Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Manik Baju Biru

assalammualaikum dan salam sejahtera

Saja nak up entri ini. Nak share hasil manik yang tak seberapa kolin buat ini.
Masih ada lagi yang sudi hantar baju, syukur sangat.

Kepada  yang nak hantar dah boleh lah Wasap kolin eheheh
hari tu sorry lah, tak dapat nak buat banyak-banyak.
Maklumlah bulan puasa banyak sangat perkara yang nak disiapkan. 


Terima kasih sudi menempah



oh, sticker yang kilat ala dokoh tu bukan kolin tampal.
memang dah ada, by the way...i tak minat wei hahahah
suka dokoh besi dari yang ini.

Sekian Terima Kasih

Love, 

Kolin Zainal

Makan ketam lembut di Kuala Gula, Perak

assalammualaikum dan salam sejahtera

Perjalanan balik dari kampung, kolin sempat singgah ke Penang lah sekejap. Daripada melayan kesesakkan luar biasa kat atas jalan raya tu. Baik kami selekoh masuk Penang. Saja nak Check In Hotel bawa anak-anak bercuti. Tahulah bebudak kan, dapat masuk hotel, padahal tidur dan tengok TV aje pun dah happy sangat dah. Family bonding katanye..

Tengok lah mereka berdua ini, selesa bebenar tidur kat hotel. Maklumlah kat rumah memang tak ade penghawa dingin. Sebab rumah kolin tak panas pun. Bila dapat hotel, katil dan bilik selesa memang pulun habis-habis la.  Ala hotel pun tengah bandar, cukup selesa. Maklumlah raya kan, semua hotel almost penuh, Hotel Malaysia ini cuma RM190 sahaja semalam. Murah sahaja, pemandangan pun lawa ye. 
Siap breakfast untuk dua orang, kanak-kanak kolin top up RM10 setiap seorang. Berbaloi juga lah. Bilik lawa, sebab baru renovate. Bilik air siap bath tub, so setakat nak relak kat Penang, boleh lah korang cuba Hotel Malaysia ini. Staff pun semua peramah sangat.


Pemandangan dari bilik kolin, aras 9 


Kemudahan air panas, kopi dan teh pun ada. Peti sejuk pun ada, nak iron baju pun ada. Kiranya Hotel Malaysia ok sangat dah kalau nak menginap di sini. 

Lebih kurang jam 12. 00 tengahari kami keluar dari Hotel dan niat memang nak tuju balik ke Jinjang. Kami guna jalan lama, sebab awal-awal dah tahu jalan besar semua jem. Laluan jalan lama Butterworth - Ipoh membawa kami ke Kuala Gula. Kami pernah tengok keindahan Kuala Gula di dalam Majalah Tiga sebelum ini. Terus trip balik rumah bertukar arah hahahahah

Inilah makanan tengahari kami Restoran Terapung JS Muara 
Dari jalan lama lebih kurang 30-45 minit masuk ke dalam. Kolin waze tempat ini, kalau tidak memang tak jumpa. Sepanjang perjalanan memang ladang kelapa sawit dan getah sahaja tau. Sunyi




Memang terapung atas laut, bergoyang-goyang lah bila berjalan wei..
Dengan aku sekali seram, nasib baik tak pakai kasut tinggi. 


Rupanya kat sini ada Chalet lah boleh kita menginap dan memancing di balkoni. Tanya orang tempatan lebih kurang RM170 semalam. Nanti boleh lah melepak kat sini, angin kuat. Nampak gak burung helang sekitar sini. Sini terkenal dengan Santuari Burung Opeh.


Ketam Lembut Goreng (3 ekor ini)

Maggie Ketam Lembut

Nasi goreng udang
 Nasi Goreng Sotong


Nasi set ikan bawal goreng

Masakan biasa sahaja, tapi yang sedapnya makanan laut mereka segar. Udang dan ketam memang elok sangat. Cuma nasi goreng tu, biasa-biasa aje lah kan. Tapi cadangan kolin, lain kali korang nak datang. Order lauk dan makan dengan nasi putih ya. Sure meletops..!!! 

Semua hidangan ini termasuk air yang kami order dalam RM66 sahaja. Bagi kolin ok jugak kut. Berpada lah dengan apa yang kita order kan. Kenapa segar, sebab ada yang mereka bela sendiri. 


Nampak tak...semua memang atas laut. 
Seronok sangat melepak kat sini wei...boleh tengok bot nelayan turun dan naik.



Pasti kolin akan datang kembali melepak kat sini.
Disebabkan nak cepat, tak sempat nak pergi merata tengok apa lagi yang ada di Kuala Gula. 
Mungkin lain kali boleh explore kan.

