Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Salam 12 Ramadhan


Assalammualaikum dan salam sejahtera

Sudah pun 12 Ramadhan kan. Dah nak separuh bulan kita berpuasa. Tahun ini memang sederhana pada kolin sekeluarga. Semuanya serba simple dan mudah. Mudah sebab kolin masak masa weekend aje hihihi. Waktu bekerja memang tak sempat nak masak sebab jalan raya tidak begitu baik tau. Semua tempat jem sangat-sangat. Letih nak mengadap tau !!

Sebenarnya ada blogpost yang kena update tapi saja nak merepek. Tu yang artikel ni keluar. Ada juga yang email press release suruh kita update, tapi tak akan lah nak update freeeee aje kan. Ni elektrik, penat tangan menaip, penat karang ayat, penat tangkap gambar dan duit internet ni sapa pulak nak cover kalau dah semua artikel untuk client free. So itulah dia sebab artikel tu kolin siarkan lambat atau tak langsung. Memang ler kolin ni blogger cabuk, bukanlah blogger terkenal pun. Tapi apa lah salahnya suruh kita publish artikel dia bagi lah apa-apa barang buat manis-manis. Ni email dan call mintak publish macam tu aje. Sesekali takpe beb, kalau dah setiap kali nak begitu tak best jugak kan. Ni bukan artikel nak mintak token atau goodie bag tu. Tapi at least kalau rasa blogger boleh membantu, apa salahnya bersikap adil sikit pada blogger cabuk macam kolin ni haaaaa... Apa kata kita buat win-win situation hihihih...jangan lah marah atau terasa tau apa yang kolin tulis hari ini. Cuma terasa dipergunakan sesangat dah. Takpelah kalau sesekali nak suruh kita publish free. Tapi jangan lah dah suruh kita publish free, call kita suruh gak kita publish tapi tak bagi apa pun kat kita. Bukan RM aje yang boleh diberi, korang boleh aje bagi apa-apa aje. Kekadang bedak sebotol korang pos pun dah best sangat dah rasa as a blogger tau. 

Itulah luahan kolin di hari rabu.....sian kami blogger ni. Memang lah blogspot ni free. Tapi elektrik, laptop, line internet dan penat lelah pikir ayat tu bukan lah free. Harap sikit iktiraf sahaja aje huhuuhuhu....So janganlah kecam kolin blogger cabuk, picisan dan bukan banyak follower pun hhuhuhuhu...

blogger tak femes

kolin zainal 

Selera Ramadhan di D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat Shah Alam

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Dah puasa ke 11 dah hari ini, Alhamdulillah kita masih sihat dan dapat menjalani ibadah dengan sempurna. Dengan itu, kolin nak berkongsi dengan korang tempat berbuka puasa yang best di Shah Alam. Macam kolin yang bekerja ni dah penat nak balik memasak kan, itu lah sebab kolin bawa sekeluarga berbuka di sini. 
D' Kayangan Grill & Barbeque Steamboat yang terletak di Acappella Service Aparment di Seksyen 13 Shah Alam. Tempat letak kereta banyak, tempat luas dan yang penting ada ruang solat dan tandas berdekatan di restoran ini. 



Ramadhan tahun ini selain menyediakan kambing panggang, mereka juga memperkenalkan konsep Gerai yang menyajikan pelbagai menu untuk semua pengunjung yang datang berbuka puasa. Antara yang istimewa ialah roti jalan, roti john, kuew teow goreng dan ayam goreng berempah. Manakala bagi hidangan buffet pula, hidangan utama iaitu Nasi Beriyani di hidangkan. Maknanya adalah dalca, jelatah, papadom, ayam berempah dan ada juga Asam Laksa tau. Selain itu nasi putih dan lauk pauk lain seperti daging masak merah, ikan dori masak masam manis, sayur masak sos tiram dan pelbagai lagi ada. Ini lauk pauk yang akan bertukar setiap hari tau, mengikut chef lah kan. 

