Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Pengalaman kedua Video Shooting

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Syukur dapat peluang lagi sekali video shooting. Memang rezeki jangan ditolak, musuh jangan di cari. Terima kasih kepada PR yang sudi mengupah kolin. Mempercayai yang kolin boleh tampil depan kamera. Tapi video kali ini tak keluar kat mana-mana, cuma akan digunakan masa event susu tu kut. Tapi pengalaman kedua yang hebat buat kolin sekeluarga lah. 

Cuma kali ini bukan lah shooting kat rumah. Tapi ada lokasi lain, lah. Ada dua scene, mula-mula kolin di interview dengan soalan lah. Dan yang kedua kolin dan keluarga..cuma lupa nak tangkap gambar masa kami sekeluarga beraksi untuk shooting tu hahaha.

Bukan lah nak jadi artis ker retis ker, cuma nak menimba pengalaman. Yang paling penting ini kan peluang !!


Disebabkan shooting sekeluarga, Alisa pun mekap lah sekali. Nak nampak cantik katanye hahha


Haa tu dia, berangan mekap-mekap dengan MUA katanya. Sayangnya masa kami berempat sekeluarga beraksi tak ada gambar. So event pada pada Ogos nanti kena lah pergi tengok video sendiri hahaha. Kita bukan duta awak ...kita penampilan sekali aje. Harapan kolin, semoga lebih banyak lagi peluang buat kolin dan sekeluarga. Terima kasih PR 😍

Terima kasih membaca

Love, 

Kolin Zainal


Resipi: Masak dodol guna pressure cooker

Assalammualaikum dan salam sejahtera 

Masak dodol dalam pressure cooker? Ye tijah, limah, kiah memang boleh oii. Pipah dah buktikan uolss. 

Hahahaha itu ayat kalau bercakap dengan kawan-kawan depan mata lah. Tapi dalam blog ini ada yang kolin tak pernah pun jumpa kan. So ini lah kolin nak kongsi yang korang boleh masak dalam pressure cooker masakan tradisi kita selama ini ialah DODOL. Selama ini kan, nak makan dodol punya lah payah nak sediakan. Memang kena kacau lama, berpanas laa seharian, kepenatan untuk hasilkan dodol. Tapi dengan teknologi sekarang dodol memang korang dah boleh buat sendiri. 

Kolin search dalam Facebook dan jumpa ini. 


Tapi ini pakai Noxxa, kolin bukan pakai Noxxa. Tapi pakai jenama Philips. Function lebih kurang aje, yang penting korang kena lah faham gadget korang tu. Senang aje. 

Daun pandan memang ada tanam dalam pasu, gula merah pun ada. So masak kedua-dua bahan ini dan tapis. Ikut resipi atas tu, gula putih, gula merah, air, daun pandan, masak sekali semua dan tapis.
Lepas tu tepung pulut, tepung beras, garam dan santan pekat. Tapi kolin guna santan kotak aje hari tu. Semua tu kena pukul tau, korang jangan blender. Elok korang mixer kan sampai sebati, kalau tak nanti berketul-ketul. 

Masuk kedua-dua bahan yang dah siap tu dalam pressure cooker dan terus tekan steam selama 5-10 minit. Biarkan aje sampai laa dia keep warm. Lepas tu buat stir fry tu, kalau kat Philips Pressure Cooker sama jugak. Buat yang low pressure, biar terbuka kacau sampai likat dan pekat. 





Bila dah siap..dapatlah banyak ini dari resipi tu. 

 Haaa..itulah dodol yang dah siap. Memang dalam masa sekejapan abis korang. Tapi sempat lah bawa ke opis, bagi kawan-kawan rasa. Katanya kurang manis dan rasanya tidak mengecewakan. So korang yang ada periuk pressure cooker tu jangan simpan!! Guna tau, guna untuk masak segala resipi bagi anak-anak dan keluarga makan hahahha. Explore sesama okay.

Sekian sahaja kisah cik kolin masak joyah oii...Semoga berjumpa lagi di lain entri. Terima kasih sebab baca !!!

Love, 

Kolin Zainal 

Part 7: Hari terakhir kami di bumi Korea

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Buat kali terakhir kolin nak share semua perjalanan percutian kolin ke Korea adalah di bawah seliaan 
  KLIA TRAVEL 

KPH Travel Sdn Bhd. call 03-89280457, 03-89280467 

 travel@kliacs.com.my
www.instagram.com/kliatravel




 Dah tiba masa untuk balik pun, pepagi lagi kami dah check out dari bilik penginapan kami. Syukur selesa dan semuanya berjalan lancar, walaupun kolin demam sebab kalah dengan sejuk. Serius nak rasa salji sejuk, sila lah ke Korea hujung tahun.

