Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Lunch Reunion

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Dah lama tak jumpa korang !!!!!! Haa tu lah ayat bila kawan baik dah lama tak jumpa kan. Dulu Sufia dan Farahain ini satu pejabat, tapi dedua dah berhijrah. So hari bahagia nan indah ini kami pun pergi lah makan tengahari bersama. LUNCH REUNION kata si farahain. Kami berdua turutkan aje. Mana lah tau lunch reunion tu menjadi satu kisah kenangan yang sadis untuk kami bertiga hahahhaha

Selesai makan tengahari tu, kami dah selesai bayar, selesai gossip, selesai chit chat, selesai peluk peluk lepas rindu nak ler balik. Sekali keluar dari simpang Seksyen 7 Shah Alam tu kereta mati uolllssssss.....boleh tak perasan minyak tak ada hahahhah..

Amek ko, kami bertiga duduk dalam kereta berpanas berdenting tu weiiiii...
Memasing cuak dah pegang telefon call sana sini, cari bantuan. Tapi rezeki kami sangat bila ada Noh kebetulan lalu tau. Kalau tak memang naya laaa....




 Lepas ini kan Farah kalau kau nak ajak REUNION lagi kan..

SILA ISI MINYAK DULU 

hahahaha...gembira dapat jumpa korang berdua. Terima kasih jua buat hero penyelamat kami. 
Nasib baik dia lalu, kalau tidak memang mati kutu nak pergi cari minyak tau. 

Ada rezeki jumpa lagi yaaaa....gonna miss both of you girls   πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“


Bergambar tepi jalan tengah panas pun boleh ye...Asal meletoppsss hahaha

Love, 

Kolin Zainal

makan ala 'shell out' bajet

assalammualaikum dan salam sejahtera

Buat sesiapa yang nak cuba makan 'shell out' bajet, kolin ada satu cadangan untuk korang cuba. Tak lah mahal sangat, sesuai untuk 2-3 orang dewasa. Walaupun iklan letak 3-4 dewasa tapi kolin rasa macam tak cukup. Tapi kalau korang jenis makan sikit boleh lah. Kolin anak beranak 2 dewasa dan 2 kanak-kanak pun ngam-ngam aje lah. Rasanya boleh sederhana sedap, mungkin masa akan datang mereka boleh baiki sikit rasa. Mana tahu salah satu hidangan tu boleh di tambah pedas dan banyakkan sikit kuah. 

Di sebabkan semua hidangan tu kering, jadi nasi yang nak makan pun tercari-cari kuah. Yang lelain ok aje. Suasana tempat makan, toilet dan pelayan di sini semua baik-baik. So jom kolin kongsi gambar dengan korang mana nak makan ala 'shell-out' bajet murah di Kuala Lumpur. 


Yang ini pakej paling murah kolin pesan, RM60. Ini lah saiz lauk pauk 'shell out' yang ada di An Nur Seafood yang terletak di Lot 2704 Jalan Raja Muda Aziz, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Betul-betul belakang parking Nasi Kandar LC di Kampung Baru tu. Tepi jalan dah nampak dah kalau dari arah General Hospital. 


Kolin ambil paling bajet. Kalau korang ramai ada pakej lain dan mungkin saiz hidangan lebih dari ini. Buat keluarga kecil kolin, memang sedang elok sahaja. Semuanya habis dan kenyang maka tiada pembaziran berlaku masa makan di sini. 

 Ini lah cara hidangan di lakukan. Semua lauk pauk dalam mangkuk di tuang satu persatu di atas meja beralaskan kertas yang disediakan. 



Inilah Pakej Starter yang berharga RM60.  Habis selesai, clear semua lupa pula kolin nak tangkap gambar. Tapi memang habis lah kami empat beranak makan. Korang kalau ada tempat lain nak kongsi dengan kolin, boleh lah tinggalkan komen kat bawah post ini. Boleh juga kolin pergi try tempat korang yang dah cuba tu. 

Semua sekali hari tu, inilah resit kami. Siap air, nasi dan pemanis mulut lah sekali bil ni. 


 Haa nampak tak. Set 1- Starter RM60. Lelain korang boleh lah baca sendiri. 
Nak cuba, sila kan lah. Ada yang lain, jangan lupa kongsi tau !!

Love,

Kolin Zainal 

Tahniah CHEWIES kerana berjaya menyertai Malaysia Book Of Records

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Tahniah buat CHEWIES !!!! kerana berjaya mencipta rekod untuk 'Penyertaan Paling Ramai Bagi Sesi Pengambilan Pastil Pengalak Imuniti' di bawah kategori Pencapaian Manusia 
Malaysia Book Of Records. 


Bila kita nak minta kanak-kanak mengambil suplemen mereka secara berterusan memang agak mustahil lah kan sebab dengan alasan terlupa dan sebagainya. Tapi CHEWIES telah berjaya mengumpulkan lebih 1,800 kanak-kanak bersama ibubapa dan guru untuk berkumpul bersama dan bergembira mengunyah pastil enak bagi tujuan menyertai  
MALAYSIA BOOK OF RECORDS. 