Selain itu, D'Kayangan yang memang terkenal dengan grill dan stimbot ini memang unik. Tetamu di beri dua pilihan samada sup ayam atau tomyam untuk dijadikan kuah stimbot. Dan paling penting semua makanan laut yang disediakan di sini segar. So boleh lah makan ala stimbot atau grill sahaja. Untuk sos pencicah pun ada sehingga 7-8 jenis tau. Nak pedas, nak manis, nak masam pun ada. Antara sos yang kolin suka sos cili pedas, sos cili thai, sos manis, sos bawang, sos lada hitam dan banyak lagi. Yang penting ikut selera korang lah nak mencicah yang mana satu. 






Dengan kepakaran dari Chef mereka iaitu Chef Shahnizam, yang berpengalaman lebih 25 tahun di dalam bidang kulinari. Beliau telah membuat perapan terbaru bagi semua menu grill tau. Ada udang, ayam, daging, ketam, ikan dan sotong. Semuanya diberikan perapan istimewa bagi tetamu yang nak grill semasa berbuka nanti. Rempah ratus tu memang naik bau lah masa kita grill tu. Menikam-nikam baunya sampaikan memang naik selera semasa berbuka puasa di sini. Buat anak-anak yang suka makan bebola seafood pun ada juga di sini. Kalau nak makan ala yong tau foo, kuah pun tersedia. Jadi kolin rasa kalau korang datang berbuka di sini memang boleh memenuhi citarasa sekeluarga lah. Dari yang kecil sehingga yang tua pun suka, sebab apa si kecil suka !! Sebab ada aiskrim pelbagai perisa buat mereka di sini tau. 








Hidangan pencuci mulut pun banyak untuk korang pilih. Ada buah-buahan, kek, puding dan pelbagai bubur manis buat tetamu. Untuk segala menu yang kolin coretkan ini, harga buffet ramadhan di D'Kayangan bagi Dewasa hanya RM44.90 sahaja dan bagi kanak-kanak RM22.90. Jadi yang mana nak merasa berbuka di luar dengan harga yang sangat berpatutan patut ke sini. Pada kolin lah kan, variasi yang ada di sini memang berbaloi dengan harga yang di tawarkan tu. Sebanyak 199 hidangan setiap hari disediakan untuk semua pengunjung setiap hari. Dan dalam satu masa ianya boleh menampung lebih 400 orang. Ada ruang penghawa dingin dan jua ruang luar ala 'open air'. Bagi korang yang nak pergi, baik lah buat penempahan awal. Bukan nak cerita lebih tau, tapi memang setiap malam restoran ini penuh. Korang boleh menempah dengan menelefon talian ini 012-2971091, 017-6274015 atau 03-55234979. Atau nak tengok lebih banyak maklumat dan promosi sila follow www.facebook.com/D'KayanganSteamboatBBQ dan www.instagram.com/dkayangansteamboat 


Jadi buat warga Shah Alam terutamanya, jangan lepaskan peluang makan ala grill dan steamboat dengan harga berpatutan. Korang boleh makan apa sahaja, cuma nasihat kolin apa yang korang ambil tu kenalah habiskan. Jangan membazir tau, sebab bulan ramadhan ini kan mulia. So konsep buffet all-you-can-eat ini haruslah kena tau. Ambil apa sahaja, tapi habiskan. So malam ini kalau malas masak boleh lah try berbuka puasa kat sini macam kolin sekeluarga. Selamat berbuka puasa ye... !!