Pepagi kami sebilik dah keluar dari bilik. Sebab nak sarapan dan terus ke airport hari ini. Dalam hati memang tak sabar nak balik. Hampir 7 hari kat negara orang kan. Menang lagi negara sendiri ni.




Inilah dua orang room mate kolin. Terima kasih milah dan roza, berpeluang duduk sebilik dengan korang memang ohsem. Tak terasa hati, malah geli hati. Ada aje gelagat hahahah. Jangan punggah dapur lagi tau !!!!


Sarapan pagi buat kali terakhir di bumi Seoul. Disebabkan banyak yang tak halal, kami memang makan cereal, roti dan buah-buahan. Yang lelain tu tengok aje lerrr....janji perut padat kan. Babai hotel yang best iaitu Urban Place yang terletak di Gangnam Area. 


Ada rezeki, kolin nak bawa suami dan anak-anak berjalan kat sini. Tapi kalau lah RM kita dah okay wei..Buat masa sekarang kolin dengar masih tak kukuh dan mahal laa nak beli Won tu. So sabar dan menabung la kita. Tempat pertama pagi tu kami ke Seoul Tower. Inilah dia Seoul Tower tu....



Tinggi atas bukit tu..katanya kat situ boleh tengok serata Seoul kalau cuaca baik. Moh la kita tengok apa ada atas tu. Naik lif boleh, naik tangga pun boleh. Tapi kami beramai-ramai naik lif laaa. Dah hari terakhir ni tenaga pun suam-suam kuku tau.


Jom naik atas babe !! Kawan-kawan kolin memang kaki posing. Itu yang pantang hala kamera terus pose. Nasihat kolin  kalau korang mengembara bawak kamera. Jangan harapkan telefon semata-mata. Beli kamera yang ada wifi tu, senang nak transfer gambar terus nanti. So masa travel dapat save bateri kalau ke tempat ada wifi tu.

Kat atas tu sejuk...sejuk amat lak hari tu. Lepas tu banyak kunci-kunci. Korang pun boleh beli dan tinggalkan kenangan korang kat situ tau. Ini antara gambar yang sempat kolin snap






 Semua tempat penuh kunci tau. Ada saja tempat boleh tinggal kunci, memang berkunci terus. Jom tengok deck pemandangan yang ada kat sini. 


Cuaca agak baik pagi tu, jadi dapat jugak lah tengok pemandangan sekitar bandar Seoul.
 

Ini lah deck yang ada kat sini. Ramai juga pelancong, dah memang tempat pelancongan pun kan. 
 

Group photo laa sekali...sebab masa tu lupa bawak monopod dan tripod. Jadinya semuanya lantak panjangkan tangan. Janji ada gambar. Tak lama kami melepak kat situ, selesai semua kami terus gerak ke lokasi shopping. Tak silap kolin nama tempat tu Dongdemun. Kat situ kolin sempat makan kuih tradisional kat situ. Kalau korang pergi mesti nampak. Sayang kolin tak tau mana letak gambar makcik comel jual kuih tu. Satu lagi kat situ lah jugak korang boleh borong brooch. Memang habis duit oiiii..membeli kat situ. Kalau ke atas sikit atas pasar. Setakat nak beli winter coat yang merah berbulu-bulu cuma 10,000 won sahaja lebih kurang RM34 duit kita tau. Kolin memang dah perabis duit itu yang tak beli. Satu lagi beg dah penuh hahahahha. Dengan seeweed, face mask, aloe vera, mekap-mekap dan pelbagai lagi. Penyudahnya kami lebih kepada jamu mata. Tapi best pasarnya...barangan Malaysia biskut-biskut pun ada dijual kat sini. 





 Selesai di sini, lebih kurang dalam 2 jam kami merayap di pasar ini. Memang murah-murah, tapi duit dah habis hahaha. Yang kolin sayang nak pecah duit..tu lagi laa simpan aje..tengokk aje beb. Dah tiba masa tour guide kami Ms. Anna hantar kami ke aiport. Alhamdulillah semua bagasi cukup dan tak ada lebihan berat pun. Maklumlah lebih 12 orang kan, ada la kut kilogram yang terlebih. Memang masa sampai airport badan baru lah rasa letih sangat. Jangan risau kat airport ada surau, so korang boleh siap solat kat situ. Kebanyakkan tempat di Seoul ada surau...best kan

Antara oppa yang sempat kolin bergambar hahah. Ini mereka ada perarakan ala-ala zaman raja dulu kala. Tu rupa masam aje oppa ni



 Tapi disebabkan kat tangan ada 2,000 Won lagi, kolin pergi perabis beli green tea panas sebelum naik flight. 


