Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Wawa Zainal Duta Terbaru Galeri Tudung Hajra

assalammualaikum dan salam sejahtera

Berita baik untuk kawan-kawan semua yang suka nak cuba koleksi baru. Kini Galeri Tudung Hajra memberikan banyak pilihan bagi tudung dan hijab yang bersesuaian untuk kita semua.
 Inilah Duta terbaru mereka iaitu pelakon kecil molek Wawa Zainal. Comel kan!


 

 Galeri Tudung Hajra yang terletak di Bandar Baru Bangi telah berbesar hati mengadakan Sesi Meet & Greet Bersama Wawa Zainal pada hujung minggu yang lalu bagi memperkenalkan koleksi terbaru mereka. Semua harga jualan ada potongan harga tau, banyak sangat koleksi terbaru yang menampilkan selendang dua muka, instant shawl, long shawl, shawl butterfly dan berbagai lagi. 

Diskaun dan tawaran yang diberikan memang berbaloi, 3 helai untuk RM100 pun ada. Koleksi terbaru dari Galeri Tudung Hajra ini sememangnya menepati selera pengemar hijab masa kini.

Lebih banyak warna pastel dan lembut yang digunakan. Sesuai dengan Duta terbaru mereka iaitu Wawa Zainal yang lemah lembut dan comel. Warna-warna yang pasti korang semua tak boleh nak tolak nak cuba pakai. Lihat lah sendiri tudung-tudung yang digayakan oleh Wawa dan model tu. Semua lawa-lawa, tampil lembut dan tampak segar kan.


Ayna, Mieza, Wani, Nurfa dan Kolin

 Memang rambang mata kolin dan kawan-kawan lain nak pilih koleksi tudung yang ada. Terutama Instant Fathia yang memang menambat hati. Siap ada inner dan memang kemas sangat bila disarungkan. 
Harga yang ditawarkan pun berbaloi sangat dengan kualiti di Galeri Tudung Hajra. Terima kasih juga kepada Galeri Tudung Hajra yang menyediakan layanan terbaik buat semua pelanggan. Orang memang ramai, tapi korang jangan risau, pekerja di Galeri Tudung Hajra memang banyak membantu.


Sebelum shopping sempat kolin posing dalam kedai. 
  
Bagi semua yang nak shopping dan dapatkan potongan harga istimewa dari Galeri Tudung Hajra,
 jangan lepaskan peluang korang berjumpa dengan Wawa Zainal pada 23 April ini jam 10.00 pagi sehingga 2.00 petang di Bandar Baru Uda, Johor Bahru. Manakala pada 30 April 2016 di Galeri Tudung Hajra yang terletak di Shah Alam yang belakang Jakel tu. 

Banyak hadiah misteri menanti anda dan potongan harga hebat tau. Boleh lah shopping untuk raya. Sebelum itu kolin jamu mata korang dulu lah. Silap-silap boleh selfie Wawa Zainal yang comel tu kan.
Ini antara seleksi terbaru dari Galeri Butik Hajra, koleksi Wawa Zainal.


Warna-warna ceria, yang ini tak perlu gosok pun. Siap untuk di sarung terus, 
senang kalau bersiap ke pejabat kan.


Yang ini selendang untuk tampil sedikit glamor. Diskaun dari RM105 kepada RM35 sahaja sehelai.


Gambar sebelah kiri tu, Instant Qalesya yang tak perlu digosok pun.
Dari RM68 untuk sehelai kepada RM39 sahaja sehelai tau.
Lagi jimat beli 3 helai dengan harga RM100 sahaja. 
Boleh lah beli untuk adik-beradik dan kawan-kawan kan.

Instant Lyla dan Instant Fathia pun menarik untuk korang cuba.
Yang bubble chiffon ada soft chiffon pun ada.. Koleksi dari Wawa Zainal ini banyak sangat pilihan sehinggakan Kolin pun dah tak tahu nak pilih yang mana satu. 
Semuanya praktikal dari tudung polos sehinggalah yang bercorak geometri, abstrak 
dan motif bunga pun ada. Tinggal nak pilih mana satu yang berkenan sahaja.