Love, 

Kolin Zainal

Koleksi dari Mis Claire untuk wanita plus-size di Malaysia

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Mesti korang semua yang mana badan 'sedap & gebu', ingat susah nak cari pakaian bergaya kan. Padahal sekarang ni korang tak tahu ke ada koleksi untuk wanita plus-bergaya. Ini sebabnya kalau korang nak tau. Adanya Mis Claire semua dah boleh bergaya dah. Bukan macam dulu kalau ramping kurus aje boleh kan. Dari koleksi baju kurung, blouse, active wear, jacket dan pelbagai lagi koleksi. Bersempena dengan Aidilfitri yang bakal menjelma nanti, Koleksi Raya 2017 telah pun di lancarkan buat tatapan semua. Kalau korang tengok koleksi mereka yang berkualiti mesti ingat mahalkan !! Padahal murah sahaja dan tidak lebih dari RM150 tau. Jadi jubah yang harga RM100 pun ada. Terpulang lah kepada citarasa masing-masing bergaya di Hari Raya nanti. 

Mis Claire adalah salah satu jenama baju wanita plus-size (saiz besar) dari Malaysia. Reka bentuk dan fesyen yang dihasilkan oleh mereka tertumpu kepada gaya yang kemas dan anggun. Pemilihan material yang berkualiti dan terperinci dipastikan bagi memenuhi keselesaan si pemakai plus-size. Jadi ianya memang antara yang terbaik buat si pemakai yang berbadan besar. Bagi koleksi Raya tahun ini, mereka mengeluarkan koleksi yang mempunyai corak, gaya dan warna yang menawan dari saiz 2XL sehingga 7XL. Haaa...siapa cakap sekarang badan besar susah cari saiz. Ada aje kalau korang ke website Mis Claire ini. Banyakkkkk sangat pilihan, sampaikan blouse ala-ala Neelofa pun ada di jual tau. Jadi bukan laa orang bertubuh kecil aje boleh berangan bergaya ala artis kan. 

baju plus size

Ini SET KEBAYA MINIMALISTIK 
Baju kebaya labuh ini memang pakaian tradisi. Tak pernah lapuk pun di telan zaman. Oleh itu, tahun ini dalam koleksi raya ini menjadi salah satu busana pilihan. Warna yang digunakan polos, lebih menarik dan menyerlahkan sisi kewanitaan buat si pemakai. Ditambah pula dengan kerongsang pilihan korang sendiri kan. Kolin pasti korang akan lebih tampil menarik dan selesa dengan set kebaya ini. 

baju kurung plus size

KURUNG MODEN STAIL 'NEELOFA'
Inilah yang kolin cakap tadi. Walaupun sangat minimal tapi cantik kan !! Set kurung ini tampil dengan gaya moden di inspirasikan gaya artis terkenal. Itulah kolin cakap, yang berbadan besar selepas ini boleh bergaya dah. Jangan sekat gaya korang ok, banyak lagi rekaan kolin nak kongsi ni.

baju kurung plus size

KEBAYA RIAU ini dikemasi dengan tenunan keemasan yang sudah tentunya menampilkan gaya anggun si pemakai. Buat korang yang teringin nak pakai kebaya, tapi kat luar tu banyak yang tak ada saiz korang, sekarang dah ada eh. So raya ini boleh lah berubah selera pakai Kebaya Riau kan. Lagi pula, kalau warna hitam ni dengan tenunan emas memang nampak manis dan elegan sangat. 

baju kurung plus size

Yang masih suka pakaian yang longgar dan ayu, Mis Claire ada juga koleksi KURUNG PAHANG untuk korang gayakan masa Aidilfitri nanti. Baju kurung pahang yang berdasarkan potongan pesak, klasik dan sopan semestinya pilihan utama setiap tahun kan. Sebab selesa dan senang digayakan. Buat koleksi ini ada 4 warna yang boleh korang pilih ye. 


baju moden plus size



KURUNG MODEN RENDA ini nampak cantik sangat kan. Koleksi yang di inspirasikan dari watak Warda yang sangat minimal dan tampil ceria. Rufah yang dihasilkan memang nampak comel sangat digayakan. Banyak sangat warna pilihan dan sesuai digayakan dengan skirt Suraya atau pun seluar. Pendek cerita memang ringkas untuk digayakan.