Naik laa kami bertiga flight...6 jam..tidur bangun, bangun tidur, tidur bangun. Dan akhirnya kami sampai...inilah gambar wefie kami bila berjaya mendarat. Syukur segala-galanya sempurna trip kali ini. Terima kasih KLIA TRAVEL


YEAYY...dah sampai. Tak tahulah tahun depan nak ke mana pulak kami ini. Yang penting kami memang have fun mengila. 

Korang tahu tak pakej semua ini dari mula kolin update Trip to Korea ini hanya RM3900 termasuk flight, makan segala-gala trip yang kami pergi dah termasuk. Kolin tukar RM1000 duit Malaysia dan balik tukar Won kembali dapat RM200. Maknanya kolin belanja RM800 sahaja tau. Dengan pelbagai souvenior bawa balik lagi nih, memang berbaloi. Jadi nya nak pergi jangan lupa roger  

  KLIA TRAVEL 

KPH Travel Sdn Bhd. call 03-89280457, 03-89280467 

 travel@kliacs.com.my
www.instagram.com/kliatravel


Kolin percaya korang akan puas hati...Anyeooongg uollss. Sekian sudah kisah travel kolin ke bumi Seoul. Terima kasih membaca ya

Love, 

Kolin Zainal 

Laksanakan ibadah korban di Kemboja

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Tak lama lagi 1 September 2017, kita semua bakal meraikan Hari Raya Aidiladha kan. So memang semua orang tahu, kalau hari raya haji yang selalu kita sebut ini adanya IBADAH KORBAN. Tahun ini, kolin bersyukur rezeki murah sangat. Jadi tahun ini kolin terbuka lah hati nak join ibadah korban. Terasa satu kedamaian yang tak pernah kolin rasa bila dah book nama dan bayar segala. Patutlah kawan kolin dari mula dia buat dan selepas itu setiap tahun dia buat ibadah ini. Sebab ketenangan kut, ketenangan yang tak boleh dibeli. Jadi tahun ini, dipermudahkan segala kolin buat atas nama emak kolin. Eh tak tau nak gambar perasaan gembira hati kolin sebab buat untuk mama. 

Buat korang yang nak tahu kat mana nak buat selain dalam negara kita, inilah yang kolin nak berkongsi. Ini kenalan lama kolin nama dia Azwan Suroto. Memang dah lama kolin perhatikan dia di laman maya, malah tahun lepas kolin tengok gambar dia bersama rakan-rakan beliau membuat ibadah korban di sana. Kita semua tahu, sana ada melayu champa yang daif. Jadi kolin rasa ini lah yang terbaik. Buat kat sana ! Semoga niat baik ini diberkati dan terima Maha Kuasa. So buat korang yang nak tahu macam mana nak buat. 
Sila baca di bawah ya. 

Bagi melaksanakan ibadah Qurban ini:

1. Lembu satu bahagian RM350/S$120
2. Kambing seekor RM770/S$250

Bayaran boleh disalurkan terus kepada Mohamad Azwan Bin Suroto, Maybank 112054046259 dan segala pertanyaan dan bukti pembayaran tuan/puan boleh hubungi melalui No Whatsapp ini 012-2896426. Malah segala infak atau zakat harta yang ingin disalurkan jua amat di alu-alukan. Tarikh akhir ialah pada 28 Ogos 2017. Insya Allah ibadah Qurban ini akan dijalankan di Kampung Cham, Kemboja. 

Inilah perkongsian kolin hari ini. Semoga ada yang terbuka hati melakukan ibadah ini tahun ini macam kolin. Ye lah, dapat gaji beribu-ribu sebulan, malu kita tak buat sekali pun. Jadi kolin dah pasang niat, mulai tahun ini kolin akan laksanakan ibadah ini. 

Kita bukan nak riak, kita bukan nak menunjuk. Dan kolin pun harap kita semua berhenti menghakimi orang lain. 

So jangan lupa whatsapp Wan tau. Dia kawan lama kolin, baik sangat dengan kolin. Tahniah Wan sebab buat kerja bagus macam ini. Kalau korang whatsapp dia dan dia tanya tahu dari mana bagitahu aje dari kolin okay..yeay...kita buat korban tahun ini !!!

Love,

Kolin Zainal

Doa agar selamat dari rasa DENGKI

Assalammualaikum dan salam sejahtera




Hari ini nak kongsi 3 gambar ini yang kolin pinjam dari google sahaja. Terpaku dengar 'budak seopis' fitnah kita weiii. Tak sangka! tapi patutlah rezeki kita murah awak..sebab pahala mengalir tanpa sedar. Kita boleh aje serang awak tu, tapi awak 'pregnant' so kita malas nak cari pasal dengan awak. Agaknya kalau baby dalam perut jadi apa ek, mama dia suka fitnah, sebar aib orang sana sini. Sayang ...labuh hijab, kunun jaga hubungan dengan Si Pencipta. Tapi awak cari kemarahan orang, aibkan orang sana sini. Kenapa eh, suka sakitkan hati orang dengan mulut awak tu?