Bukan kanak-kanak sahaja yang seronok, kolin pun tumpang seronok juga. Memang meriah dan ramai sangat yang hadir sama bagi merealisasikan impian ini. Menurut kata CEO AJ Research & Pharma (AJRP) Sdn. Bhd. iaitu Mr. Javed Ghulam Muhammad, kanak-kanak di antara usia 5 sehingga 12 tahun pasti gembira untuk mengambil bahaigan dalam cubaan mencipta rekod ini memandangkan pastil Chewies Immunolicious sememangnya enak, di samping meningkatkan lagi sistem imunisasi mereka.  

Itu yang pepagi lagi kolin dan anak-anak dah sampai ke Sunway Lagoon bagi menyokong usaha ini. Memang excited sangat !!


Cubaan mencipta rekod ini juga bagi memberi pendedahan kepada semua ibu bapa di Malaysia agar melindungi diri anak-anak dan mereka dari kuman dengan membina sistem imun yang kuat. Jadi kalau nak kurang terkena demam atau apa sahaja sakit. Kita kenalah makan supplemen untuk ketahanan tubuh badan kita kan. Dengan Chewies memang bagus untuk pembesaran kanak-kanak. 
Bertempat di Sunway Amphitheatre rekod ini telah berjaya dicipta. Lagi best semua peserta yang telah menyokong usaha ini diberikan ganjaran untuk bermain satu hari di Sunway Lagoon. Terima kasih CHEWIES !! Kami memang seronok !!

Pelbagai acara turut di adakan. Antaranya ada penampilan dari Maskot Chewies, aktiviti bersama Super Chewies dan juga persembahan badut dengan magiknya yang mencuit hati. 




Dan ini lah penyerahan sijil yang CHEWIES telah berjaya mencipta rekod ini. 


Chewies Immunolicious (pastil) diperkaya dengan Wellmune - sejenis gluco ploysaccharide diperoleh daripada penapisan yis yang cukup baik. Yang bertindak sebagai pengalak sistem imun semula jadi bagi kanak-kanak dan jua dewasa, dimiliki oleh AJRP dan boleh didapati dalam perisa Mega-Mango, Super Strawberry dan Ultra- Orange. 



Terima kasih CHEWIES. Jadi jangan lupa kita sebagai ibubapa kena pastikan anak-anak kita mempunyai tubuh badan yang kuat dan sihat. Mudah sahaja dengan Chewies, sebab warna dan rasanya yang sedap, kolin pasti anak-anak korang suka makan jugak. Macam anak kolin si Ali Imran dan Alisa Maisara. Memang senang nak suruh makan supplemen yang ini. Terima kasih jua kepada Chewies sebab bagi kolin sekeluarga bergembira satu hari di 
Sunway Lagoon. 





Tahniah CHEWIES !!!


Love, 

Kolin Zainal

PHARMATON MEMBERI GANJARAN TERHADAP PENCAPAIAN ANDA


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Keazaman boleh datang dalam pelbagai cara. Sesetengah individu berjanji untuk mengamalkan pemakanan yang lebih baik, memilih hobi baharu, meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga mahupun nak berhenti tabiat buruk. Namun seperti yang diketahui umum, ia bukan mudah untuk dicapai kan. Pada 2017, Pharmaton ingin memberikan ganjaran kepada mereka yang bersemangan untuk mengekalkan azam tahun baru dan mencapai pencapaian yang lebih besar serta baik sepanjang tahun ini !
Disebabkan Pharmaton memahami bahawa suatu pengiktirafan mudah dilupakan, jenama berkenaan memperkenalkan kempen terbaru, "Ganjran Pencapaian Anda" yang mengalakkan rakyat Malaysia untuk mengimbau pencapaian mereka pada 2016 dan meraikan usaha keras yang diberikan di samping memberi rangsangan agar mereka dapat memenuhi azam bagi tahun berikutnya. 
  
 15 orang rakyat Malaysia akan di taja Pharmaton dalam mencapai matlamat tahun 2017 mereka. Pemenang terpilih ini akan diberi pilihan untuk memilih bidang yang ingin dicapai daripada empat teras yang berkaitan iaitu kesiharatn, pembangunan diri serta mengembara. Bukan setakat itu, salah seorang daripada 15 orang pemenang ini akan berpeluang memenangi pengalaman memasak istimewa bersama Chef Selebriti dan duta jenama Pharmaton iaitu Sherson Lian yang mana beliau akan mengajar penyediaan hidangan khas berdasarkan teras utama yang dipilih peserta.
Sherson Lian yan dinamik, berjaya dan penuh bertenaga yang juga merupakan personsifikasi sempurna seorang penguna Pharmaton. Komited juga untuk mengambil bahagian dalam kempen ini. 
Untuk menyertai peraduan 'Ganjaran Pencapaian Anda' ini isi borang yang disediakan dan kongsikan bersama kami mengapa anda patut menang dalam 30 patah perkataan atau kurang. Anda kemudian boleh menghantar borang peraduan yang lengkap ke dalam sebuah kotak pungutan atau menerusi Whatsapp di talian 017-2352930. 
Pencapaian yang paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang. Untuk lebih maklumat sila layarwww.pharmaton.com.my  
Love,
Kolin Zainal   

Serenata Spa

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Buat ibu-ibu yang tak ada masa memandu untuk pergi SPA atau mengurut badan. Kini Serenata Spa iaitu mobile spa akan ke rumah anda sendiri untuk mengurut. Haa..mudah kan !! Menurut pengalaman kolin kan, kalau korang mengurut memang badan, kaki dan sebagainya di lumurkan dengan minyak. Lepas tu nak sarung balik baju dan drive balik memang tak best. Melekit, badan dah letih dan sebagainya. 