baju kurung plus size



PEPLUM BERSILANG stail kurung moden yang berunsurkan ala rekaan klasik iaitu peplum. Gigit jari lah kalau beraya tahun ni tak pakai peplum kan. Itulah kelebihan mereka, baju bergaya ini semua saiz besar-besar bagi memenuhi kehendak pasaran. Tak membataskan gaya seseorang itu hanya dengan bentuk tubuh besar tau. Yang penting korang pandai memilih dan pilih lah baju raya tahun 2017 dari koleksi mereka. 


koleksi mis claire

Kalau koleksi yang kolin kongsi tadi semuanya warna polos, korang yang suka flora atau corak bunga-bunga janganlah risau. Koleksi Graland dari mereka pasti membuatkan hati korang tertambat. Ini kurung moden peplum, comel dan cukup labuh. 




Tengok lah sendiri, koleksi flora ni pun ada pelbagai warna dan corak yang boleh korang pilih. Saiz yang ditawarkan dari 2XL sehingga 6XL. Jadi sekarang kalau rasa nak belikan untuk sesiapa yang berbadan besar bukanlah susah nak cari pun. Koleksi mereka ini dah lah cantik, selesa dan rekaan semua yang terkini mengikut trend semasa. Kalau tak nak kurung moden atau peplum, nak yang selesa. Boleh lah cuba jubah ini. Selesa, cukup lebar untuk keselesaan pemakai.



KOLEKSI GRALAND di inspirasikan dari corak floral yang unik dan romantik. Rekaan dan potongan koleksi ini membuat pemakai nampak lebih langsing walaupun dengan corak bunga yang padat. Jangan terkejut kalau kolin cakap harga jubah ini cuma RM100 sahaja !!!! Cepat beli untuk mak korang okay, kalau sebelum ini susah cari saiz besar. Sekarang dah senang dah, tiada alasan nak hadiah baju raya kat mak dah tahun ini. 

KOLEKSI FLORAL pula menampilkan sisi anggun rekaan dari mereka. Rekaan bunga yang segar dan baru memang korang boleh tampil ekslusif di Aidilfitri. 



Kebarung Floral ini gabungan dua rekaan klasik, kebaya dan kurung yang menjadi pilihan ramai pada tahun ini. Set Kebarung moden rekaan bakal menyerlahkan lagi penampilan si pemakai. Comel kan !! Ada hitam dan putih tau. Pilih aje, harga berbaloi sangat. 



Kurung Moden Babydoll potongan 'babydoll' yang menjadi trend semasa digubah menjadi kurung moden. Sesiapa yang nak feeling comel aje beraya nanti boleh lah cuba koleksi raya terbaru dari mereka ini. Kalau rasa tak puas tengok kat laman web, korang boleh ke Showroom Mis Claire di:

35, 1st Floor, Jalan SS 23/15
Taman SEA Petaling Jaya
Selangor 
Selasa - Sabtu sahaja (11.00 pagi - 5.00 petang)
Waze 'MIS CLAIRE'
Tel: 03-7887 6008
(mohon call bagi temu janji dahulu)


Kurung Moden Peplum pun ada juga yang menjadi fenomena dalam fesyen muslimah pun ada. Ini semua untuk wanita plus size untuk tampil cantik dan menarik di Aidilfitri. Kolin rasa dah tiada alasan buat korang semua lagi dah nak cari baju raya bagi yang berbadan besar atau plus size ni. Nak beli pun senang sangat, kalau rasa nak tengok sendiri boleh lah ke showroom mereka tapi kalau nak lagi senang klik sini MIS CLAIRE dan korang boleh pilih sendiri. Saiz yang ditawarkan adalah dari 2xl sehingga ke 6xl. Warna dan rekaan pun banyak untuk korang pilih. Pilih dan masuk dalam cart, seterusnya bayar. Tunggu sahaja lah parcel baju raya korang sampai nanti. Happy kan !!!
Buat yang dah bergaya dengan koleksi dari mereka jangan lupa #hashtag mereka di #misclaireraya2017 dan #iwearmisclaire. Untuk yang nak tengok lebih banyak pilihan dan informasi terkini sila ke www.facebook.com/plussize.misclaire dan www.instagram.com/plussize_misclaire


