Tidak disangka bahawa pandemik COVID-19 adalah suatu yang baharu dan amat mencabar bagi rakyat Malaysia. Penguatkuasaan langkah-langkah sekatan pergerakan juga menyebabkan perniagaan terpaksa digulung dan individu kehilangan pekerjaan.
Di peringkat global, barisan pertahanan pertama bagi penyakit berjangkit adalah untuk mengamalkan tabiat kebersihan yang baik dengan kerap mencuci dan menyahkuman tangan menggunakan cecair pensanitasi tangan berasaskan alkohol.
Sehubungan itu, Antabax, jenama penjagaan diri antibakteria Halal No. 1 di Malaysia, memperkenalkan kempen “I am Back In Action” (“Saya Kembali Beraksi”) atau singkatannya #imBAXinAction yang bertujuan untuk menghimpunkan rakyat untuk bersatu-padu dengan lebih kukuh dalam era norma baharu.