Itu lah sekarang dah senang, selepas mengurut di ruang selesa di rumah sendiri korang boleh terus rehat dan tidur. Andaikata ambil cuti sehari, urut sebelah pagi dan terus rehat sampai ke petang, bukan ke nikmat tu wahai kaum ibu. Sempena Hari Wanita Sedunia, 8 Mac 2017 kolin berbesar hati nak share promosi dari Serenata Spa untuk korang semua yang blogwalking blog kolin ini. Terima kasih sudi membaca ye. 


Tapi kolin nak maklumkan nombor telefon di poster tu dah out of service. Jadinya untuk korang yang nak call untuk tempahan call nombor baru ini tau 

013-3884043

Call cepat dan tempah sahaja slot korang segera. Ada promosi 2 jam traditional massage harganya cuma RM150 sahaja dan dapat full body scrub. Mana korang nak dapat harga mcam ini dah lah tak perlu kelur dari rumah pun. Tak ada duit petrol dan jua tol tau. 

Lagi best tilam, bantal, tuala dan sebagainya disediakan oleh pihak Serenata Spa. Korang cuma perlu sediakan ruang untuk berurut. Selainnya serah kepada yang pakar ye. 

 Jagalah kesihatan, jaga kecantikan. Kolin doakan semua sihat dan cantik selalu ye
Visit IG mereka untuk lebih banyak promosi ya www.instagram.com/serenataspa

Love 

Kolin Zainal 

Percutian keluarga lebih menarik di The Gurney Hotel & Residences Penang

 assalammualaikum dan salam sejahtera

Ingat lagi tak tentang review kolin menginap di hotel ini selama dua malam? Kalau tak ingat ada apa dalam Suite 2 Bedroom korang boleh klik link ini ya.





 Tak lengkap rasanya kalau review hotel tak bercerita pasal kemudahan yang ada di The Gurney Hotel & Residences Penang. Kolin berpendapat hotel ini amat sesuai untuk korang yang nak bawa anak-anak bercuti sekolah nanti. Sebab semua kemudahan beriadah ada di tingkat 7 hotel ini. Untuk yang muda sehinggalah untuk orang yang tua. Yang pasti Tingkat 7 ini memang akan menjadi igauan anak-anak korang. 


Yang ini kolam infiniti atau Infinity Pool kata orang putih. Kolam sebegini memang tengah jadi trend setiap hotel. Tapi yang best kat sini view dia nampak laut weiii...seluas-luas mata memandang. Kolam yang mempunyai kedalaman 1.5 meter ini sesuai untuk kita yang memang nak beriadah dan melihat sunset atau matahari terbenam kat sini. The best view ever !!!! I enjoyed tengok matahari naik dan terbenam selama 2 hari menginap di sini. Priceless !!!




Kolam yang tu untuk dewasa kan. Tapi untuk kanak-kanak pun tak kurang menarik wei..siap slide dan lapang sangat untuk anak-anak. 



Best kan !! Dah macam taman tema air dah. Siap ada mushroom besar tu, Slide pun kiri kanan, sure anak-anak korang akan suka melepak mandi manda kat sini. Kekadang penginapan yang kita nak pilih untuk bercuti penting semua ini kan. Ini cara kolin lah kalau mencari percutian keluarga. Semua kena menang-menang, kalau tak nanti tiada kenangan manis buat anak-anak. 

Selain itu ada juga indoor games yang korang boleh cuba di Tingkat 7 hotel ini. 




Gym ada juga, tapi open air lah. Basic machine sahaja, korang boleh lah kalau nak try work out kat sini. Kolin workout bergambar aje boleh ler hahahhahah

Buat yang nak smoking pun ada tempatnya tau. Steam bath, sauna dan bola tampar pasir pun ada. Memang lengkap kan riadah kat sini. Kalau dah boring nak ronda town Penang, satu petang sebelum korang nak balik boleh lah habiskan sepanjang hari melepak aje kat tingkat 7 ini. The Gurney Hotel & Residences staff dia baik-baik. Korang ada masalah cari aje staff mereka ok. Terima kasih buat Nik yang membuatkan kolin selesa sangat sepanjang menginap di sini. Jasa dan budi baik awak semoga Tuhan saja membalasnya.




Jangan lupa sewa sekali pelampung besar ini kalau mandi di kolam tu tau. Tangkap gambar lawa sangat huhuh. Terima kasih The Gurney Hotel & Residences. Hope to see you again ya....


Love, 

Kolin Zainal