Jadi mana kawan-kawan yang badan besar sikit jangan lah risau tak dapat bergaya ala artis tu. Dengan Mis Claire korang pun boleh tampil menarik dan elegan di Hari Raya nanti. Yang penting harga mereka mampu milik dan berpatutan sangat. Dan kualiti yang disediakan pun sudah pasti buat korang semua terpikat. Puasa dah 10 hari dah ni, cepat-cepat beli dan tunggu aje parcel korang. Takut nanti dah habis melepas pulak kan. Happy shopping korang !!!!


Love, 

Kolin Zainal 









Menu berbuka dan bersahur

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Buat korang sekaum dengan kolin sure lah pening nak pikir menu berbuka setiap hari kan. 
Kolin ada sedikit cadangan buat korang yang nak makan simple aje. Kolin memang masak simple sahaja kalau bulan puasa ini. Maklumlah itu aje yang membuka selera kolin sekeluarga. Lagi 'kampung' lauk pauk yang disediakan, lagi berselera lah keluarga kolin makan. Itu memang hakikat tau, bukan tak teringin ayam percik, murtabak bagai tu. Tapi beli selang seli lah bukan hari-hari ke pasar ramadhan tu. Maklumlah dah mahal kan !

Inilah lauk pertama kolin, bilis goreng bawang dan cili


Haa...terliur kan. Lagi pulak bilis yang kolin goreng ini bilis mata biru. Dengan ranggup, wangi dari bawang besar dan cili sure pembuka selera bagi yang bersahur pepagi tu kan. Bukan sahaj bersahur malah kalau berbuka dengan nasi pepanas pun boleh terbabas tambah 2-3 kali nasi betul tak. Lauk yang simple ini senang disediakan. Buat yang kurang pasti, ini cara penyediaan nya. 

Bilis tak perlu basuh (ranggup tau)
bawang besar sebiji (lebih boleh jugak)
cili padi (secukup rasa korang nak pedas mana)

Bawang dan cili boleh tumbuk kasar atau hiris sahaja kedua-duanya

Panaskan kuali, masuk minyak masak
Dah panas minyak, masukkan ikan bilis dan goreng garing. Dah garing, ketepikan dan tuang minyak lebih keluar. Masuk terus cili dan bawang yang telah ditumbuk/dihiris dan goreng terus sampai bau wangi. Dah selesai boleh lah hidang makan. 

Lauk kedua kolin, pula yang ini 
sambal ikan bilis, telur dadar dan timun potong


Aish masa menaip ni pun memang dah terliur oiiii...terkedu-kedu hahaha. Kolin memang suka ikan bilis oiii..lantak lah nak kata apa. Tapi ikan bilis tak pernah abis stok kat rumah. So inilah dia lauk yang melambangkan kemewahan kolin. Memang mewah abis dah kalau dapat lauk pauk macam ini.  Berbuka memang berselera sangat tau, tambah pula air sirap cincau sekali ada tepi. Waduhh...memang menyengat.


Menu ketiga yang kolin rasa naik selera nak berbuka yang ini lah.
Ikan goreng, air asam tomato dan bayam tumis air bola ikan 

I don't know about you, but this is owesome !! Haa ko terus speaking aku tau. Lauk mesra ibu dan anak ini memang menjilat jari. Pastikan ikan tu korang goreng garing-garing tau. Nak tahu kenapa kolin kelar banyak-banyak ikan tu. Sebab banyak tulang, buat macam tu kurang sikit tulang, bila garing lagi bagus. Tulang semua sedap di gigit heheheheh.