Kalaulah tak puas tengok gambar-gambar ini korang semua boleh lah
kilik dan layari laman web rasmi mereka iaitu Galeri Butik Hajra
Sekarang ada potongan harga istimewa untuk di order. Jangan habis nanti menyesal pulak. 
Atau lagi mudah layari laman media sosial mereka di  
 
kredit gambar kepada Facebok Galeri Tudung Hajra

Jangan lupa datang ke Galeri Tudung Hajra di Johor Bahru dan juga Shah Alam nanti.
Dengan potongan harga yang ditawarkan boleh juga kita berjimatkan. Yang penting kita tampil lawa dan menarik dengan koleksi tudung berbaloi dari Hajra. Kolin pasti korang akan jatuh cinta dengan koleksi mereka yang terbaru ini yang menampilkan Wawa Zainal.

Love, 

Kolin Zainal


Fresh To Go dari 7 Eleven

assalammualaikum dan salam sejahtera

Ingat tak dulu kolin pernah share pasal Fresh to go dari 7 Eleven? Kalau tak ingat ada di sini


Ada pelbagai jenis hidangan makanan yang korang boleh dapat di sini ada nasi goreng, sandwich, salad, roti, kek dan pelbagai lagi. Lagi best rangkaian Fresh To Go dari 7 Eleven adalah dijamin kesegarannya. 
 Ini contoh yang ada kalau korang semua ke 7 Eleven dan nak cari Fresh to Go



Korang sedia maklum kolin adalah seorang ibu yang bekerja. Nak cerita perjalanan kolin balik hari-hari dari Shah Alam ke Jinjang Utara memang lah jauh ditambah pulak dengan kesesakkan lalu lintas pula kan. 
Jadi kolin memilih Fresh to Go untuk keluarga kolin. Lagi pulak kolin mempunyai dua orang anak yang sedang membesar. Kali ini kolin singgah di 7 Eleven dan kami dapatkan kek dan roti bagi alas perut sebelum makan malam. Sebab kami semua nak makan malam bersama Papa kan. Jadinya penyelesaian terbaik ialah pergi ke 7 Eleven dan dapatkan Fresh to Go.


Inilah pilihan kami untuk makanan waktu minum petang sebelum makan malam. 
Kolin memilih sponge kek, Alisa memilih muffin coklat dan Imran memilih roti cheese stik untuk alas 
perut sebelum makan malam. Jangan tak tahu, semua ini disediakan segar hanya di 7 Eleven. 


Mudah dan sedap untuk pilihan kami seisi keluarga sebelum menjamu selera dengan makan 
malam sebagai sebuah keluarga yang lengkap. 


Lihatlah sendiri, anak dara kolin suka giler dengan Muffin Coklat dari Fresh to Go.
Korang patut pergi dan cuba tengok seleksi hidangan makanan yang ada. Paling kolin suka adalah
nasi goreng kampung dan nasi lemak. Esok boleh cuba untuk lunch pula.

Fresh to Go dari 7 Eleven adalah terbaik untuk ibu yang sentiasa nak cepat macam kolin ini. 
Senang dan mudah, dah siap makan boleh lah anak-anak pergi mengaji atau tuition kan. 
Jangan lupa singgah 7 Eleven ok!

Love,

Kolin Zainal

Santuari Ikan Sungai Chiling

assalammualaikum dan salam sejahtera

Balik dari Fraser Hill kolin sekeluarga sempat singgah kat sini. Sebenarnya pelik kenapa banyak sangat kereta parking kiri dan kanan jalan. So kami berhenti dan lihat sendiri keindahan alam yang ada di sini.
Macam yang ada di papan kenyataan Waktu buka adalah hari Jumaat sehingga Ahad dari 8.00 pagi sehingga 6.00 petang. Kalau tak silap kolin, kita boleh tengok ikan kelah kat sini tau.


Ini adalah pintu gerbang nak masuk ke kawasan ini. Memang berpalang so kereta tak boleh masuk. Parking sahaja elok-elok di kiri dan kanan jalan. Hati-hati sedikit sebab jalan agak sempit jugak lah.