So dah lepas makan, kami lewat dekat 3 jam dari waktu patut sampai ke KL.
Sesak sangat, guna jalan dalam pun agak sesak juga. Tapi guna highway ada yang tak bergerak langsung.
Siapa yang tak pernah merasa jem apabila balik kampung, cari lah jodoh orang jauh ye hahahha

Terima kasih hubby ....!!! Merasa orang bandar balik kampung ya.
 Udah...jom balik Jinjang

WATSONS melancarkan kempen Cun untuk Hari Raya - Raya Ni Mesti Cun

assalammualaikum dan salam sejahtera

Sempena nak menyambut Syawal baru-baru ini, kolin sempat menghadiri event Raya ini Mesti Cun dari Watsons. Mesti korang semua dah tengok iklan kat tv banyak kan. Watsons melancarkan kempen hari raya dengan tayangan muzik video "Raya Ni Mesti Cun' yang dibintangi lebih daripada 20 orang personaliti terkemuka tanah air tau. 


Bertempat di Menara Kuala Lumpur, hidangan berbuka puasa dari Restoran Rebung hasil tangan Chef Ismail sudah tentunya sangat membuka selera. Hidangan masak lemak cili padi dari Nogori memang tak pernah mengecewakan, betul tak. Sambil berborak, dengar Chef Ismail ini membebel-bebel sempat jugak lah kolin selfie dengan dia. Chef yang sangat merendah diri orangnya. Suka !!!




Tak lupa jugak selfie dengan orang yang meneman kita pergi event. Cik Sally Samsaiman ini, terima kasih lah sudi ajak kita. Lepas ini tak boleh lah komen 'tak hajak' hahahhahaha


Muzik video ini terajui oleh pelakon-pelakon terkenal seperti Mawar Rashid, Sari Yanti dan Raja Ilya, dimana mereka memegang watak Limah Skemah, Kiah Selfie dan Siti Tudung. Ketiga-tiga mereka menjalani transformasi di Watsons untuk menjadi lebih cantik dan menarik tau. Muzik video ini diarahkan dan dihasilkan bersama Urban Ads bersama-sama dengan bahagian pemasaran Watsons Malaysia. Pengambaran muzik video ini dilangsungkan pada bulan April 2016 di Lembah Klang.

Selain itu, ada juga personaliti berbangsa lain pun turut sama. Antaranya Amber Chia, Arja Lee, Dayah Bakar, Kit Mah, Monika Sta Maria, Nadia Heng, Nadine Ann Thomas, Nomad, Shuk SYJ dan Wafa de Korte. Sure korang semua dah tengok muzik video ini masa menyambut syawal hari tu kan. Lagu dia sangat comel, raya ini mesti cun tu. Kolin pasti muzik video ini masih di mainkan di stesen TV terkemuka tu. 

Sure korang dah tengok lah video ini. Kalau belum terjah lah FB Watsons Malaysia tu.



Majlis yang dilangsungkan di Menara KL ini juga menyaksikan Watsons Malaysia melancarkan #KoleksiCun kepada sidang media - cadar dan kusyen edisi terhad yang direka oleh Dr. Eric Leong dengan kerjasama Akemi. Rekaan edisi terhad ini boleh didapati di semua kedai Watsons semasa tempoh penebusan siaitu dari 16 Jun sehingga 31 Ogos 2016. Sempat lagi lah kalau korang nak redeem kan. 

Untuk setiap perbelanjaan RM20 di kedai Watsons dan secara onlin,e pelanggan menerima satu setem. Dengan setem itu lah korang boleh dapatkan cadar dan kusyen edisi terhad ini tau. 


Kempen Hari Raya Watsons sudah pasti menarik weii. Maklumlah Jualan Hebat sehingga 50% di semua kedai Watsons dari 16 Jun di Semenanjung dan 23 Jun di Sabah dan Sarawak. Siapa yang tak suka Watsons kan. Semuanya ada, dari alatan mekap sehinggalah penjagaan diri. 

Pengemar barangan teknologi boleh juga muat turun aplikasi mobil Watsons Malaysia yang baru di Google Play Store atau Apple App Store tu. Banyak promosi raya korang boleh dapatkan. Ahli-ahli VIP kad Watsons pun jangan lupa layari www.watsons.com.my/myrewards atau www.watsons.com.my/rayanimesticun untuk lebih banyak lagi promosi tau.

Kalau shopping tu boleh lah #RayaNiMestiCun #WatsonsMalaysia 
Barulah korang CUN !!! hihih
Love, 

Kolin Zainal

SELAMAT HARI RAYA !!!

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Bersarang lelabah sudah blog kita hahahha. Masa bercuti hari raya, beriya bawa laptop, pendrive semua balik kampung. Sampai kampung tak on pun lappy tu. Buat hiasan aje lah weiii..
Selamat hari raya korang semua ye...

Tahun ini kolin bangun awal-awal pagi, dari kota kuala muda kami terus ke kampung halaman hubby yang terletak di Yan, Kedah. Alhamdulillah, solat raya mulai pukul 9 pagi. Sempat kolin sekeluarga solat raya kat sini. Happy giler !!! Paling ketara muka hubby lah kan. 