Bayam tu tak guna minyak langsung, semua tumis air je. Masuk bawang, halia dan bola ikan dan masak terus masuk bayam. Bayam lagi senang nak pikat anak-anak makan sebab sayurnya manis berbanding sawi. Korang boleh tukar bayam merah, so kuah dia pink. Kalau anak dara kurang makan sure dia suka lauk pink tu tau. Air asam tomato tu, paling killer. Potong sahaja cili, bawang, cili besar, bubuh belacan, gula, garam dan air asam jawa. Dah siap untuk dihidangkan. Tomato tu potong kecil dadu tau. Confirm korang makan dengan ikan bakar atau ikan goreng memang tak toleh kiri kanan. Inilah antara menu berbuka dan bersahur buat tatapan korang. Ni tak sabar nak balik dan masak buat keluarga kolin. 

Selamat berpuasa korang !!!

Love, 

Kolin Zainal 


65eDay Global Sale Event dari ezbuy Malaysia

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Pernah dengar tak ezbuy Malaysia? Buat korang yang pertama kali mendengar ianya adalah salah satu platform membeli belah yang memberikan korang semua pelbagai pilihan barang untuk dipilih. ezbuy Malaysia terdiri penjual dari Malaysia, China, USA dan juga Taiwan. Sekarang kalau korang nak beli apa sahaja barang dari negara-negara ini tak perlu dah nak susah payah terbang shopping kat sana. Segalanya di hujung jari, hanya buka laman web ezbuy Malaysia dan terus pilih barangan yang korang ingini. 

Buat pengetahuan korang, 65eDay Global Super Sale Event bakal berlangsung di ezbuy Malaysia. Inilah masanya nak membeli belah sambil berjimat tau. Diskaun yang ditawarkan hampir 90% tau. Banyakkkkkk kan...buat kaki shopping jangan lah tak join sale ini. Barangan pula lebih kurang 20 juta barangan yang bakal diberikan tawaran istimewa. Manalah tau ada barangan idaman korang yang super murah dijual di laman web ini. Buat kolin yang nak berhari raya tak lama lagi ini, sure akan ambil kesempatan membeli belah wei. Alangkah bestnya kalau dapat beli langsir lawa-lawa dari China !!!



Ini informasi penting bagi korang semua tau. Jualan eksklusif iaitu Flash Deals dan diskaun hebat akan bertukar-tukar setiap hari bermula dari 31 May, 12 tengahari sehingga 5 Jun 2017. So korang cepat-cepat layari bermula jam 12 tengahari tu tau. Sebab mulai waktu itu pelbagai barangan yang istimewa bakal di tawarkan. Dan tawaran tu akan berakhir cepat!! So grab sebelum terlepas peluang !!!!! Buat yang suka Friends Deal, Share & Shop pula anda bakal menikmati harga borong lebih 300 barangan yang akan di kemaskini setiap hari. Jadinya barangan tu tak lah yang sama, semuanya lain-lain. Maklumlah yang menjual sahaja dah ada 4 negara. Mesti lah banyak barang untuk dipilih kan.

Manakala di ruangan Deal of the Day Section dan Great Deal adalah untuk semua orang. Jadinya kalau korang tak nak beli borong pun boleh juga. Memang best lah nanti jualan 65eDay Global Super Sales Event yang dibawakan oleh ezbuy Malaysia ini. 

Pelbagai barangan menarik, diskaun hebat dan tawaran menarik yang tak patut korang lepaskan. Antara jenama terkemuka yang bakal memberikan kejutan jualan 65eDay Global Super Sale Event ini ialah:

Sony, Canon, Tefal, Casio, Daniel Wellington, Omron, Western Digital, Samsung, ViewSonic, Pineng, SonicGear, Olivia Burton, Kelloggs, Lifebuoy, Dettol, Johnson Baby, Kinohimitsu, Brands, Durex, School, Avent dan banyak lagi

Bagi pengikut setia blog kolin, ini ada berita baik buat korang semua tau. Korang semua boleh download ezbuy APP dan scan QR code dan dapatkan voucher percuma yang berharga RM15. Nak shopping, nak berjimat tak? So download cepat-cepat dan layari lah laman web ini. Shopping jangan sorang-sorang tau, bagitau juga kat kawan-kawan dan keluarga. Benda yang baik jangan di simpan, baik kita kongsikan.