Sangkaan kolin dekat nak tengok sungai tu. Tapi kena juga berjalan kaki dalam 300-400 meter ke dalam. 


Inilah keadaan jalan untuk masuk ke Sungai Chiling. Jalan sahaja perlahan-lahan, tapi dari sini dah boleh dengar air terjun. Seronok kalau mandi sungai cuaca panas kan.


Inilah keadaan Sungai Chiling. Baru lah kolin tahu, rupanya kita boleh berkhemah di kawasan ini. Tapi segala sampah yang ada kita kena bawak balik. Maknanya kalau korang berkhemah di sini bawa air kotak, plastik makanan semua bungkus masuk plastik dan bawa balik. Tak boleh tinggal di sini.

Kolin dapat tahu kena naik ke atas lagi kalau nak tengok ikan kelah yang best. Tapi kolin ada bawa warga emas bersama so kami semua melepak di sini sambil menikmati keindahan. Ada juga tau ikan, bukan takde..



Haa nampak tak ikan hahaha. Ada tu ikan, melepak-lepak kat kaki kolin. Bestnya laa kalau dapat berkhemah di Sungai Chiling ini. Tapi aku penakut, baik tak payah ahahah



Masing-masing dah main air sungai dah masa ini. Sebab tahu kolin ada bawa baju lebih dalam kereta. Anak-anak biasa lah mana boleh jumpa sungai kalau tak mandi kan. Memang dah mandi kuyup. penat lah nak berjalan keluar balik tu. Terasa jauh laaa pulak kan.

Kepada korang yang suka aktiviti macam ini, tak jauh pun dalam satu jam setengah dari KL untuk teroka tempat ini. Mana tahu boleh jadi tempat melepak korang. Untuk kolin sekadar datang siang hari aje lah, nak berkhemah memang agak payah. Sekali seumur hidup aje pernah berkhemah. Itu pun di Pulau Pangkor. 
Lawaknyaaa tak ingat sebab aku memang penakut hahaha

Inilah Santuari Ikan Sungai Chiling, Cintai lah Sungai Kita

Love, 

Kolin Zainal

Pengalaman naik komuter pergi kerja !

assalammualaikum dan salam sejahtera

Nak dijadikan cerita kolin ni duduk di jinjang utara dan kerja di shah alam. Hampir 7 tahun berulang alik dan kadang-kadang rasa letih sangat mengadap jem hari-hari. Semalam aku gedik tak mau drive tapi nak naik komuter hahahha. Lets the story begin, pukul 6.45 pagi keluar rumah, parking kat taman wahyu. Tiket kolin beli jam 7.01 pagi. Dalam 5 minit selepas itu tren komuter pun sampai.


Selesa sangat duduk dalam tren komuter ini. Sebab ada ladies coach, berhawa dingin, tak sendat 
pun. Masa ni kolin dan sengih-sengih, suka laa kunun sehari tak hadap jem tu kan.

Tapi tren kolin tak direct ke shah alam, kolin tukar tren kat KL Sentral untuk 
hala ke Shah Alam. Ok sangat, ada pegawai polis wanita jaga, lagi sekali 
naik ladies coach yang sangat selesa. Memang tak penat pun !!! Sebab
boleh buat aktiviti tidur-tidur ayam rupa mak hayam hahahaha

Sampai kat Shah Alam keluar dari stesen kolin terus naik bas Selangor Ku yang percuma tu.
Inilah laluan yang dilalui oleh bas Selangor Ku. PERCUMA !!!
Selesa, tak ramai sangat orang, bas pun bersih.


Malangnya aku sampai lewat ke pejabat hahahaha
Mungkin kolin kena ada di stesen taman wahyu pukul 6.30 pagi 
untuk sampai ke pejabat tepat jam 8.30 pagi. Maknanya lama laa juga perjalanan kolin kan.
Cuma tak penat lah nak drive hadap jem hari-hari. 


Muka GAGAL nak gunakan pengangkutan awam ke tempat kerja.
So esok aku drive lah kereta balik macam biasa. Sorry lah bos, saya cuba hari ini
tak sangka gagal masuk on time huhuhu...

