Assalammualaikum semua. Selagi tak tamat cuti sekolah sempat lagi kut kolin kongsikan mengenai pengalaman kami ke Zoo Taiping & Night Safari Park. Kebetulan kami balik ke Kedah minggu lalu, dalam perjalanan balik tu, hari isnin minta en. suami masuk Taiping. Memandangkan masa tu baru jam 3.00 petang. Sempat lah kolin google masa tu, tengok buka atau tidak. Mana lah tau 'under renovation' ke apa kan. Tapi memang rezeki percutian cuti sekolah, dapat juga anak-anak pergi Zoo Taiping. Nak ke Night Safari lain kali lah. Tapi nanti kena cari homestay lah di Taiping. Dan kolin dapat tahu, Taiping banyak sangat tarikan yang tersembunyi. So nanti explore!
harga tiket murah aje. Untuk 2 orang dewasa dan 3 orang kanak-kanak cuma RM56.00 sahaja.
Dari tol Taiping ke Zoo Taiping tu ambil masa lebih kurang 20 minit. Jalan kampung agak slow la sikit dan ada lampu isyarat kan. Itu yang buat lambat sikit. Tapi korang tak akan boring lah masuk town Taiping, macam-macam benda boleh tengok. Kolin dan suami dan teringin durian dah masa tu. Rupanya durian batu kurau dah mula laaa. So yang itu aim masa nak balik nanti!