Tambahan informasi bagi korang semua, semua produk yang ada di laman web ini adalah direct atau terus dari kilang mereka. Maknanya harga borong lah kita dapat tau. Yang mana suka postage free atau free shipping boleh ke Free Shipping Zone dan tiada pembelian minima yang dikehendaki tau. So berapa pun jumlah barangan yang korang beli memang FREE Shipping tu. Bagi peminat fesyen terkini pula, masa ini lah masa keemasan korang. 2017 Spring Summer ada baju yang dijual serendah RM8 tau. Ada baju wanita, lelaki, aksesori dan pelbagai trend terkini pada harga yang bakal memeranjatkan korang. Jangan lupa sekali lagi, bermula 2 Jun nanti, terjah Free Shipping Zone ok. Pelbagai barang yang ditawarkan percuma kos penghantaran. Nak raya ni kan, boleh lah shopping macam-macam

Tak sabar kolin nak shopping 65eDay Global Super Sales Event dari ezybuy Malaysia yang bermula 31 May 2017 nanti. Jangan lupa catat kat kalendar korang ok !!!




Love, 

Kolin Zainal

SKIM THOHIR - skim potongan gaji zakat dari PPZ-MAIWP

KEMPEN SKIM THOHIR DARI PPZ MAIWP

Assalammualaikum dan salam sejahtera

ZAKAT ini antara isu agak sensitif sebenarnya kan. Tapi hakikatnya semua yang mana beragama Islam memang tak boleh TAK NAK ambil peduli. PPZ atau Pusat Pungutan Zakat – MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) adalah satu agensi yang berperanan untuk mengutip segala jenis zakat di Wilayah Persekutuan sahaja. Maknanya kalau korang bekerja atau tinggal di negeri lain sebagai contoh: Selangor, Melaka, Pahang lain lah nama agensi kutipan zakat tu. Tapi kalau di Wilayah Persekutuan, PPZ-MAIWP lah bertanggungjawab. Bila dah ada agensi yang bertauliah mengutip zakat, ianya pula di agihkan oleh Baitulmal-MAIWP kepada semua golongan yang memerlukan di dalam Wilayah Persekutuan. Kena faham ini tau, sebab PPZ-MAIWP bukan untuk satu Malaysia, tapi bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan sahaja.


Pejabat PPZ MAIWP di Taman Shamelin Cheras

Mesti korang terfikir kan, mesti susah nak berzakat, macam mana nak berzakat, kat mana nak berzakat kan. Ini semua sebenarnya pihak PPZ-MAIWP dah permudahkan tau. Macam kolin sendiri, ini bukan nak bangga diri tau, tapi nak berkongsi dari mula kerja kolin memang buat potongan zakat untuk setiap bulan bila dapat gaji. Bukan apa, kolin rasa selesa sebab bila terima gaji tu, dah ‘dibersihkan’. Lagipun senang sangat dengan skim potongan gaji.

Oleh itu, Skim Potongan Gaji atau SKIM THOHIR pun telah diperkenalkan oleh PPZ-MAIWP bagi memudahkan golongan macam kolin ini. Ye lah, potongan gaji kan senang, jimat masa dan setiap bulan korang akan tahu gaji korang sudah pun di zakatkan. Mulakan dengan amaun serendah RM10 kenapa tidak betul tak? THOHIR membawa maksud suci/bersih ini sesuai sangat lah dengan tujuan kita membersihkan setiap pendapatan bulanan kita. Bagi tahun 2017, Skim Thohir memang menjadi satu kempen bagi PPZ-MAIWP bagi memudahkan semua pembayar zakat di Wilayah Persekutuan. Kolaborasi bersama CIMB Islamik bagi menyediakan pelbagai hadiah seperti Umrah, Percutian dan jua wang tunai. Macam banner kat bawah ini, korang sendiri boleh berzakat sambil menyertai tau. Mana yang dah buat, boleh lah tambah jumlah zakat korang tu dan sertai jugak peraduan ini. Mana lah tuah korang dapat menunaikan umrah di taja kan.