Dapatlah juga kami sekeluarga pose di depan rumah lama hubby ini. Insya Allah tahun depan kami dapat beraya kat sini kut. Rindu sangat ngan rumah pusaka ini. 

Sebelum beraya, sempat salam-salam, peluk cium dan dapat duit raya juga yeay !!
 Tahun ini beraya begini aje lah kami sekeluarga. 
Baju pun dah tak sedondon, memasing dah ada minat memasing. 
Takpe, janji baju raya kan !!! Hari raya kan anugerah selepas puasa sebulan. 
Mana boleh kita tak sambut kan, tak perlu bermewah-mewah, sederhana cukup dah.
Ini lah sebahagian gambar kolin beraya yang ada.
Sambung beraya kat Jinjang pulak lepas ini. Memang tak ada plan nak buat open house, tapi 
kepada yang nak datang beraya, jemput lah datang ye.

Rumah saya kecik aje, tapi sebesar stadium bukit jalil saya tadahkan. 

Buat blogger Sally Samsaiman...terima kasih laa atas kad raya comel ini.
Tahun 2016 ini lah SATU-SATUNYA kad raya yang aku terima hahahhahah
Terubat rindu zaman mengepos kad raya dulu weii...terima kasih banyak-banyak tau !!!


Selamat hari raya korang dan maaf zahir batin ye.

Love, 

Kolin Zainal 

menjelang hari raya

assalammualaikum dan salam sejahtera

mesti semua dan bersiap-siap untuk pulang ke kampung halaman masing-masing kan. Nampaknya kolin beraya kat kampung halaman sebelah hubby tahun ni . Kali ni tak beraya bandar lah nampaknya. Setiap kali raya mesti anak-anak lah yang paling seronok. 
Kolin pun seronok gak weii hahaha.

Baju sampai 4-5 pasang siap dah. Alhamdulillah rezeki lebih tahun ini. Yang paling best main
bunga api bersama anak-anak laaa.. pastikan korang tengok tau sambil mereka bermain.


time ini dah siap baju dalam beg, sambil mengemas sambil update blog ini. Takut sampai ke kampung kolin tak sempat nak update apa-apa dah. Memang seminggu jugak lah karang bersarang blog kolin ini. Janji lepas raya semua job review dan event kolin buat balik ya. 

Sebelum balik kampung jangan lupa keselamatan rumah yang kita tinggalkan ok. 
pastikan semua berkunci, plug off dan apa sahaja barang berharga jangan di tinggalkan.
Lagi cantik kalau kita dapat maklumkan jiran tetangga yang kita nak balik kan. 
Mana tahu mereka boleh tengokkan sepanjang kita bercuti balik kampung.

So jumpa korang lagi dalam blog ok 
Inilah semua cucu perempuan mama kolin @cik timah. 
Seronok dapat kami berkumpul adik beradik berbuka puasa semalam.
Kalau nak tahu semalam 2 Julai dah 22 tahun arwah abah pergi meninggalkan kami.
Dan kami berkumpul bersama dan makan bersama. Sermoga arwah abah tenang di sana. 


Jumpa korang lepas raya ok. Nanti jemputlah datang ke teratak kecil kolin beraya.
Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin 

Love, 

Kolin Zainal

Rindu Abah

assalammualaikum dan salam sejahtera

Rindu sangat kat abah...
Kolin hilang abah masa kolin tingkatan 3 lagi...masa tu adik paling bongsu darjah 2.
Kami dah pun jadi anak yatim masa tu..

Rumah setinggan, kereta takde, mama kolin kerja kerani aje.
Adik beradik ramai 7 orang, tapi kami bahagia dan gembira selalu.
Alhamdulillah rezeki sangat dapat belajar sampai habis. 

Ni dah tinggal beberapa hari nak menyambut bulan Syawal. 
Tetiba hari jumaat terakhir dalam bulan Ramadhan ini hati jadi sayu...
Sayu sangat...rindunya kat abah  !!!

Tengok kawan-kawan belikan baju raya untuk abah ...kolin sedih sangat.
Tapi kolin beruntung ada mama lagi, semoga mama panjang umur untuk beri
peluang kolin terus berbakti. Tak terbalas rasanya ..tapi kolin cuba ye mama.

Sayu..sambil menaip, air mata turun dengan laju. 

Di kesempatan ini, kolin nak mohon ampun dan maaf kepada semua pengunjung blog kolin. 
Nak minta maaf sekiranya ada terkasar bahasa, pernah buat korang sakit hati ke.
Kolin mohon ampun dan maaf ye.

Tengok gambar abah ini, lagi laju lah meleleh air mata.
Baru perasan...rinduuuuuu sangat kat abah 

Al Fatihah buat Syed Zainal Bin Syed Ali





Love, 

Kolin Zainal