So masa balik tunggu bas Selangor Ku depan MBSA tu, sampai stesen komuter
Seksyen 19. Tren sampai pukul 6.00 petang, tukar tren bagai-bagai sampai rumah jam 7.30 malam.
Tak berbaloi dengan masa yang diambil, tapi tak penat. Berbaloi bab yang itu.

Harap ada tren laju-laju dari KL ke Shah Alam tak lama lagi.
Boleh lah naik pengangkutan awam dan tak de lah jalan raya sesak kan.

Aktiviti aku suka bila dalam tren...TIDUR Hayam Hayam hahahha
kalau dalam kereta, memang tak dapat lah weiii


tapi lagi gembira semalam ada kawan tanya pengalaman aku naik tren. 
terima kasih sebab concern uollssss...
Ternyata sebenarnya aku happy giler naik pengangkutan awam hahaha


haaa..tapi kolin duk ladies coach tau..
ni cuma gurauan kasar nak mengeratkan silaturrahim. Terharu ada kawan ambil berat.

So try lagi bulan depan hahahah!!! Buat sementara waktu ini kolin drive laa dulu 

Love,

Kolin Zainal

Magic Jelly dari Lovera Malaysia

assalammualaikum dan salam sejahtera

Kali ini kolin nak kongsi dengan korang semua mengenai Magic Jelly dari Lovera Malaysia. Sebelum itu, serba sedikit mengenai Magic Jelly ini. Gel Kecantikan Serbaguna yang diperbuat daripada 4 bahan semulajadi yang paling berkesan di dalam menyelesaikan masalah kecantikan dan juga kesihatan.

Aloe Vera, Timun, Sengkuang dan Bunga Chamomile adalah bahan utama dalam penghasilan Magic Gel dari Lovera Malaysia.


Keluaran Lovera Malaysia ini mempunyai lebih 25 kebaikan dalam 1 botol. Teksturnya ringan, cepat meresap dan langsung tidak melekit. Lagipun ianya tidak mempunyai sebarang bahan berbahaya malah berdaftar dengan KKM. So tak payah nak rasa takut nak guna Magic Jelly ini.

Kolin diberikan peluang mencuba produk ini. Kolin mempunyai masalah tumit kaki yang kasar akibat banyak memakai kasut tinggi dan driving tidak mengunakan kasut. Memang kasar sangat kawasan tumit tu. Jadi, kolin trial 5 hari sapu nipis-nipis Magic Jelly ini di kawasan tumit kaki selepas mandi. 

Alhamdulillah, pada masa kolin menulis review ini, tumit kaki kolin makin lembut. Dapat lah mengelakkan masalah tumit merekah kan. Untuk jerawat pun kolin gunakan juga. Dalam masa 24 jam, jerawat batu surut serta merta. Paling kolin suka, lepas basuh muka, sapu kawasan yang ada jerawat. Tak berminyak langsung!



Nampak kan kawasan tumit kaki kolin dah makin ok. 
So korang jangan lupa cuba Magic Jelly ini. Tak rugi pun sebab boleh pakai untuk semua orang. 
Untuk hilangkan ruam lampin, merawat luka dengan cepat, mencerahkan kulit, memudarkan parut, melembabkan bibir kering, menguatkan akar rambut dan banyak lagi.

Nak lihat apa testimonial dan cara pengunaan Magic Jelly ini jangan lupa layari link di bawah


Sekarang Magic Jelly memang selalu ada dalam handbag kolin. Everytime basuh muka terus sapu ke bahagian muka yang ada masalah. Tumit kaki pun dah makin sihat. Rugi korang tak cuba.

Love,

Kolin Zainal

Kempen #DontWorryMom dari Seven Seas

assalammualaikum dan salam sejahtera

Bagi yang belum tahu Seven Seas adalah salah satu jenama supplement atau makanan tambahan di bawah Merck, dan mereka adalah yang paling lama di dalam dunia pharmaceutical dan chemical di dunia.
Seven Seas percaya kesihatan bermula dengan nutrisi yang baik. Oleh itu dengan adanya kepakaran dan standard yang bagus dari mereka Seven Seas mampu menyediakan supplement yang terbaik buat seisi keluarga. Ditubuhkan dari tahun 1935 dengan memperkenalkan Cod Liver Oil kini pelbagai makanan tambahan telah dihasilkan malahan untuk kanak-kanak juga. 

