, friends or lover...thk you soo much

Selamat berkuih muih uollss

Love

Kolin Zainal

2 comments:

  1. Sedap makan biskut gula..tapi kene berhati2.kalau makan byk sgt gula nanti potong kaki..

    ReplyDelete
  2. sikit jer gula ni oiii haha

    ReplyDelete

loving me..loving you