Bagi menyertai SKIM THOHIR, borang disediakan di 11 kaunter tetap PPZ MAIWP di Wisma PPZ, Dataran Shamelin, Plaza Rah Kg Baru, Masjid Negara, WangsaMaju, Wangsa Delima 6, Presint 9, Putrajaya, Presint Diplomatik, Putrajaya, Masjid At Taqwa TTDI, Masjid Abdul Rahman Bin AUF, Puchong, Masjid Imam Al Ghazali, Kepong, UTC Pudu Sentral, Labuan Times Square di Labuan.

Selain lokasi nii korang juga boleh dapatkan di kaunter zakat bergerak tau. Antara lokasi Kaunter Zakat Bergerak di Perbadanan Putrajaya, KWSP Wangsa Maju, CIMB Bank Setiawangsa, Jalan Dungun, Masjid Asy Syakirin KLCC, Jalan Tunku Abdul Rahman, Menara Binjai, Surau Bank Islam, Surau Tabung Haji, Taman Melati di Kuala Lumpur. Senang kan, banyak sangat tempat yang korang boleh mula ambil borang dan mula lah berzakat secara potongan gaji mulai sekarang. Apa-apa pun korang boleh call 1 300 88 5757 atau rujuk facebook PPZ-MAIWP (facebook.com/myzakat) untuk tahu dimana lokasi Kaunter Zakat Bergerak berada masa korang nak bayar zakat tu nanti.


Dengan Skim Thohir korang tak perlu nak isi borang setiap bulan, bersesak-sesak buang masa, hanya sekali sahaja. Isi borang dan salah satu rukun Islam telah pun korang laksanakan. Jangan risau, lagi banyak kita memberi, lagi banyak kita terima nanti.
PPZ MAIWP mempunyai harapan yang sangat besar dengan adanya semua kemudahan ini. Selaku yang menjalankan amanah yang diberikan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan masyarakat meletakkan harapan SKIM THOHIR dapat dimanafaat oleh semua penduduk di Wilayah Persekutuan. Dengan berzakat dengan agensi yang betul dan di iktiraf, kita semua tak perlu bimbang pun. Sebab dah tahu sumbangan wang zakat kita akan diagihkan kepada asnaf dan golongan yang benar-benar memerlukan bantuan. Selain itu, dengan zakat dari kita semua lah memberi kelangsungan hidup kepada mereka yang memerlukan melalui Baitulmal. Sekiranya korang ada kemusykilan sebab manalah tahu ini pertama kolin korang faham apa itu PPZ MAIWP boleh lah ke www.zakat.com.my atau Facebook mereka www.facebook.com/myzakat korang jua boleh telefon terus dan tanya sendiri kempen SKIM THOHIR PPZ MAIWP ini di talian 1-300-88-5757.

Ingat ye, bermula join sama SKIM THOHIR ini, dan mana tahu rezeki anda untuk menang salah satu hadiah yang ditawarkan bersempena kempen yang dilancarkan sehingga bulan Julai untuk fasa satu, dan fasa dua akan bermula dari bulan Ogos sehingga November 2017. Siapa tahu, niat murni korang untuk berzakat dapat tuah lain kan.

Semoga perkongsian kolin mengenai skim potongan gaji atau SKIM THOHIR ini membawa satu manafaat untuk korang semua. Dan kolin pun dah buat sejak dulu, korang kalau nak buat, mulakan lah tahun ini ya. Semoga murah rezeki semua dan jom berzakat 
mulai hari ini !!! Ingat ye peringatan mesra ni, ZAKAT TU WAJIB J
Berzakat kepada agensi yang sepatutnya ya korang, buat aje secara bulanan sekurang-kurangnya dengan RM5 atau RM10 dari kita tu dapat memberikan lebih kebaikan kepada seisi masyarakat. 




Love,


Kolin Zainal