Baru-baru ini kolin telah dijemput untuk menghadiri pelancaran kempen #DontWorryMom yang diadakan di Kidzania. Kempen yang memberikan kita kesedaran mengenai kesihatan dan keperluan anak-anak kita ini bakal memberikan impak yang besar kepada kesihatan mereka. Kalau nak tahu sekarang ini Seven Seas ada rangkaian supplement yang terbaik. Produk mereka di bawah "Little One' termasuklah Kids Multivitamin Syrup bresama Cod Liver Oil, Kids Probiotic Multivitamins dan mempunyai perasa 3 gummies yang berbeza. Setiap produk ini mempunyai pelbagai nutrisi dalam membantu tumbesaran kanak-kanak. 


Acara dimulakan dengan ucapan dari Mr. Richard Lee, General Manager of Merck Consumer Health Divison, Malaysia. Meceritakan kejayaan Seven Seas beliau juga menyatakan kempen #DontWorryMom bakal memberikan pelbagai aktiviti menarik sepajang tahun termasuklah khidmat komuniti. Mengucapkan terima kasih kepada semua media yang hadir, beliau juga berkata semoga sokongan dalam menyebarkan mesej yang positif kepada masyarakat bakal berteruskan . Dan sekali gus melancarkan filem web yang pertama dari Seven Seas. 


Pelancaran dan gimik oleh Seven Seas bagi pelancaran kempen #DontWorryMom



Bagi memberikan lagi gambaran sebenar mengenai Khidmat Komuniti yang bakal dilakukan oleh Seven Seas. Aktivitis terkenal iaitu Encik Syed Alhabshi dijemput memberikan sedikit penerangan. Menurut beliau, seramai 6,000 kanak-kanak di Malaysia bakal menerima manfaat dari #FreeCanteen dimana ianya adalah usahasama kali pertama bersama Seven Seas.

Kebanyakkan murid yang berumur dari 4-7 tahun dan 7-10 tahun mempunyai masalah rendah nutrisi mungkin juga kerana masalah pendapatan keluarga yang rendah. Dengan program #FreeCanteen, kanak-kanak ini mampu dibekalkan dengan makanan yang sihat dan lebih baik untuk mereka. 

Tujuan yang sama di antara program #DontWorryMom dan #FreeCanteen yang menyasarkan kanak-kanak. Ibu bapa dan orang ramai dapat melihat sendiri bagaimana khidmat komuniti bakal membantu anak-anak di pra sekolah dan juga sekolah rendah. Semoga semua sumbangan yang diperolehi dari pembelian supplement kanak-kanak Seven Seas mampu merealisasikan semua ini. Setiap satu pembelian Kids Vitamins dari Seven Seas sebanyak RM1.00 bakal disumbangan bagi program #FreeCanteen. Menarik kan!!! Dalam kita membeli makanan tambahan bagi anak-anak kita, dalam masa itu juga kita menderma untuk anak-anak yang kurang bernasib baik. 


Sharing by Moms yang disertai oleh ibu kepada seorang anak iaitu Amber Chia dan dua orang ibu yang lain berkongsi pengalaman dalam membesarkan anak-anak mereka. Mereka yang mempercayai jenama Seven Seas telah memberikan supplement semenjak umur mereka 5 tahun lagi. Maknanya belum terlambat bagi kita ibu-ibu di Malaysia untuk mengamalkan pemakanan tambahan bagi anak-anak. 


 Kolin berharap kempen #DontWorryMom bakal mendapatkan tempat di hati semua ibubapa di Malaysia. Malah kita juga dapat membantu bagi menjayakan kempen #FreeCanteen juga tau. Kepada yang ingin menyaksikan movie online pertama dari Seven Seas anda boleh lah melihatnya di  


Jangan lupa dapatkan makanan tambahan untuk anak-anak korang dan disamping itu boleh juga menyumbang untuk projek #FreeCanteen. 


Jangan lupa hashtag #DontWorryMom ya..

Love,

Kolin Zainal