Tapi tak pelah..saya tahu awak-awak suka 'stalk' blog saya. So inilah dia, saya tak akan balas. Malah saya akan doakan awak lagi. Saya sendiri tak faham kenapa awak suka mencari masalah dengan saya. Tak faham, di depan saya punyalah lembut bercakap dan kenapa kalau ada masalah tak puas hati bercakap depan saya aje. 

Awak ....awak tu sama aje pangkat dengan saya dalam opis ini. Saya rasa awak patut hormat orang lain, sebelum nak orang lain hormat awak. Saya kerja nak sara mak dan anak-anak saya. Kalau rasa kerja awak banyak dari saya, dulu jangan lah ambil diploma yang banyak kerjanya. Ambil diploma macam saya, tak lah banyak kerja. Gaji saya dan keberkatan duit saya biarlah PENCIPTA saya nilai. Awak jaga lah diri sendiri ya..tak perlu sibuk-sibuk. 

Saya kesian sebab awak 'pregnant' aje !!! Hope dipermudahkan laa bersalin sok. BTW saya tak maafkan fitnah awak buat tu...

Babai

Kolin Zainal

Resipi: Rendang cili api ayam

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Inilah resipi dari mama kolin iaitu Cik Timah Bibi. Dia orang Negeri Sembilan, so memang lah pedas berapi rendang dia buat. Satu lagi korang perasan rendang cili api ini bukan warna coklat, tapi warna kuning. Dan tahap kepedasan terpulang kepada si tukang masak lah. Lagi banyak cili, lagi lah pedas. Nak yang suka pedas, sila bubuh sekilo cili hahahah. Lepas tu jangan mengadu sakit perut yaaa. So ikut tahap memasing dan resipi ini tukang masak boleh sukat rasa pedas tu. 

Ini resipi untuk 2 ekor ayam. 


dibersihkan dan letak semua sekali dalam kuali.

Kemudian semua bahan-bahan dalam gambar di bawah iaitu bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup dan lebih kurang 60-70 batang cili padi kolin guna. Masa blend masukkan jugak serai. Kolin lagi suka rasa serai dalam kuah rendang. So bila barang-barang kisar ni banyak, kuah rendang kita lagi pekat dan sedap di makan. 




Dah kisar atau blend, korang tuang terus semua tu dalam kuali yang ada ayam tu dan kacau bagi rata. Supaya semua rempah tu kena kat ayam yang ada dalam kuali tu. 



Biar aje sekejap, sebab nak bagi semua rempah tu meresap masuk. Baru nyalakan api dapur. Haa...masa ni korang biar ayam dan rempah ini ditumis sampai naik minyak. Bole nampak naik minyak tu sebab kita memang tak guna minyak kan. So kita nak rempah tu masak. Jaga api dapur jangan lah sampai rendang ni hangit. So biarkan sahaja sampai rempah cili kita ni masak sepenuhnya. 

 Bila dah nampak naik minyak, korang standby lah barang-barang yang dalam gambar ini. 


Langkah seterusnya selepas rempah rendang siap masak, adalah memasukkan santan. Kolin suka santan kotak atau santan perah sendiri. Yang dah siap perah tu tak pekat, tapi malas nak perah. So guna kotak, tak de kolesterol. Tahan lama, susah basi. Haa bab santan terpulang memasing ya..


Lepas tu masuk kerisik kepala pula. Masuk dua paket sebab ayam dua ekor kan. 



Gaul rata-rata dan biarkan seketika. Lepas tu masukkan daun limau purut dan juga asam keping. 



Biarkan masak seketika lagi. Sebelum tutup api, masukkan daun kunyit yang diracik halus dan jua garam dalam masakan. Elok lepas tutup api baru masuk garam dan kacau rata-rata. Dah pun siap rendang korang. Senangkan masak rendang !! Bukan susah pun kan. Haaa...rendang ni lagi best masak weekend hahaha. Sebab boleh makan satu hari. Memang sedap...cicah roti pun terliur oii



Inilah rendang cili api ayam turun temurun dari keluarga kolin. Ni mama kolin punya resipi. Dan memang tak pernah gagalkan tetamu yang datang rumah nak makan. Semua memang berebut. Ikutkan dua ekor satu family licin dah hahahaha. So jangan tak cuba okay, semua barang simple aje. Nak tutorial secara video sila klik sini 


Love, 

Kolin Zainal